Thursday, May 31, 2012

* I'm in LOVE *

Assalaam alaykom... I'm in LOVE!!!! YESS!!! I AM!!!

In lurve with my career! Being a tender secretariat adalah kareer yang bisa mencabar kredibiliti, kesabaran mahu pun minda. Jika anda seorang yang tidak penyabar, cepat melenting, terlalu sensitif dinasihatkan tidak memilih bidang ini kerna anda bakal naik darah jika tidak bisa mengendalikan kerenah pihak luaran. Walaupun sering kali di anggap mudah, namun bila berkecimpung dalam bidang perolehan faktor utama adalah integriti dan bebas minda!!! {wahhh!!! ada ker ayat bebas minda? hahaha}. Sungguhpun sedang melenting, ton suara harus dikawal bagi meredakan keadaan... dan pihak Sekretariat adalah pihak pertama yang akan pihak lain mencari sumber cerita. Maka dalam erti kata lain, pihak sekretariat adalah seperti novel banyak bab dengan pelbagai cerita... bila mana ditanya, harus ceritanya dihuraikan bak bertih jagung pop corn yang sedang dimakan ketika menonton wayang. {maksud tersirat adalah mrs tender rindu nak nonton wayang!!!}

And being soooooo in lurve bila mana setiap pagi Insan Terchenta merangkap mr Driver menghantar dan mengambil wifey pulang dari kerja. hehe. Bila duduk di sebelah, pastinya tersenyum gembira kerna bisa ber-Instagram dengan bebas menggunakan sepuluh jari. ahaks! well... sesuatu yang membuat saya sedikit geli hati dengan gelagat mereka2 yang cuba membuat sesuatu walau pada nyatanya hanya pandai berbicara dan belum pasti hasilnya. owh hari ini belajar term "POC-Prove Of Concept", maksudnya buktikan sesuatu dan jangan hanya pandai berkata2 tanpa membuktikan hasilnya. YES!! I'm smilin'!

 cuti sekolah adalah minggu paling gembira kerna jalan kurang sesak... 
owh..sekarang juga mood bangun awal.. hiks!

 
 then menaiki tren sambil melayan panorama...dek kerna berdiri ler!!! hehe

 petang hari... mrs Tender changed to be mrs Sporty!!! 
masa untuk bersukan!!!! yeay!

 
my dinner? pastinya tidak ketinggalan teh peng!!!! Bahaginya rasa tidur juga lena. hehe.

Memandangkan peratusan mood bercuti sedang membara... maka fikirkan cuti dahulu. Balik cuti barulah fikir tentang aturan mesyuarat ya! Chill babe! 

Rasanya mrs Tender harus diberi elaun telefon... barulah boleh 'send reminder' untuk para AJK setiap kali menjelang mesyuarat. Dengan sedikit inisiatif, pastinya bisa membuat perubahan daripada mereka yang leka dengan kesenangan dan tidak langsung mahu memikirkan perubahan demi kebaikan semua. Walaupun tiada elaun telefon namun saya masih mampu melayan panggilan sesiapa tanpa mengira masa. Mungkin lebih afdal begitu dari memberi elaun telefon kepada mereka2 yang tidak menggunakannya sebaik mungkin. hmm. Gudnite!


Monday, May 28, 2012

* Cutie Frutti Brothers! *

Screaming!!!!!! CUTIE BROTHERS!!!!

 
 owh.. NO!!! lil' Rayqal 6 bulan dah pandai posin'... sweet!!
 lil' Aiman pandai jaga adiknya!!! Good boy!!

  Wait for aunty Cyana & uncle Chab pulang ya.. kita pergi Tutti Frutti!!! yeay!!!!
Holidays... wink wink!!! balik kampung! balik kampung!!!

