Saturday, May 12, 2012

* 6 day 5 Night @ Kota Kinabalu *

Assalaam alaykom... this is a long entry perjalanan selama 6 hari 5 malam ke Negeri di Bawah Bayu dengan misi membawa rombongan pasukan futsal lelaki dan wanita dari Kuala Lumpur, di sambung dengan sesi riadah dan rekreasi di sekitar bandar Kota Kinabalu dan seterusnya menyambung mesyuarat tender.. {owh.. kerja pada hari terakhir} Maka beg juga semakin berat... lucunya baru pertama kali terkurang membawa pakaian... rupanya beg berat dengan kasut! haha. 

Seawal pagi Jumaat, ditemani Insan Terchenta yang menghantar wifey ke LCCT. hubby Moose tidak turut serta memandangkan beliau juga mempunyai tugasan lain di KL. {whuaaa... miss you!!!} Dengan semangat menggendong beg yang berat dikiri mr Compaq di kanan mr Niko...maka bertolaklah mrs Cyana bersama dengan 20 orang pemain dan 10 orang penyokong sama2 menaiki penerbangan Air Asia yang mana memberikan tambang yang lebih murah. Selepas Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS pada hari sabtu, hari ahadnya kami bersantai ke Pulau Manukan sambil menyertai Program Pembersihan Pantai Manukan anjuran Biro Ekonomi KBM Sabah dengan kerjasama Biro Sukan & Rekreasi KBM HQ. Semua peserta yang hadir sempat membuang daun2 kering, mengutip sampah di tepian pantai dan juga snorkeling sambil memungut sampah yang ada juga dibuang ke laut. hmm. 

Hari seterusnya rombongan kami menyertai Program Riadah @ Kota Kinabalu iaitu perjalanan dari bandar Kota Kinabalu ke Kundasang dan Ranau. Sebenarnya dalam tentatif, kami sepatutnya ke Hot Spring, namu dek kerna jalan raya ditutup untuk kejohanan basikal Borneo, maka bersantailah kami hampir 5 jam di Pekan Ranau. Itulah yang dikatakan kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segalanya. Seterusnya kami bersantai sambil membeli-belah di Pasar Kota Kinabalu yang terkenal dengan makanan laut dan juga rantai2 mutiara. Yang pasti perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh... hmm.

Selepas sahaja menghantar peserta pulang ke Kuala Lumpur, sambungan sesi bersama miss Marvic melawat Denso dan FOS untuk sesi cuci mata sambil membeli pakaian. oppss! Thank you Marvic yang banyak membantu dan menemani kami sepanjang rombongan KL di sana. Sampaikan bila pasukan HQ kecundang pada penalti, tanpa sedar kami berdua yang terleby beremosi. ahaks! Credit to mr Nuriffin selaku photog tegar yang melayan kerenah semua peserta. okay... Lets just our photos do the talking...

journey to Land Below The Wind

 my beloved boo

 fly with Air Asia

nasi lemak for breakfast

 my orange drink

 pulau di sekitar Kota Kinabalu
 
 
 safely landed! Alhamdullillah

 ceria semuanya

 in the bus

 tempat penginapan di Marina Court

 then lunch Nasi Goreng Lalap di Tigris Cafe

 roti yang sedap

 then ke pasar

 membeli pisang untuk pemain

 bersiar2 di petang hari
 kami menjengah ke ofis di Kota Kinabalu yang mana tempat selalu mrs Cyana ke sana menghadiri mesyuarat tender

 bergambo di hadapan ofis

bergambo di dalam ofis

 
 malam hari menghadiri cabutan undi

 breakfast di Promonade

 menaiki bas menuju ke tempat perlawanan futsal

 pasukan futsal wanita KBM HQ

 taklimat dari jurulatih

 ditemani dua photogs tegar iaitu mr Nuriffin dan mr Marwan

 mrs Cyana and miss Marvic

 with kenalan dari pasukan Kelantan

 malam hari bersedia ke jamuan makan malam

 pasukan futsal lelaki KBM HQ in maroon Tshirt

 pasukan wanita futsal in Orange Tshirt

 
 mrs Cyana di jemput naik ke pentas

 owh.. menari tarian buluh... susah jugak!

posing di pentas red carpet

 posing di hadapan Hotel Le Meridien tempat jamuan

keesokan pagi bergerak ke jeti untuk ke pulau

 
 pose di Jetty Jesselton

  menaiki bot laju

in the bot

 miss Marvic in pose

 for breakfast

program pembersihan pantai bermula

bergerak pulang ke tempat kediaman

 malam hari dinner di Aesha Corner

 keesokan paginya... perjelaahan ke Kundasang bermula

  tempat persinggahan pertama, rumah terbalik

 mrs Cyana in front of Rumah Terbalik

 pose kenangan di Rumah Terbalik

 meneruskan perjalanan

 on top of Nagalu

 permandangan dari kawasan tinggi.. kelihatan jalan raya utama

mrs Cyana di kawasan Gunung Kinabalu

with mrs Julia and mrs Ruzi


pose di Kinabalu Park

 permandangan di kawasan tanah tinggi Kundasang
 
 kemudian singgah di Pekan Ranau... di sinilah kami tersekat memandangkan jalan raya ditutup

 bagi acara basikal jelajah Borneo

 
panning by mr Nuriffn

 panasnya cuaca

 kedai makan di Pekan Ranau

 mrs Cyana dengan latar belakang Gunung Kinabalu

 pose ramai2.. tapi Gunung sudah ditutupi awan

 sampai di Kota Kinabalu, terus menjamu selera

 the next day... breakfast nasi lemak di Tigris Cafe

 meneruskan misi

berjalan di sekitar bandar Kota Kinabalu

pose bersama ikan lumba2

 smile!!!!

 singgah di Pasar Ikan Masin

 
 okay.. kami ke Gerai no 14.. itu adalah mr Yus tauke kedai

 ketika ini di bandar pula yang sesak dek kerna jalan yang ditutup untuk acara basikal Borneo

 tidak ketinggalan ke Kedai Jamilah yang terkenal dengan hasil mutiaranya

 
 beautiful pearl

 menambahkan koleksi :)

 and this too.... rantai white peach!

barangan yang dibawa pulang

 bergambo kenangan di hadapan Marina sebelum pulang

 peserta ke Terminal 2 menaiki bas Tuaran

 
 semapt lagi berposing dalam bas

 then sesi makan bersama miss Marvic.. kesunyian kami berdua.. hehe

black pepper chicken for me!

 the next day... sebelum pergi kerja breakfast roti pratha

 pulang menaiki penerbangan Air Asia

 ditemani beg2 yang penuh dengan muatan... hehe

Alhamdullillah... perjalanan yang sangat menarik dipenuhi dengan kenangan indah. Sesekali berjalan dalam kumpulan yang ramai pastinya banyak kerenah namun pengalaman itu membuat saya lebih kuat dan tabah menghadapi hari2 yang mendatang. terima kasih juga kepada semua pemain dan penyokong yang memberi kerjasama dengan baik. Lebih gembira lagi bila mana menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim sesama semua. Thank You ALLAH.

No comments:

Post a Comment