Assalaam alaykom... owh too many pending entry. Kesuntukan masa mungkin untuk berceloteh dek pulang sahaja sudah lewat malam, mata juga tidak bisa bersekang lama. Nevermind cerita pending bakal menyusul kemudian. InshaAllah. Mari cerita dulu berita ringkas tentang kepulangan ke kampung halaman negeri terchenta iaitu Pulau Mutiara yang sudah dua bulan gamaknya tiada kesempatan menjenguk warga kampung. Maka perancangannya bercuti lebih panjang agar berbaloi bila lama tidak pulang. hehe. Namun kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang, segalanya ketentuan datangnya dari ALLAH swt. Perancangan bercuti terpaksa dipendekkan dek kerna harus pulang menyiapkan tugasan yang lebih penting. Maaf sepuluh jari dipohon kepada insan terchenta dan keluarga kerna terpaksa membatalkan niat percutian di tepi pantai. hmm.Benar mencabar tahun 2012 bagi saya!
Kesuntukan masa dipenuhi dengan melawat ke Penang Art Gallery untuk memberi sokongan kepada teman yang hasilnya juga tergantung setanding karya hebat. Tahniah! yang lain? pastinya meluangkan masa bersama dua anak comel yang seorang tu petah bercerita, seorang lagi sudah pandai meniarap dan tersenyum. hehe. Terima kasih juga kepada MAMA yang akan sentiasa menyediakan 'yu goreng' kegemaran anak bongsu dan menantunya. hehe
Selain itu... bergambo dengan mr iP!!! yeay!
pokok pinang lambang Pulau Pinang
the Komtar bangunan tertinggi di Penang
mrs Cyana and sista Lya
cutie lil' Rayqal yang sama sibuk aunty Cyana shopping di kedai sukan..hehe
then ke kedai buku... I found this book!!! The Blindspot Series by AYAH
AYAH's lil' word... hmm.
Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada AYAH untuk terus berjuang menegakkan keadilan. Ameen.
No comments:
Post a Comment