* K.A.M.I *

Assalaam alaykom... gembira menjelang cuti persekolahan kerna jalan raya sedikit lenggang berbanding hari biasa. Di ofis juga agak lenggang mungkin kerna ibu bapa ramai yang turut sama bercuti tetapi jadual mesyuarat tetap meriah seperti kebiasaan... malah bila bertugas sebagai Sekretariat, KPI utama adalah mengadakan mesyuarat. Maka tidak hairan jika sepanjang minggu mrs Tender berada dalam bilik mesyuarat dan tidak hairan juga jika mrs Tender bisa menghafal minuman dan kuih kegemaran ahli mesyuarat. Pentingkah? owh.. bagi saya walaupun ianya di anggap remeh-temeh tetapi itulah kunci utama komunikasi yang berkesan. Bila kita cuba memahami kehendak orang lain yang cuba menjayakan misi KPI kita, maka seharusnya ganjaran setimpal juga turut kita berikan kepada mereka. hmm. 

owh.. mood  KPI memandangkan barisan pihak pengurusan sedang membentangkan KPI bahagian masing2. mrs Tender juga tidak berkecuali sekurangnya membantu dalam menghasilkan maklumat. Apa beza data, rekod dan maklumat? hehe. Tajuk utama semester pertama bagi setiap pelajar jurusan teknologi maklumat untuk mengenalpasti terma2 tersebut. Sesekali rindukan zaman IT, banyak yang membantu saya dalam urusan seharian. Seperti mana IT bergerak pantas, begitu juga pergerakan mrs Tender harus pantas dan  sentiasa bekerja 'within timeline'. Dan bila mana berkecimpung dalam dunia sekretariat, kaedahnya sedikit berbeza, semuanya mahu direkod dan didokumentasikan. Walau selepas email juga perlu memastikan 'send receipt' di terima. huh! Tetapi gembira dapat bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai peringkat barisan pengurusan. Namun apa yang pasti pembelajaran di dunia IT sememangnya banyak mengajar saya dalam urusan teori seharian seperti logik dalam 'true and false'. hehe. 

eh.. tersasar cerita sebenar.. tiba2 teringatkan zaman IT mungkin kerna kebelakangan ini ada yang menegur bagaimana melihat saya kehairanan bertukar bidang yang berbeza iaitu dari Teknologi Maklumat kepada Perolehan. hehe. Yang pasti kedua-duanya mementingkan integriti dan keselamatan data di tahap yang tinggi! hiks! Sementara mengenangkan zaman IT yang mana setiap hari membuat programming, setiap waktu bercerita tentang kitaran sistem... maka bila mana berbicara tentang 'functional requirement', itu adalah bidang kegemaran saya! ahaks! Dan bila mana berbicara tentang fesyen juga ianya adalah kegemaran saya juga! {sah hubby Moose pening melayan kerenah wifey yang suka berangan.. hahaha} 

EMPAT gaya dalam SATU masa! 
Sambil memandu sambil self-pose!
Left to Right.. Dior, Guess, DKNY and cK. 
{owh.. wifey gemar mengumpul koleksi aksesori... pening lagi hubby Moose.. hehe}

hubby Moose's choice!!!
{satu jek tak macam wifey yang suka banyak2.. hehe}

#KAMI

tajuk gambo yang diberi... yea.. itu adalah KAMI BERDUA yang seorang ketinggian kurang 5 kaki dan seorang lagi ketinggian melebihi 6 kaki namun berkongsi minat yang sama iaitu memakai kanta mata ketika panas terik di atas kepala.. hiks! Adios Amigos!

Sunday, May 27, 2012

* Fotografi Jalanan Malaysia | Putrajaya *

Assalaam alaykom... bersempena Karnival Belia terbesar 2012 yang diadakan di Putrajaya, saya juga turut berkesempatan ke sana bagi menghadiri sesi outing Fotografi Jalanan Malaysia kali ke-3 yang dianjurkan oleh mr ChotTouch. okay... ceritanya mengenai program fotografi dan tiada kaitan dengan program belia yang saya kira dilihat lebih kepada pembaziran dari pengisian kerohanian. Yang lain biarlah mata yang melihat menjadi saksi sekurangnya bila kita hadir ke lokasi barulah bisa berkata2 dari yang tidak hadir dan hanya bercerita mengikut cerita di kaca TV yang lebih propaganda. owh... yang pasti belianya ramai kerna penuh khemah belia pengakap dari seluruh Malaysia dan penuh juga dengan belia yang bermotosikal namun entah kenapa di wajah mereka seperti tiada dilihat semangat nasionalisme, hanya sekadar hadir memenuhi ruang semata. hmm. enough said!

