Tuesday, May 8, 2012

* Hot Blue *

 
 hotblue by mrs Cyana

Assalaam alaykom... sedang enak menikmati keindahan alam semulajadi, tiba-hati hati memaksa otak untuk berfikir pabila mendengar penyataan dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku pada perhimpunan 28 April 2012 iaitu detik hitam yang pasti akan tercatat dalam lebaran sejarah negara Malaysia kerna perhimpunan BERSIH 3.0 dengan tema 'DUDUK & BANTAH' telah berakhir dengan huru hara mungkin juga telah merosakkan harta benda. Keputusan menyatakan perhimpunan tersebut adalah HARAM! owh... konfius benar saya yang agak cetek ilmu pengetahuan ini. Berhimpun untuk menyatakan pendirian adalah dianggap HARAM. Bagaimana pula dengan pemimpin yang menabur fitnah, mempraktik  rasuah secara berleluasa? Muslim yang menghadiri kelab malam dan meneguk minuman keras, adakah itu dianggap tidak haram kerna ianya juga berleluasa di kalangan mereka2 yang cetek ilmu agamanya. hmm. 

Berbagai versi cerita yang didengari, pelbagai macam aduan juga telah didengar. Cuma yang pasti mereka2 yang hadir pada hari kejadian bisa menghitung mana yang baik dan benar. InshaAllah. Tapi bila keluar keputusan sebegitu, saya hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik untuk kalian. enough said! Zzzzzz!

No comments:

Post a Comment