Sunday, February 28, 2016

* Emir's Babysitters Journey *

Assalaam alaykom... lagi cerita mengenai perjalanan pembesaran lil' Emir yang mana salah satu cabarannya adalah mencari pengasuh atau babysitter atau singkatannya BS. owh.. bunyi seakan mudah dan saya juga pada mulanya ambil mudah namun kesukaran untuk mencari BS yang bersesuaian dan agar kita sebagai ibu bapa bisa bekerja dengan tenang itu menjadikannya situasi menjadi sukar. Selepas berpantang, barulah saya mula mencari BS dan melawat pusat jagaan anak atau nursery. Dalam 10 buah nursery yang saya pergi dan 6 BS dan nursery yang dihubungi melalui telefon, hanya sebuah sahaja yang masih mempunyai kekosongan manakala sebuah lagi tidak mempunyai kemudahan mengendali EBM iaitu susu ibu. Kebanyakan ibu yang menghantar anak ke nursery telah membuat tempahan lebih awal seawal kehamilan mereka. Dan rupanya tidak semua nursery menyediakan kemudahan EBM kerna ianya menggunakan peralatan khas seperti pemanas susu dan peti sejuk khas untuk EBM. Manakala BS yang dihubungi masing-masing menjaga ramai anak asuhan. hmm.. 

Selepas puas mencari dan ketika pencarian nursery, hubby Moose mengambil keputusan untuk tidak hantar ke nursery kerna semua mengambil semaksima mungkin anak asuhan, maka kami mengambil pendekatan meminta my SIL untuk menjaga lil' Emir. Memandangkan lil' Emir masih fragile dan kecil, kami lebih rela mencari BS yang boleh dipercayai dan semestinya yang penyayang. my SIL atau dipanggil lil' Emir dengan nama MamaChal tinggal di Puchong dan dengan itu setiap hari kami menghabiskan lebih banyak masa di atas jalan raya cuma hati benar lebih tenang ketika bekerja walau terpaksa berkejaran pulang on-time dan menyediakan lebih banyak stok EBM.

Selepas eidulfitri, lil' Emir sudah menjangkau usia 6 bulan, maka sekali lagi pencarian BS di lakukan kerna my SIL tidak bisa menjaga anakanda yang semakin membesar dek kerna kesihatannnya yang kurang baik. Sekali lagi kerisauan melanda apabila lil' Emir pada mulanya menunjukkan reaksi tidak sesuai dengan BS yang baru iaitu Nenda Ronie yang tinggal di Taman Bukit Hijau Seksyen 25. Nenda adalah keluarga di sebelah AYAH yang juga menjaga seorang anak asuhan. Walaupun kediaman Nenda agak jauh dari laluan ke pejabat, kami tetap optimis mahu mendapatkan BS terbaik untuk anakanda. Namun jodoh lil' Emir dan Nenda tidak lama, beliau terpaksa berhenti menjaga anakanda kerna perlu menghantar anaknya ke sekolah pada waktu pagi. 

Sekali lagi pencarian BS bermula dan kali ini saya membuat iklan di laman FB Kelab Pengasuh Anak. Ramai juga yang memberi maklum balas namun seperti biasa saya perlu lebih teliti memilih kerna kebanyakan mereka menjaga ramai anak asuhan. Akhirnya saya mendapat seorang BS dengan 3 anak asuhan dan dicampur anaknya sendiri seramai 2 orang menjadi 5 anak di bawah jagaan. Tetapi lil' Emir pula tidak serasi kerna asyik menangis. Pity me... sepanjang menjaga anakanda tidak pernah melihat beliau menangis seperti mana yang didakwa oleh BS. hmm. BS terpaksa menyerah semula lil' Emir selepas 8 hari menjaganya. okay... think positive!!! mungkin ada hikmah disebalik kejadian. 