Seawal pagi sesudah fajar kami bertolak ke Putrajaya agar tidak terkantas dalam kesesakan lalu lintas namun terpaksa pulang lebih awal dek kerna tugasan lain yang sedang menanti di Klang pada sebelah petangnya. Lucunya hubby Moose bertanya bisakah wifey memetik mr D7 memandangkan sudah lama tidak berdamping dengannya. Kekok juga sebenarnya.. mencari short-key dan untuk mengawal White Balance, Shutter dan Aperturenya. Mudah lagi mendampingi mr iPhone. hehe. Maka koleksi gambo dari beberapa kanta lensa yang berbeza. 

okay.. mari mulakan dengan koleksi mr iPhone...
 Saturday morning

 my photog sifu just right beside me!!!

 mrs Cyana perlu minum susu untuk mengembalikan kalsium.. hehe

 just arrived!

 orang2 kuat FJM

 hubby Moose with mr Chot

 registration tyme

 deretan Pentax!!!

 hubby Moose's clang!

mudahnya menggunakan mr iPhone kan? hiks!

okay... koleksi dari mr D7 tanpa editing..
{nampak sangat WB ke laut.. haha}
 
 the booth

 kacak Tshirtnya! hmm

 memandangkan temanya 'Moment', maka mrs Cyana yang sedang bowink merakam gambo sambil melepak di tepi jalan. hehe

 the real street photog! ahaks!

 lagi aksi2 candid!

 
 owh.. yang ini dari koleksi BTS cameraman FJM..

 waitin' tyme!
{kenapa majoriti berbaju hitam ya? hmm}

last but not least.. koleksi dari mrs D300s yang mata photognya sangat 'street'!!! hahaha

the bunting

miss Embun in candid! 
satu gambo dengan perlbagai penceritaan

 
 from the fish eye!!!

 hubby Moose, mr Edoi and mr Hairul

 sempoi moment!
 Naruto turut hadir

 mr Chot in candid too
 the best pic of ME by mr Moose!!!

 group FJM ke-3 bergambo kenangan sebelum beraksi

BTW credit to team FJM yang berjaya menganjurkan aktiviti sebegini. Semoga kita bertemu lagi di lain masa. Thumbs up!!! more and more pics at FB Fotografi Jalanan Malaysia.

* the RED team *

Assalaam alaykom... the red team!!!! Last week bersempena meraikan salah seorang rakan yang akan bertukar ke lokasi di Wilayah Utara, maka miss Nora a.k.a miss Manager telah mengaturkan sesi berkumpul makan2 beramai2 dengan tema merah mengikut warna kegemaran miss Ain yang bakal berpindah. hehe. Sesekali berkumpul dengan girlfriends memang meriah. Bab tema terutamanya, semua akan mengikut garis panduan. ahaks! We had fun!!!

the red team pose sebelum pulang...
btw yang ini juga rakan2 futsal.. hehe
with miss Ezzatie ..
{oppss!! sorry muka kamu tertutup!}
owh... nisbah 2:1.. ahaks!

then another farewell and birthday celebration oleh warga aras 31

the cakes
tema merah sekali lagi... pretty womans!!!

mr Razak memberi ucapan dan amanat terakhir buat anak buahnya

antara yang hadir

miss Ain yang dirai...
birthday girls yang diraikan

makan tyme

pose sebelum kembali bertugas.. hehe

to my dear sista Ain... selamat bertugas di tempat baru, walau di mana kamu berada..sentiasa berikan yang terbaik! love you! And to ALL my girlfriends... you all memang semangat kental.. jom beraksi di padang. ahaks!