Assalaam alaykom... Bersiaran dr lembah Petaling Jaya. Sambil menahan selesema yang sudah seminggu berdamping dengan saya. Mungkin kerna suhu di ofis yang sedikit sejuk, maka bila berada di ofis selesema semakin parah. Mahu makan ubat nanti tidur jawabnya. Kerna sepanjang minggu saya terpaksa duduk seharian dalam mesyuarat tender... kerna itu juga selesema belum mahu reda. Kebiasaan jika selesema saya pasti akan menampal breath right bagi memudahkan pengaliran udara dalam hidung juga menahan dari tidak perlu mengesat hingus sepanjang hari. hehe. Tapi rupanya buruk sedikitlah...seperti terlanggar tiang atau terkena geget di hidung. ahaks!!!
Nampak gaya esok kena bekalkan breath right lagi... memang makin parah selesema. pity me. Pagi tadi mr Bla-soo pula mengalami kemalangan kecilan.. yang geram tu kemalangan berlaku betul2 di hadapan pagar rumah. huhu.
No comments:
Post a Comment