Saturday, May 12, 2012

* Cyana && Tiger *

Assalaam alaykom... bersiaran keseorangan bila mana seharian menghabiskan masa di kediaman. Cuti hujung minggu tanpa aktiviti di luar sesekali amat berbaloi. Berbaloi kerna dapat berceloteh di blog selain meluangkan masa terluang dengan dobi tobi.. {eh eh.. rupanya stok baju yang belum dicuci mencecah ke minggu ketiga. hehe}. Lucky me hubby Moose akan membantu menjemur pakaian tetapi bila tiba bab melipat pakaian adalah yang paling malas.. hahaha. 

Lucky me di rumah juga sentiasa ditemani lil' Lucky Tiger yang suka sangat mengigit apa sahaja di hadapannya. hehe. Kebiasaannya lil' Tiger akan menanti di pintu rumah bila sahaja saya pulang kerja. Manjanya sampaikan nak berjalan pun susah sebab lil' Tiger suka sangat mengikut jejak kaki. Gembira lagi bila bab dobi tobi sambil menjemur pakaian pastinya akan ditemani lil' Tiger yang sama sibuk mahu bermain. So jika tiba2 terdengar saya bercakap sorang2 itu maksudnya sedang berbicara dengan si kecik Tiger! hehe. Menariknya menetap di bandar Shah Alam yang berhampiran dengan Masjid Negeri Selangor, jika menjemur pakaian di waktu Subuh, pastinya akan dihidangkan dengan lunak suara bacaan Al-Quran. :)

 permandangan bandar Shah Alam dari jendela kediaman

lil' Tiger sedang bermain dengan rabbit

my cutie Tiger yang sentiasa menanti di hadapan rumah.
tengok tu pantang nampak jek mesti mahu bermain

gelagat lil' Tiger yang sempat dirakam

 
okay... sembunyi dalam abaya kakak! hahaha

sayang Tiger!!!

my cutie lil' Tiger peneman di kala sunyi. hiks!

No comments:

Post a Comment