Thursday, May 18, 2017

* BTS Tahneek | Lil' Eijaz *

Assalam alaykom... sedang menunggu waktu lil' Eijaz tidur, saya mengambil ruang masa yang ada untuk menyimpan kenangan persiapan majlis anakanda di blog kesayangan. Benar bak kata kelahiran anak pertama disambut dengan meriah dan persiapan dirancang lebih awal tetapi bila mana anak kedua semuanya dibuat sambil lewa atau ambil mudah. Perkara ini berlaku kepada saya.. oppss! {maafkan Umi ya Eijaz}. Walaupun mendapat berita kehadiran lil' Eijaz pada bulan ketiga kandungan, anak kecil ini tidak banyak ragamnya cuma Umy diberi sedikit ujian sakit namun ianya tidak menjejaskan kesihatan lil' Eijaz tetapi Umy pula asyik terlupa makan vitamin dan kerna itu mungkin anakanda Eijaz bersaiz kecil walaupun Umy yang berganda saiznya sehingga ramai yang menyangka saya mengandungkan si kembar. hmm. 

Persiapan barangan lil' Eijaz juga tidak serumit mana kerna saya banyak 'recycle' tetapi Umy being Umy yang cerewet masih mahu juga membeli barangan milik anakanda sendiri seperti kasut dan beberapa pakaian baru. owh.. tema lil' Eijaz kuning dan oren, mungkin kerna sepanjang tahun 2016 Umy banyak mengenakan warna kuning. hiks. Saat akhir barulah saya berasa sibuk kerna tiba-tiba terasa banyak pula barangan yang belum sedia hinggakan beg ke hospital juga disiapkan pada minggu ke 37. Satu beg sahaja untuk Umy dan lil' Eijaz tetapi dicampur beg lil' Emir dan hubby Moose yang turut bermalam di hospital maka kami sekeluarga seakan pergi bercuti pula walhal hakikat hanya ke hospital. hiks. 

Berbalik kepada persiapan majlis tahneek lil' Eijaz, hubby Moose mahukan majlis kecilan untuk ahli keluarga sahaja dan Umy sepantas mungkin menyediakan barangan majlis dengan barangan 'recycle' dan menggunakan seminimal peralatan dek kerna keadaan saya yang masih sakit dan tidak mampu bergerak terlalu banyak. Alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kesempatan menyediakan sedikit goodies dan yang penting ianya hasil tangan Umy ya lil' Eijaz. Love ya!

Jom kongsi sedikit gambar Behind the Scenes of Majlis Tahneek lil' Eijaz. 


the thunderbolt blanket khas untuk lil' Eijaz


sesi pencarian riben kuning walaupun ketika ini hanya membeli untuk mode 'standby' sebelum berpantang 

my lil' Emir peneman Umy dikala  shoppin' bunga.. oppss!

gambar-gambar lil' Eijaz semasa di dalam kendungan

sesi memunggah peralatan di kediaman

sesi DO-IT-YOURSELF!!!

bekas riben hijau sebelah kiri diguna ketika majlis tahneek lil' Emir dan ditukar riben mengikut warna tema lil' Eijaz

M&M yang dibeli awal dan  disimpan {just in case mahu digunakan.. hehe}

goodies gula-gula untuk kanak-kanak


bakul yang digunakan untuk meletak lil' Eijaz

 Yeay!!!! bakul yang di touch-up dan inilah hasilnya


bekas kurma dan air zam-zam di serikan dengan anggerik kuning

candy table merangkap meja hiasan

Ini Sebelum!...hiasan

Ini Selepas!!!! 


goodies buat tetamu

Alhamdullillah majlis tahneek anakanda Eijaz berjalan lancar dengan persiapan yang ringkas sesuai dengan waktu hitea. Happy ME!!!

