Friday, April 30, 2010

* sista Yusra dah KAWEN *

COMING UP NEXT!!!!

Sekitar majlis akad nikah my sis in law sista Yusra & brother Najmi. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar...Ramai mr photog yang hadir... masing2 cuba mencari angle yang terbaik..hmm.. dan kerna kepenatan saya upload dulu gmbo nie ya, sure mr photog lain tkde gmbo nie..shoot pada jam 1 am. hehe. okay gud nite! i'll load you up..inshaAllah

Tuesday, April 27, 2010

* the RSSB Jumble Sale *

Assalaam alaykom... last saturday penduduk RSSB telah dimeriahkan dengan Jumble Sale yang diadakan di Dewan Ar Raha, Seksyen 7 Shah Alam. Jualan pelbagai barangan seperti Pre-Loved Items, baju2, kasut2, aksesori and etc. Persatuan RSSB mengadakan Jumble Sale ini untuk mengumpul dana bagi aktiviti bowling RSSB yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2010. InshaAllah.

RSSB Jumble Sale berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Kemeriahan jelas terasa dengan kehadiran ramai pengunjung yang tinggal berdekatan untuk sama2 menjayakan program ini. Bagi Penduduk RSSB sendiri, satu booth telah dibuka menjual barangan2 terpakai seperti dulang, skaf, handbag, barangan hiasan rumah, makanan dan bermacam2 lagi. Okay.. jom layan gmbo jek.... smile!

welcome to RSSB Jumble Sale

suasana di Dewan Ar Raha

karaoke turut disediakan...setiap lagu dicaj RM2.
Semua sumbangan hasil jualan di masukkan ke dalam tabung RSSB

brother Syazman in action

wahh..banyaknye koleksi lagu untuk dipilih

IBU sebagai salah seorang CREW RSSB

urutan kaki juga turut disediakan. Semua tukang urut adalah warga istimewa

clown & aktiviti wall climbin' yang disediakn untuk kanak2 dan remaja

erm.. nie harga baju berkain linen

gerai penduduk RSSB

sedap makanan semuanya di masak sendiri...

majalah dari Karangkraf

tudung2 paling banyak dijual



antara booth yang ada

cute booth for kids

party booth


karaoke tyme...wahhhh!!! feelin' sungguh!

lepas nyanyi...pose dulu. hiks

owh.. we all menerima kunjungan penyanyi baru mr Bahrin


me, IBU and brother Gio yang turut datang ke Jumble Sale ini

IBU announce Happy Hour sale di booth RSSB

mr Bahrin menemuramah semua boss2 booth

IBU, cikgu Siti Hajar & mr Bahrin.. btw, mr Bahrin nie anak murid cikgu Siti Hajar

owh.. itu mrs Cyana yang turut sibuk cuci mata

then sangkut di booth tudung syrian style... buatan Malaysia

erm..sempat juga memborong tdung.. hehe

well.. i like the red handbag.. handbag ade yg brand new juga. harga dari rm40-rm60

btw..big thanks to ALL Penduduk RSSB yang bekerjasama menjayakan program ini. InshaAllah banyak lagi program yang dirancang sebagai aktiviti kejiranan. and credit to pemilik Dewan serbaguna Ar-Raha yang banyak menyumbang kepada masyarakat sekeliling. ermm... tak sempat mahu menulis panjang... masa amat mencemburui saya. hmm.

Monday, April 26, 2010

* Mesyuarat Agung ke2 PEKAWANIS *

Assalaam alaykom...Penaung Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor atau PEKAWANIS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan buat kali kedua di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak di Shah Alam. Jika tahun lepas, saya berkesempatan menjadi MC untuk mesyuarat ini, tetapi tahun nie dengan kesibukan di opis..cukuplah sekadar hadir memberi sokongan dan shoot sekeping dua buat kenangan.

Pada petang sabtu yang lalu, sempat singgah sebentar di Kediaman Rasmi ini. Yang paling indah pabila disambut oleh penghuninya yang begitu humble, tak lain tidak bukan Puan Sri Salbiah Tunut, isteri kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau seorang wanita yang tegas bila menyuarakan pandangan tetapi sangat merendah diri..tidak tercemari olehnya kemewahan dunia. hmm.

Jika tahun lepas berkunjung kerna tugasan MC..dan masa tu juga tiada pula sekeping gmbo buat kenangan.. huhu. Kali ini saya berkunjung sebagai unofficial mrs photog. okay.. mari layan sedikit gmbo ya...

kereta rasmi kerajaan negeri

beberapa souvenir yang menarik pandangan mrs photog

pokok herba yang ditanam sendiri oleh Puan Sri Salbiah

IBU bersama Puan Sri Salbiah meneliti teks terakhir sebelum majlis bermula

IBU Lin atau Puan Azlin Hezri, isteri kepada YB Dr dzulkefly Ahmad bertindak sebagai MC. IBU memegang jawatan Setiausaha II dalam PEKAWANIS

Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah yang merangkap Penaung Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS)

sesi mesyuarat bermula

Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah bt Al-Marhum Sultan Salahudin Abd Aziz Shah Al-Haj, Adinda Puteri Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan

Puan Sri salbiah menyampaikan pokok herba kepada Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah
Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah yang senantiasa mengukir senyuman

Puan Sri Salbiah Tunut menyampai ucapan sebagai Pengerusi PEKAWANIS

sebahagian isteri2 wakil rakyat negeri Selangor

and last but not least... mrs photog tersenyum girang tanda kenanga berkunjung ke Kediaman Rasmi Negeri Selangor ini.