Monday, May 28, 2012

* K.A.M.I *

Assalaam alaykom... gembira menjelang cuti persekolahan kerna jalan raya sedikit lenggang berbanding hari biasa. Di ofis juga agak lenggang mungkin kerna ibu bapa ramai yang turut sama bercuti tetapi jadual mesyuarat tetap meriah seperti kebiasaan... malah bila bertugas sebagai Sekretariat, KPI utama adalah mengadakan mesyuarat. Maka tidak hairan jika sepanjang minggu mrs Tender berada dalam bilik mesyuarat dan tidak hairan juga jika mrs Tender bisa menghafal minuman dan kuih kegemaran ahli mesyuarat. Pentingkah? owh.. bagi saya walaupun ianya di anggap remeh-temeh tetapi itulah kunci utama komunikasi yang berkesan. Bila kita cuba memahami kehendak orang lain yang cuba menjayakan misi KPI kita, maka seharusnya ganjaran setimpal juga turut kita berikan kepada mereka. hmm. 

owh.. mood  KPI memandangkan barisan pihak pengurusan sedang membentangkan KPI bahagian masing2. mrs Tender juga tidak berkecuali sekurangnya membantu dalam menghasilkan maklumat. Apa beza data, rekod dan maklumat? hehe. Tajuk utama semester pertama bagi setiap pelajar jurusan teknologi maklumat untuk mengenalpasti terma2 tersebut. Sesekali rindukan zaman IT, banyak yang membantu saya dalam urusan seharian. Seperti mana IT bergerak pantas, begitu juga pergerakan mrs Tender harus pantas dan  sentiasa bekerja 'within timeline'. Dan bila mana berkecimpung dalam dunia sekretariat, kaedahnya sedikit berbeza, semuanya mahu direkod dan didokumentasikan. Walau selepas email juga perlu memastikan 'send receipt' di terima. huh! Tetapi gembira dapat bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai peringkat barisan pengurusan. Namun apa yang pasti pembelajaran di dunia IT sememangnya banyak mengajar saya dalam urusan teori seharian seperti logik dalam 'true and false'. hehe. 

eh.. tersasar cerita sebenar.. tiba2 teringatkan zaman IT mungkin kerna kebelakangan ini ada yang menegur bagaimana melihat saya kehairanan bertukar bidang yang berbeza iaitu dari Teknologi Maklumat kepada Perolehan. hehe. Yang pasti kedua-duanya mementingkan integriti dan keselamatan data di tahap yang tinggi! hiks! Sementara mengenangkan zaman IT yang mana setiap hari membuat programming, setiap waktu bercerita tentang kitaran sistem... maka bila mana berbicara tentang 'functional requirement', itu adalah bidang kegemaran saya! ahaks! Dan bila mana berbicara tentang fesyen juga ianya adalah kegemaran saya juga! {sah hubby Moose pening melayan kerenah wifey yang suka berangan.. hahaha} 

EMPAT gaya dalam SATU masa! 
Sambil memandu sambil self-pose!
Left to Right.. Dior, Guess, DKNY and cK. 
{owh.. wifey gemar mengumpul koleksi aksesori... pening lagi hubby Moose.. hehe}

hubby Moose's choice!!!
{satu jek tak macam wifey yang suka banyak2.. hehe}

#KAMI

tajuk gambo yang diberi... yea.. itu adalah KAMI BERDUA yang seorang ketinggian kurang 5 kaki dan seorang lagi ketinggian melebihi 6 kaki namun berkongsi minat yang sama iaitu memakai kanta mata ketika panas terik di atas kepala.. hiks! Adios Amigos!

No comments:

Post a Comment