Thursday, April 20, 2017

* TEN beautiful Years as mrs Tender*

 April mode

Assalam alaykom... 16th April 2017 adalah tarikh sambutan tahun ke sepuluh saya berkhidmat di BERNAS. Alhamdullilah dari tahun pertama sehingga kini saya telah berjaya menaikkan berat badan. hehe. Dua tahun sahaja di bidang IT dan lapan tahun seterusnya di bidang sekretariat tender atau lebih sinonim saya gelarkan diri sebagai mrs Tender. Cabaran dalam dunia tender sememangnya agak besar dan jiwa harus kental pabila berdepan dengan pelbagai pihak terutamanya yang mempunyai kepentingan. 

Tugas bermula di ofis CP Tower kemudian Menara HLA dan seterusnya bertapak di Glenmarie Shah Alam. Untungnya kedudukan ofis lebih dekat dengan kediaman walau terpaksa juga berdepan dengan kesesakan lalulintas di kawasan perindustrian Glenmarie. Seingat saya pertama sekali melihat MEMO terasa seakan seperti melihat sebuah laporan. hehe. Agak janggal kerna sebelumnya di dunia IT, kebanyakan komunikasi hanya melalui email sahaja dan tiada tambahan MEMO dalaman. Bergelumang dengan dunia sekretariat bermakna bermesra dengan dokumentasi yang sentiasa mahu dijaga integriti datanya. 

Alhamdullillah dari seorang sekretariat tender kini saya diberi tanggungjawab mengetuai Unit Tender yakni tugasan lebih mengembang sekembang puan empunay badan mrs Tender. Benar naik turun sejuk panas dunia tender yang tidak lekang dari tekanan semasa. Namun saya melihat ianya tugasan yang menghiburkan dan diwarnai dengan cop cop cop... hehe. 

Tahun ini sekali lagi saya menerima Ketua Jabatan yang baru dan kembali semula melapor kepada MRS Boss wanita. Maka saya hanya sempat melapor tiga setengah tahun kepada MR Boss yang mana beliau kini bertukar menerajui bidang perolehan yang baru. Apa jua keputusan, kami menerima dengan hati terbuka dan berharap Unit Tender dapat terus berkembang dengan lebih baik dan padu. Jika sepuluh tahun yang lalu, Unit Tender hanya menguruskan mesyuarat tender, kini lebih kepada mengawal projek dan mengenalpasti keperluan perolehan yang terbaik untuk syarikat. 

Semoga ALLAH swt memberi kekuatan kepada saya untuk terus berada didunia tender. Benar lebih mencabar dengan keberadaan cahaya mata dan perlu hanya bekerja pada waktu bekerja sahaja. Namun saya berharap Unit Tender akan meneruskan amalan kerja yang produktif disamping menjaga integritinya. Semoga rezeki saya di sini berterusan di syarikat ini dan dapat menaburkan bakti sedaya mampunya. Semoga saya diberi ketetapan dan kecekalan hati untuk terus mengukir senyuman sebagai mrs Tender. InshaALLAH.

HAPPY 10 ANNIVERSARY TO MRS TENDER!!!