Assalaam alaykom.... merehatkan minda sejenak dengan aktiviti laporan bergambo. owh... saya sangat suka bergambo. Seingat saya zaman filem kodak...pasti berkeping2 gambo yang dicuci. Itu belum diambilkira berapa banyak roll filem yang masih dalam simpanan. Semuanya saya abadikan di dalam album. hmm.. Cuma bila teknologi semakin canggih dimana dunia digital memenuhi ruang... semakin kurang gambo yang dicuci. Hanya memilih beberapa keping yang betul2 mahu barulah dicuci. owh.. yang pasti saya masih meminati zaman separa digital {weh! gi mana tuh?}
Mungkin kerna minda saya adalah amat lembab menerima perubahan. hehe. Saya mungkin lebih selesa dengan apa yang ada. Saya jarang sekali menukar selera apa ntah lagi mahu menukar citarasa. hehe. eh eh! cerita tak berkaitan dengan laporan bergambo. hehe. okay ceritanya perjalanan kami sebagai kumpulan penyokong yang bersama2 pasukan futsal HQ ke Sarawak. Sebanyak 10 orang penyokong yang turut sama memeriahkan rombongan. Tetapi majoritinya purata umur 40 tahun dan ke atas, maka aktiviti terlaris adalah shoppin' dan memborong. Ingat lagi ketika kali pertama saya menjejak kaki ke Sarawak... owh, semuanya mahu dibeli. Tetapi kali ini memang agak menakjubkan kerna saya pulang tanpa membeli kek lapis atau keychain. {satu perubahan tu.... menahan nafsu shoppin'... ahaks!}
Mungkin tahun ini rezeki saya asyik berkunjung ke Sarawak. Entah tahun2 ke hadapan ada lagi tidak rezeki berjalan2 ke sana. hmm. Alhamdullillah rezeki saya kali ini pergi atas tiket kerja. Walaupun mula2 saya pergi atas tiket penyokong, kemudiannya saya terpilih sebagai AJK induk program. Sooo... tempat penginapan pastinya di sebelah sungai Waterfront. hehe. Walaupun kunjungan kali ini benar2 meletihkan... namun saya bersyukur, dengan bantuan rakan2 dan semangat yang dikobarkan....saya harus memberi yang terbaik. Kerna saya memikul nama keluarga dan syarikat agar sentiasa memberi yang terbaik antara terbaik.





owh... spot me in purple outfits. hehe



Maka jam 6.45 am sudah bersedia menunggu kedatangan driver.. Seharian di gelanggang futsal amat meletihkan. Namun saya harus bersemangat. Jika tidak mana bisa mahu mengeluarkan suara yang ceria. {seharian tanpa teh ais juga... pity me!!!}




Happy lagi bila bawa pulang berita kemenangan. Thanks to hubby Moose yang bersekang mata menanti kepulangan wifey ke pangkuan keluarga.
No comments:
Post a Comment