Assalaam alaykom... kembali bersuara dari kamar peribadi sambil melayan mata yang mahu berehat lebih awal. Sebelum berpaut ke cerita lain, sambung dahulu cerita sambungan perjalanan mesyuarat yang sambung-menyambung seperti tiada kesudahan. Semoga hari esok adalah hari terakhir ceritanya bakal tamat bagi satu episod. Satu lagi episod masih belum pasti. hmm. Pabila kali pertama menerima tugasan ini, ianya bak cerita yang lain tidak pernah terlintas sesuatu yang dilihat mudah rupanya menjadi semakin rumit. Mana tidaknya sepulangnya dari bertugas di luar kawasan, mrs Tender perlu menyiapkan laporan dengan kadar segera. Dan yang pasti sepenat mana saya, selipas kudung tercungap pun saya pasti akan menyiapkan tugasan dengan titik peluh sendiri. Bukan tidak percaya kepada orang lain.. Ini kerna bila berada di bidang perolehan atau TENDER, suatu isu atau hal adalah berstatus PRIVATE & CONFIDENTIAL. Mungkin benar ramai staff yang bisa membantu... tetapi bila memikir tentang tanggungawab dan bebanan rahsia maklumat, harus biar tangan ini sendiri yang menyudahkan sesuatu kerja. {owh..sedangkan menampal notis tawaran di papan kenyataan juga saya cerewet harus dilihat ia selari sekata, inikan pula mahu mencompile maklumat sulit. hmmm.} Enough said! di kaca TV juga terpampang iklan mengenai tender... Mengapa harus kita praktik tender terbuka, ketelusan dan integriti semuanya berkait rapat.
Okay... ceritanya bila mrs Tender perlu kembali ke Negeri Di Bawah Bayu dek kerna kesinambungan cerita tender. Pabila ditanya kronologinya pastinya harus diterang secara jelas dan nyata mengikut fakta bukannya sekadar mereka cerita. Sensitivitinya amatlah tinggi sehingga jika sepatah perkataan yang keluar pastinya akan dikira sebagai bahan maklumat jua. hmm.
Anyway... mrs Tender sentiasa gembira bila memikul tanggungjawab menjalankan kerja berkaitan perolehan
breakfast tyme
sedapkan kek! nyum!
berbagai jenis sambal
my lunch... nak jugak kari.. hehe
ready for dinner!
we all ke Restoran Nelayan yang menyajikan masakan laut
pilih segar dari akuarium.. hiks
mrs Cyana in pose
siput masak sweet & sour
ikan yang comel.. hehe
sambil menjamu selera, we all dihidangkan dengan persembahan kebudayaan
miss Marvic and me
owh.. finish!
the next day... breakfast yang bowink!
masa untuk bekerja
mr Lowerpro menemani mrs Cyana
meeting tyme.. hiks
sampel yang diambil pulang
lunch at Kak Nong Restaurant
roti homemade yang sedap
mine nasi ayam.. tapi ayamnya black pepper
tyme to go home!
again nasi goreng ayam halia yang tidak sedap.. opps!!
Sunset di tepian landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sebentar masa berlalu tanpa sedar rupanya setiap bulan mrs Tender turun ke Kota Kinablu demi tuntutan tugas, mungkin kali ini adalah lawatan bekerja kali terakhir kerna selepas ini akan diuruskan oleh warga kerja di sana sendiri. Namun saya masih ragu2 kerna bukan sesiapa bisa menguruskan tender jika tidak cekal dengan serangan dari pihak luar terutamanya. Dengan harapan mereka2 bisa mengurus dengan baik. InshaALLAH.
p/s: Thanks to miss Marvic and the team yang banyak membantu sepanjang keberadaan saya di KK ya.
No comments:
Post a Comment