Friday, May 4, 2012

* FUTSAL Piala MD BERNAS ke-6 *

Date: 28th April 2012 
Location: Borneo Sports Arena, Kolombong Sabah 

Assalaam alaykom...kembali bersiaran melaporkan program tahunan yang telah berlangsung minggu yang lalu. Memandangkan selepas program terus bercuti, maka berita tergendala seketika. hehe. Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan kali ke-6 yang menyaksikan persaingan diantara 20 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah berlangsung dengan jayanya anjuran Biro Sukan & Rekreasi KBM Pusat dengan KBM Cawangan Sabah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Manis lagi kehadiran tuan Pengarah Urusan sendiri yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahun ini saya sekali lagi dilantik menjadi AJK Induk Sumbangan dan jemputan VIP, dan gembira juga bila sesekali tidak bertugas sebagai pengulas sukan, maka dapatlah menikmati hidangan dengan amannya. hehe. owh... tugas lain adalah merangkap official photographer bagi pasukan KBM HQ yang menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan wanita. Pertama kalinya penyertaan dari pasukan wanita dan mungkin akan diteruskan pada masa2 yang akan datang. InshaAllah. 

Program bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 5 petang yang mana menyaksikan pasukan Sarawak A kembali merampas piala kejohanan dari mantan juara Kelantan manakala pasukan wanita Tradewinds buat pertama kali menggondol piala bagi kategori wanita dengan kemenangan penalti ke atas pasukan wanita KBM HQ. Mungkin tiada rezeki pasukan KBM HQ tahun ini. Nevermind cuba lagi tahun depan, smile!

perasmian program oleh Presiden KBM iaitu mr Nazuir

sesi memanaskan badan
pasukan wanita dari Kedah

KBM HQ's striker, miss Dilla

pasukan wanita Wilayah Persekutuan

 freestylers!

pasukan wanita Sarawak

pasukan wanita Kelantan

pasukan wanita Sabah

pasukan wanita Tradewinds selaku pasukan jemputan wanita

mr YDP turut beraksi

bergandingan dengan mr Nuriffin

mr Manager pasukan lelaki KBM HQ

sesi post mortem oleh coach

gelagat penyokong di tepi padang

perlawanan akhir diantara pasukan KBM HQ dengan Tradewinds

pasukan VIP yang bertanding dengan pasukan wartawan Sabah

cenderahati kepada pasukan jemputan

perlawanan tempat ketiga dan keempat diantara pasukan Kedah A dan pasukan Puncak Semangat

pasukan Sarawak A

 pasukan Kelantan

 Perlawanan akhir diantara Sarawak A dengan Kelantan

para penyokong yang happening

dinner tyme


close up using iphone.. {sorry kakcik dapat duduk bersama sekejap jek}

ucapan aluan oleh CEO BCSB

mr Pengarah Urusan merasmikan upacara penutup

persembahan kebudayaan

 gadis2 KBM HQ

piala pengurus wanita terbaik

Naib Juara Wanita, pasukan Wilayah Persekutuan

Juara wanita, pasukan Tradewinds

Naib Juara pasukan lelaki Kelantan

Juara pasukan Sarawak A

cenderahati buat mr MD

okay sesi posing semula... with mrs Ruzinah

with Marvic
last but not least... pose kenangan bersama team futsal KBM HQ

Walaupun tahun ini tidak membawa pulang piala namun kami semua tetap gembira dengan semangat setiakawan dan silaturrahim yang terjalin dikalangan semua peserta. Tahniah kepada barisan urusetia KBM Sabah yang berjaya memastikan kelancaran majlis dan sempurna dilaksanakan. Semoga bertemu lagi di lain masa. InshaALLAH.

2 comments: