Assalaam alaykom... gembiranya bila sekian lama tidak ketemu akhirnya bertentang mata. Walaupun kini tiada lagi email berantai, hari2 ditemani message Whats App, namun dek kerna kesibukan dari sehari ke hari barulah semalam dapat bertemu. Perjumpaan ringkas untuk makan malam kemudian sesi memanaskan badan dengan bermain badminton! Masing2 menunjukkan kehebatan 'smash' kecuali mrs Cyana a.k.a Sunplawer yang tidak pandai sangat mengatur strategi dan hanya mampu ketawa melihat gelagat team GGO yang hebat2 belaka di kala di tengah gelanggang. hehe.
Setelah sekian lama menanti dan setelah beberapa kali perjumpaan ditunda, akhirnya bertemu kami di Restoran BASIL thai nudle bar yang menyajikan makanan masakan thai yang enak2 belaka. owh.. sekali lagi menjadi peserta pertama yang sampai di lokasi! {bangga okay masuk berita.. kak gee sila buat laporan ya}. Sewaktu sesi makan, hubby Moose tidak dapat turut serta manakala sesi badminton pula mrs HSM dan mr Soljer pula tak dapat bersama kerna mempunyai komitmen lain di gelanggang tenis.
the restaurant
sementara menanti yang lain, luangkan masa dengan self-pic! opps!
menu.. nyum nyum!
layanan juga bagus di sini
jejaka kotak sepanjang zaman!!!
chestnut chicken.. nyaman!
ikan goreng thai bercili
sayur kangkong.. my favourite vegetable
mr Zizo yang paling sibuk nampaknya.. check in sana check in sini!
mrs HSM and hubby Soljer
my drink... thai ice tea
then we all ke The Challenger untuk sesi mengeluarkan peluh.. hehe
hubby Moose menjadi lanes man.. hehe
saingan semakin mencabar dengan miss Kantan yang suka smash.. hiks
giliran hubby Moose beraksi
terhibur hati sesekali beriadah dengan GGO.. memang tak kering gusi dengan gelagat masing2. hehe
Laporan penuh tunggu di blog ahli GGO yang lain,
pasti lucu sekali bila teringat Kenanga membebel di tengah gelanggang.. hahaha.
Jumpa lagi di perlawanan seterusnya! Ada berani? hehe.
No comments:
Post a Comment