Assalaam alaykom sisters & brothers... Owh late entry? Erm.. Kerna kekangan masa pabila pulang dari kerja mata terus mahu lena. hiks. Maka banyaklah entry tertunggak juga. Huhu. Okay masuk hari kedua di Beijing, perkara pertama sahaja terkejut pabila membuka mata jam 4 pagi langit sudah cerah. {fikir terlajak tidur..rupanya memang siang lebih lama bila musim bunga}. Jam 7 pagi turun sarapan di hotel. Kebanyakkannya lauk sayur. Saya hanya menjamah nasi goreng cina yang tiada rasa. Pity me!!! Jam 7.40 pagi kami semua berkumpul di lobi. Bas bergerak awal pagi untuk ke destinasi pertama yang terletak di tengah2 pusat bandar iaitu Dataran Tian An Men Square yang besarnya lebih 4 kali ganda Dataran Merdeka. Ramainya manusia sudah beratur mahu memberi penghormatan kepada mantan menteri Guo Jinlong. Bak cerita miss Mel jika mahu menziarahi mayat Guo Jinlong yang telah di awet dan di letakkan di dalam keranda kristal, kami harus mula beratur seawal jam 4 pagi.. Grrr!!!!! {Sungguh tidak sanggup!}
Kota Beijing memiliki kepadatan penduduk seramai 14 juta orang, muslimnya hanya dalam lingkungan 2 juta sahaja. Beijing terkenal dengan pusat politik, kebudayaan, perubatan dan merupakan kota terbesar kedua di Cina setelah Shanghai. Tian An Men Square terletak di sebelahan Forbidden City atau Kota Terlarang. Dikenali juga sebagai Istana Terlarang kerna ia adalah istana kerajaan lama ketika Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Memiliki luas sekitar 720,000 meter persegi, 800 bangunan dan lebih dari 8.000 ruangan... Grrr!!!!! Ceritanya juga sejarah Maharaja yang mempunyai seorang isteri tetapi menyimpan lebih 3000 gundik. Huhu. Menarik juga cerita mengenai budaya lama yang benar2 terperinci tetapi saya kira Maharaja ketika zaman tersebut adalah seorang yang kejam. Hmm.
Memandangkan Kota Terlarang bersebelahan dengan Tian An Men Square, maka rombongan kami perlu berjalan sepanjang 5 km. {bley tahan penat-lah jugak}. Pengunjung ke sini juga ramai dan ratanya rakyat Cina dari negeri2 lain. Di sini juga kami diingatkan tidak memberi wang kepada pengemis kerna jika diberi kepada seorang, maka ramai yang akan datang menyamun. {scary sungguh!!!!}
Owh.. A lil' warnin' here...
Gambonya memang banyak, so entry ini pasti panjang berjela seperti jauhnya perjalanan 5km juga. Hehe.
Owh.. A lil' warnin' here...
Gambonya memang banyak, so entry ini pasti panjang berjela seperti jauhnya perjalanan 5km juga. Hehe.




























Tempayan ini digunakan untuk menadah air hujan.. kerna Beijing kekurangan air




{asyik cakap jek padahal saya tak paham pun. hehe.}













Setelah penat berjalan, kami ke kedai sutera. Miss Sarah menerangkan cara2 kain sutera dibuat. Menarik!! Erm...ramai juga yang memborong comforter sutera.












Di sebelah petang, kami dibawa menonton persembahan akrobatik yang terkenal di negara China. Terdapat 18 panggung akrobatik di Beijing dan yang kami kunjungan adalah antara yang terbesar dan mempunyai persembahan motor yang berbahaya. Faktanya juga pemain akrobatik menerima bayaran yang tinggi. Mereka belajar dari mula usia 3 tahun dan akan berhenti persembahan pada usia 20 tahun. Rata2 mereka dari keluarga miskin dan tidak bersekolah. Sekiranya perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi, mereka terpaksa bekerja di restoran atau tempat membeli belah kerana tidak mempunyai sebarang sijil pendidikan. hmm.










Penuh panggung seperti menonton wayang.
Kemudian makan malam dan terus pulang ke hotel. Seharian berjalan sangat penat!!!! Pulang sahaja ke hotel mata terus terpejam lena. hehe. Good nite!
No comments:
Post a Comment