Wednesday, May 17, 2017

* Tahneek | Eijaz Al Qaaed *

Date: 10th May 2017
Location: Baitul Ar-Rahmah, Shah Alam


Assalaam alaykom... ringkasan sempena majlis Tahneek anakanda kedua Eijaz Al Qaaed yang diadakan secara kecilan di kediaman kami dengan jamuan menu dari Utara.   Mengambil sunnah Rasulullah saw mengadakan tahneek pada hari ketujuh kelahirannya dengan memberi bayi sedikit kurma dan air zam-zam serta diraikan kehadiran bayi dengan selawat. Secara azalinya nama lil' Eijaz masih belum diputuskan ketika ini namun Alhamdullillah nama anakanda kekal sebagaimana yang diumumkan ketika majlis tahneeknya.

Memandangkan hari ketujuh lil' Eijaz jatuh pada hari cuti umum maka jemputan a dibuat melalui What's App kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Majlis simple-simple bak kata hubby Moose dimulakan pada jam 6.00 petang diikuti solat jemaah Maghrib sebelum bersurai. Menu kali ini disediakan oleh Chef Yus a.k.a mantan babysitter lil' Emir yang menyediakan laksa Penang, roti jala dan karipap pusing. Abah pula membawa roti benggali dari Penang bagi memenuhi hajatnya untuk menghidangkan menu tempatan orang Penang. Apa yang pasti saya paling gembira apabila dapat juga menyiapkan hiasan untuk lil' Eijaz dengan seringkas yang boleh dek kerna keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya membuat kerja banyak.


Credit to mr Nurifin & brother Joe for the DSLR piccas.  

e-invitation card

lil' Eijaz Al Qaaed 

the yellow theme for baby Eijaz

lil' Eijaz baik sepanjang majlis dan tidak meragam

cream puff for goodies

photo collections

candy table

suasana di Baitul Ar-Rahmah


AYAH memulakan majlis dengan mengalukan kehadiran semua tetamu
  
 AYAH & ABAH


the candid moment!!

 sesi mengumumkan nama bayi


hubby Moose menerangkan maksud nama pilihan bayi

 sesi tahneek dilaksanakan oleh AYAH

 IBU sedang live FB!

 AYAH memberi sedikit kurma untuk lil' Eijaz

 good boy!

 kemudian disusuli air zam-zam

 doa agar lil' Eijaz membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh

 Ameen! Ameen! Ameen!


sesi menggunting rambut dimulakan oleh AYAH

 ABAH menggunting rambut lil' Eijaz

 IBU in action

MAMA in action


UMY in action

 Pak Uda turut menggunting rambut bayi

 brother Joe


pose with sista Iman

 makan tyme!!!


menu Utara sedia terhidang untuk tetamu.. nyummy!!!!

lil' Emir peminat laksa

 pose with ABAH & MAMA

 candid moment with TokBa

 bergambar kenangan selepas selawat di bilik TokBa

 collage collections by Maksu


 collage collections by Maksu

 Lil' Eijaz with Popo

 two newborns in the house


pose bersama Chef  Yus dan MAMA

catch my lil' Emir

chocolate tyme!!!

Geng PS and my two sons

hanya 4 dari enam yang dapat bersama kali ini

 Tiz and Tidil

 doakan agar Tiz dapat menimang cahayamata suatu hari nanti.. ameen!

 lovely ladies

 spotted lil' Eijaz

our favourite MATA pose!!! 
Thank you for coming ladies walaupun pemberitahuan pada saat akhir. 
Love you ALL!

kiss for brother Eijaz

 Kokong and Popo


pose with my two Super-MOMs!

 with MAMA & ABAH

 pose sebelum pulang

UMY and lil' Eijaz

last but not least... a candid family photo with Titik!!! 
Lil' Emir yang aktif dan tidak mahu berpisah dengan abang sepupunya. 

Thanks to ALL yang hadir dan maafkan kami jika ada kekurangan atau tersalah kata sepanjang majlis. Doakan lil' Eijaz dan brother Emir menjadi anak yang soleh dan diberi kesihatan yang baik. Ameen.

Love you all for the sake of Allah subhanu wa ta'ala.