Friday, May 11, 2012

* Beautiful Land Below The Wind *

Assalaam alaykom...sungguh indah alam semesta ciptaan ALLAH swt. Sesejuk mata setenang jiwa pabila melihat awan membiru laut membiru langit menjingga malam dicerahi bulan purnama. Benar saya amat gemar mendongak ke bulan. Pabila merindui insan terchenta di kala kejauhan pastinya saya akan mencari bulan. Kerna walau dipelusuk mana sekalipun bulan tetap dipandang seakan orang yang dirindui sentiasa dekat di hati. 

Sabah atau Land Below The Wind adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Terletak di penghujung tanah Borneo dan berhampiran dengan Philippines dan jika ke Sabah, pastinya anda bisa melihat ramai warga Philippines yang mencari rezeki di Sabah.

Tahun ini mungkin rezeki tertulis untuk mrs Tender berulang-alik ke Negeri di Bawah Bayu atau Land Below The Wind atas tuntutan kerja. Dan bila berbicara tentang kerja sememangnya tidak sempat mahu bersiar2 seperti lawatan makan angin. Maka kesempatan bercuti minggu lalu dipenuhi dengan melihat keindahan alam semulajadi negeri Sabah yang terkenal dengan hasil laut, pulau dan pantai yang indah. Benar indah! Langitnya walau di mana saya berada tetap membiru. Cuma tahap kecintaan belum menebal dek kerna tiada 'manok penyet' ya dan 'teh peng' nyaman.. ahaks! namun tahap kepanasan membuatkan saya semakin tanned! ahaks!

Sebelum berkongsi cerita makan angin, mari tonton sedikit gambo permandangan yang dirakam menggunakan teman setia mr iP. {hasilnya pasti membuatkan saya tersenyum!}
 
subhanallah... pertemuan diantara sungai dan laut dan bila kuasa ALLAH swt bisa menyatukan yang tawar dan masin dengan seirama

Manukan Island juga indah... itu belum lagi pulau2 di sekitar Tawau dan Sandakan

langit di kala senja

awan di kawasan menghala ke Kundasang

the Mount Kinabalu
Alhamdullillah... sempat juga merakamkan Gunung Kinabalu dari kejauhan di kala senja. 
Syukran ALLAH diatas izinMU membenarkan hambamu menikmati keindahan alam ciptaanMU.

No comments:

Post a Comment