Wednesday, May 11, 2011

* Cahaya KASIH *

Assalaam alaykom... disaat ini saya sedang menanti filem yang bakal merubah industri filem Malaysia. Jika drama bersirinya telah meninggalkan kesan mendalam dijiwa... semoga filemnya juga bisa menyentuh hati terutamanya buat suami dan isteri yang bercinta sehingga ke akhir nyawa. InshaAllah.

Pertama kali mendengar lagu temanya... hati tersentuh lebih2 lagi di bulan Ramadhan ketika itu.. hmm. Tambah pula dengan garapan jalan cerita dan cinemografi yang menarik, sangat memberi suatu kesan postif di minda. Sungguh tidak sabar saya menanti filem arahan Kabir Bhatia yang pastinya belum lagi mengecewakan. Ingat lagi ketika menonton CINTA... air mata mengalir tanpa di sedari pabila melihat kesunyian jiwa anak dan ayah. Melihat trailer Nur Kasih sangat menyenangkan... SubhanaALLAH melihat keindahan ciptaan ALLAH swt.


Nur Kasih by brother Yassin

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih...Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih...Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi....

credit to brother Yassin and team atas nukilan lagu yang menusuk kalbu. :)

No comments:

Post a Comment