Kemudian bermulalah era 'AbySitter' yang mana lil' Emir dijaga sendiri sepenuh masa oleh hubby Moose dan yang pasti anakanda menjadi lebih manja dengan Aby dan apabila tidur juga mahu mencari Aby. Bangun buka mata juga disebut nama Aby! Aby! okay... Umy? hehehe.... lil' Emir baru sahaja bisa menyebut Umy untuk meminta susu. hiks! 
owh... panjang cerita, ringkasannya kami masih lagi mencari BS untuk anakanda dan dirangkulkan gambo dengan cerita seperti biasa memandangkan koleksi gambo sebelum hilang dari pandangan lebih baik kongsi di blog terchenta.

 our lil' Emir!!!

 lil' Emir ketika berusia 4 bulan

  lil' Emir bersama sista Sum yang juga kakak sama ibu susuan 

perjalanan ke rumah Nenda

 
  lil' Emir and Nenda
 
 so sweet!!

 
 hari terakhir  lil' Emir bersama Nenda

a lil' gift for Nenda

 bakul  lil' Emir yang akan mengikut ke mana sahaja

 
 stok EBM untuk  lil' Emir

 
 kediaman BS yang sempit agak kurang sesuai untuk menjaga anak asuhan yang ramai  

 
 hari kelapan atau hari terakhir  lil' Emir di kediaman BS ketiganya

  lil' Emir semasa dalam penjagaan Aby

 playin' tyme

 happy!

 sandwich kegemaran  lil' Emir

  lil' Emir with his BS

 sleepin' tyme
 duduk dengan Aby... pakai baju cantik-cantik.. hehe

  lil' Emir and his walker

 spageti tyme

 jumpin' tyme

 the boy!

 kini tidur mahu dalam dakapan Aby

  lil' Emir and his cousins

 
 breakfast tyme

 
 fish feedin' tyme

 look at him!! bangun tidur terus tersenyum di rumah MamaChal

 jika Aby outstation,  lil' Emir akan ke rumah MamaChal

 playin' tyme

 cookin' tyme
seronok melihat dua beradik main sama-sama gaduh sama-sama berebut sama-sama menjerit sama-sama

 lil' Emir and his lovin' Aby!!! 

Thanks to hubby Moose yang menjaga  lil' Emir sepanjang ketiadaan BS. Terima kasih juga kepada Nenda dan MamaChal yang sudi menjaga  lil' Emir dengan penuh kasih sayang. Semoga  lil' Emir akan mendapat ganti BS yang baik dan penyayang juga bisa membesarkannya dengan sebaik mungkin. InshaAllah.

* Emir ohhh Emir !!! *

Assalaam alaykom... Hola!! Hola!! Hola lil' Emir!!! seakan tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Sekejap sahaja lil' Emir a.k.a #EAQ atau nama penuhnya Emir Al Qays Mus'ab Al Khair menjangkau satu tahun usianya. Selama setahun beliau beberapa kali mengalami demam panas seperti mana kebiasaan selepas demam ada sahaja perbuatan baru atau gigi baru tumbuh. Lil' Emir juga pernah mengalami sakit tangan kaki dan kuku pada 31 Ogos 2015 yang mana seminggu terpaksa di kuarantin. Suhu demam yang paling tinggi yang pernah di catat adalah 39.4'C. owh... berat terkini adalah 8.8kg dan panjangnya 73cm. owh... secara nyata kelihatan badan lil' Emir sedikit susut kerna beliau sangat aktif sebaik sahaja membuka mata di pagi hari. Tidur pada sebelah siang tidak menentu namun malam hari akan tidur selepas Isya' sampai ke pagi. 

Pencapaian kinestatik terkini adalah memanjat kerusi untuk mencapai mouse dan keyboard laptop. Kegemaran pastinya mendengar lagu dan menonton video di Youtube. oppss!!! owh.. salah satu kaedah pembelanjaran masa kini yang banyak menggunakan alam maya berbanding kaedah traditional. hmm. Setakat ini lil' Emir masih lagi merangkak dengan kadar laju dan baru bisa menapak setapak dua. Bayangkan jika bisa berjalan nanti harus kurus Umy mengejarnya. ahaks!

 lil' Emir ketika ini baru sahaja baru bisa meniarap

 chubby Emir yang masa ini baru sahaja bisa duduk

 
 6am... hobinya memunggah laci

 
 sedap aksesori Umy... kalau cincin Umy lagi sedap ditelan. hehe

 lil' Emir yang suka bermain dengan peralatan bermuzik

 sudah bisa memegang botol susunya

 his smile

 shoppin' tyme

 readin' tyme

 playin' tyme

 hide and seek tyme

 his messy hair...  favourite outlook

 sibuk sama semasa memandu

 look at his cheecky smile

muka tak bersalah selepas mengganggu Umy

 hobi memandu.. janji pegang steering

okay... enough photo!! 

Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh. 
tyme to sleep!!! see ya' uncles and aunties!!!