Saturday, May 28, 2011

* my DAYs @ Beijing *

Assalaam alaykom... beberapa kerinduan mahu berceloteh disini. Hari ini berkesempatan meluang masa, namun cabaran tetap ada.... tiba2 blog function menjadi sedikit gelong! haih!!! Memandangkan malas mahu menaip kembali teks yang telah hilang sebentar tadi... maka dipendekkan cerita, biar gambo yang berkata2. huhu. Memandangkan gambo2 dari mr BTorch masih lagi belum bisa di transfer, maka bercerita lagi tentang hari2 di Beijing yang masih segar di ingatan. Yang pasti hati gembira bila mana bisa menjejak kaki ke salah satu tempat keajaiban dunia. Yang pasti saya teruja dengan cerita sejarah Maharaja China yang mashyur suatu ketika dulu... kini bila menonton drama China, pasti saya lebih bisa faham. hmmm.


owh... beberapa hari di tanah Beijing yang kini sedang mengalami cuaca panas kering pada musim bunga... membuatkan hati kecil menyimpulkan hujan emas di negeri orang, baik lagi di negari sendiri. ahaks! Dengan kepadatan penduduk dan kos sara hidup yang tinggi di negara China, beruntung rasanya saya dilahirkan di bumi Malaysia. Syukur!

bendera Malaysia berkibar di Beijing

baju pahlawan yang mengawal Tembok Besar China pada zaman perang air mineral yang perlu dibawa kemana jua.. hhuhu {puasa teh peng satu minggu!} kenderaan yang memenuhi jalanraya Beijing tiada public swimming pool, maka ramai yang bermandi-manda di sungai longkang sebegini walaupun pada musim sejuk kedai runcit yang akan saya kunjungi setiap hari untuk air oren. hehe hostel pekerja2 hotel berada di hadapan hotel sahaja. Ketika ini pekerja2 sedang memberus gigi dan mencuci muka. Mandi? erm... katanya mandi hanya 2 atau 3 kali sahaja dalam seminggu penduduk tempatan sedang mencuci pakaian pekerja yang tekun membuat ukiran tembaga antara koleksi tembaga yang dihasilkan permandangan dari luar rumah tradisional perkampungan bandar yang berhampiran dengan hotel antara kenderaan utama, basikal motor dan basikal menghirup udara segar di pagi hari pengemis yang agak ramai di kawasan Forbidden Cityowh... kami diingatkan tidak memberi wang kepada pengemis kerna takut diserbu pengemis lain yang lebih ramai pengemis tua ini memukul saya dengan tongkatnya! huh! permandangan kedai2 di Beijing kedai jualan daging halal di Beijing makanan halal? mudah diperolehi di kedai makanan Muslim Shin'jang atau Beijing
satu2nya kedai yang menyedaikan ice cube antara lauk yang dihidangkan.... daging kambing ikan air tawar...tiada ikan air masin disini ya! mahal katanya! ayam masak merah... tak pedas langsung, huhu wajib ada!!!! telur dadar!!! dalam bas setiap hari kami akan dibekalkan air mineral... pity me!!!! tiba2 dahaga pula... take a break, mahu pergi membancuh nes peng!!!! daaaa..... !

2 comments:

  1. Cyana,

    masa memula sampai, time paling susah ialah nak buang air kecil atau besar.. haruuu.. tak ada air.. kena guna mineral water.. taktau lah sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Kak Yan,

    sama jugak. pergi mana2 sediakan botol. mmg tourist guide salu akan pesan kat mana tempat ada tandas. kalo nak buang air besar mmg tunggu balik hotel jek. hehe.

    ReplyDelete