Wednesday, May 25, 2011

* the PROCESS *

mrs Cyana @ work!


Assalaam alaykom.. bersiaran dari Utara tahahair kerna menghadiri mesyuarat bagi memastikan proses tender berjalan lancar dan beberapa proses perlu diteliti dan dibaik pulih. Bila mana saya berhubung terus dengan tender, perkara utama yang terlintas di minda adalah integrity, security, accountability, telus, adil, tegas and top secret!!! Apa yang selalu dikaitkan dengan tender adalah wang ringgit. Mana2 individu yang kerap kali terpesong kerna bila menguruskan tender, ianya bisa membawa anda secara langsung ke arah rasuah. Itu yang WAJIB saya jauhi, WAJIB hindari, WAJIB SAY NEVER NEVER NO!!!! hmm..


Bila berbicara tentang proses tender... ianya remeh. Siapa yang tak bisa bersabar pasti menyatakan argh!!! proses tender lambat dan macam2 songehnya.. grrr. Semuanya mahu di dokumentasi. Tetapi terfikirkah anda bahwa proses tender bisa memberi ketelusan, keadilan, kesaksamaan, memberi pulangan nilai yang terbaik dan membuka peluang2 perniagaan dan kerja sama rata tanpa hanya mengangkat kroni sendiri? Itulh penting proses perolehan yang baik dan mantap. Tatacara, proses dan kerja berkaitan rapat antara satu sama lain. Dalam hal tender, saya tak bisa berkrompomi bagi memastikan kebaikan semua pihak.


well....Currently, saya sedang dalam fasa membaik pulih, menaiktaraf manual perolehan syarikat agar keseragaman proses terjamin. Bukanlah niat untuk saya menyusahkan mana2 pihak yang bakal mengikut proses tender, sebaliknya ianya memberi manfaat untuk semua. Kerna itu bila anda berada di dalam pengurusan proses tender, ANDA haruslah seorang yang neutral, terpaksa tegas jika perlu, tidak memilih2 penender... kerna saya percaya rezeki ada di mana sahaja selagi kita ikhlas dan terus berusaha. InshaAllah.


hubby Moose... Cie RINDU CYG!!!! Muahx!

No comments:

Post a Comment