Tuesday, May 3, 2011

* the TASK *

lepak @ Qaseh

Assalaam alaykom....sangat gemar berkunjung ke Qaseh. Konsep restorannya sangat menyamankan mata, makanannya enak, teh aisnya sedap, sambil makan bisa online juga. hehe. owh..seharian menghabiskan hari cuti bersama insan terchenta bisa menggembirakan jiwa. Walaupun hanya berkunjung ke 'gadget shop'.. namun masa kualiti bersama itu adalah lebih penting. hmm.

Alhamdullillah tugasan besar di tanah Borneo sudah berakhir. Semoga saya mendapat feedback yang gembira. Banyak kenangan pahit manis yang saya lalui. Biarlah yang manis terpahat di minda. Yang pahit itu mahu dibuang jauh saja. Setiap yang dilalui penuh dengan dugaan. Itu yang membuat diri ini lebih berdikari, lebih bersedia menghadapi cabaran dan lebih bisa bertindak balas dengan lebih tepat. Saya gembira diberi peluang bekerja dengan pelbagai peringkat umur dan pangkat. Itu yang membuat tugasan lebih mencabar, namun ianya adalah pengalaman yang indah. Hanya senyuman yang bisa membalas kepuasan jika berjaya menjayakan sesuatu kerja. hmm

Sudah masuk ke bulan Mei... pelbagai tugasan sudah menanti. Semoga saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus memberi yang terbaik. Jadual juga perlu dirancang sebaik mungkin agar tiada masa yang dibuang begitu sahaja. Yang pasti sebelum pergi bercuti ke Tanah Besar China, saya harus menyusun beberapa mesyuarat tender yang sedia menanti, menyempurnakan dokumen KBM kerna AGM kelab bakal menyusul kelak. Tetapi itu hanyalah tugasan sampingan selain merujuk KPI iaitu saya perlu menyiapkan draf manual tender dengan segera. Itu yang paling membebankan minda. grrr!!!! Jika tahun lepas bulan Mei sibuk dengan kerja2 perpindahan, tahun ini banyak kerja2 dokumentasi pula. huhu. hubby Moose juga terikat dengan kerja2 editin'nya. hmm. {sooooo no cinema no window shoppin' ya}. Yang pasti jadual kami tiada masa FREE untuk bersantai bersama lagi. Semoga semuanya bisa ready on tyme! InshaAllah. Doakan ALLAH beri yang terbaik untuk keluarga kecil kita. Ameen.

2 comments:

  1. Melihat kesibukan warga BERNAS - wah! macam tiada masa senggang pulak. Kakcik hanya dapat tumpang menyibuk...hehehe....

    ReplyDelete
  2. kakcik.. sibuk tu datang serentak.tu yg jadi tercungap2. hehe.

    ReplyDelete