Senyum bisa menceriakan hari anda. Mulakan hari dengan senyuman bisa menyuntik aura positif untuk minda. Beberapa hari sebelum berangkat bercuti, saya benar2 berkepak. Jika bisa pinjam kepak ayam... mahu juga pinjam supaya tangan bertambah menjadi empat. hehe. Kerna sebelum bercuti, saya harus memastikan persiapan menjelang Mesyuarat Agung KBM HQ tersedia. Saya hanya mampu berdoa agar semua perancangan berjalan lancar dan percutian rombongan kami tidak menghadapi masalah. Alhamdullillah perjalanan kami teratur, semua peserta pergi dan pulang dengan sihat dan selamat. {mungkin saya sahaja yang terkena gatai2 badan dek perubahan cuaca... ataupun mahu bersalin kulit menjadi seputih gmbo? ahaks!}
Khamis lalu, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 7, Kelab Bernas Malaysia Cawangan Ibu Pejabat berlangsung dengan sempurna. Penerimaan barisan AJK yang baru menunjukkan persaingan sihat dan ramai yang sudah mahu kelab kembali konsisten. Kerna saya percaya sejak 2 tahun yang lalu, kelab sudah bergerak dengan pelbagai aktiviti. Dengan itu makin ramai yang menanam minat untuk menerajui barisan AJK. Saya sekali lagi terpilih menjadi salah seorang AJK. Semoga saya akan terus bisa memberi khidmat yang terbaik dan bisa seimbangkan antara kerja utama dan kerja sampingan. Diharap barisan AJK KBM HQ sesi 2011 sehingga 2013 dapat bekerjasama dan komited dengan tugasan yang diberikan. Tanggungjawab yang diberikan adalah sesuatu yang mencabar dan berat juga.
Manis lagi bila saya menjadi pengacara majlis sepanjang AGM tersebut. Menerima kehadiran mr MD, mr CFO dan mr Presiden adalah sesuatu yang bermakna {dada berdebar tak perlu cerita, huhu}. Skripnya harus sedikit formal walaupun saya rasa lebih ramai yang senang saya berceloteh sambil ketawa. hiks.
Deeply thanks to ALL yang memberi kepercayaan dan mengundi saya. And thanks to hubby Moose yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerja dan usaha saya. Lurve you CYG!
No comments:
Post a Comment