Sunday, May 27, 2012

* lurvely mrs MOOSE *

lurve piece by mr Moose

Assalaam alaykom... hujung minggu yang indah ditemani Insan Terchenta yang sama sibuk mengemaskini cerita. ahaks! owh.. kebetulan cerita di kaca TV iaitu rancangan NONA sedang bercerita tentang dunia 'wanita dan blog'. Mungkin saya juga salah seorang dari kalangan blogger tegar yang gemar bercerita secara bebas di laman maya. Berbalik kepada objektif utama wujudnya blog CyanaMoose adalah untuk mengekalkan hubungan dan jaringan komunikasi dengan keluarga dan rakan2. Benar di blog bisa berkongsi idea, pengalaman dan ianya juga menjadi diari kehidupan mrs Cyana yang hobinya adalah bergambo! ahaks! ALLAH swt juga telah mengatur perjalanan hidup saya sebaik mungkin dengan ditemukan jodoh seorang insan seni yang karyanya kadang kala dianggap pelik namun abstrak cerita yang didamba. hmm... Oleh itu bila mana berdampingan dengan insan berjiwa seni, wifey juga harus belajar berseni walau pada hakikatnya hanya pandai melukis orang lidi.. ahaks! 

Yang pasti bila sehari tidak menjengah disini, maka kerinduan seribu lemon! ahaks. Dan bila mana bertemu rakan2 yang bertanya tentang cerita saya, baru saya tersedar yang mana blog kesayangan ini mempunyai 'silent reader' dan 'followers'! Jutaan terima kasih buat semua di luar sana yang sentiasa menyokong walau secara maya. Maafkan jika ada penulisan yang mengguris hati atau kasar bunyinya kerna saya juga insan biasa yang menjalani kehidupan harian yang ada pasang surut dan juga turut ditimpa hujan sekali sekala. Semua yang berlaku adalah pengalaman indah yang bisa membuat kita menjadi semakin hari semakin kuat dan semakin tegar! Dalam apa jua keadaan, saya sebaik mungkin akan cuba untuk tersenyum agar hati tidak cepat melenting dan memarahi orang sesuka hati. Dan kerna itu juga anda akan sentiasa melihat mrs Cyana tersenyum berbanding wajah garang seperti singa. Namun sesekali bila berwajah serius seperti gambo di atas, nampak lebih matang bukan? so NO MORE suara itik bak kata mr Moose! ahaks! 

Happy Weekend! Peace!


No comments:

Post a Comment