Assalaam alaykom... kembali bersiaran setelah beberapa hari menyepi. Sepi kerna saya sedikit sibuk menyiapkan kerja2 agar kemudian hari bisa bercuti dengan tenang. Sepi kerna terpaksa menyudahkan kerja yang bukan milik cik puan punya badan.. haih!!! sesekali mahu saya menjerit.. kenapa saya? Jika setiap dari kita tahu tanggungjawab masing2 kan mudah? Sesekali mahu saja berkata TIDAK! Saya tiada punya lebihan waktu. Saya tiada punya banyak masa terluang. Saya juga mahu berehat bersama keluarga. Saya juga punya hati yang perlu dijaga. hmm.
Sesekali saya juga mahu meluangkan masa menonton rancangan kegemaran saya. Sesekali saya mahu juga bekerja hanya 8 jam sehari... pulang tanpa memikirkan kerja. Sesekali mahu sahaja saya menghabiskan masa 5 hari di opis menyelesaikan hal2 peribadi. huh! btw mesyuarat dwi tahunan KBM yang bakal tiba bakal merombak AJK yang baru. Saya masih lagi memikirkan mahu terus dicalonkan atau tidak mahu dicalonkan. owh... jika saya menjawat jawatan di dalam kelab, banyak aktiviti yang bisa direncana. Namun sesekali pertindihan aktiviti dengan kerja dan program di luar waktu kerja... sememangnya menghadkan masa. hmm. Saya lebih senang tidak menjawat apa2 jawatan dalam kelab, cukup sekadar membantu kerna takut juga kemudian hari suara2 sumbang berkata saya sibuk dengan aktiviti kelab, kerja semasa terabai pula. hmm. Alhamdullillah setakat coretan ini ditulis, masih belum ada kerja2 semasa yang terjejas. Malahan jika terdapat kelewatan itu kerna saya terpaksa menanggung kerja milik insan lain. Benar-lah itu kelemahan diri yang berada di tahap puncak. Tidak bisa berkata ITU BUKAN KERJA saya! Lupakan cerita kerja. enough!..
Minggu ini walau sesarat mana beban di minda, saya tetap gembira kerna tahun ini bisa menyambut Hari Ibu di samping MAMA. Kerinduan benar terasa bila lama tidak menjengah pulang. Selamat hari Ibu kepada IBU dan MAMA dan juga semua Ibu2 dan bakal2 Ibu... Semoga kalian ditempatkan di syurga, menjadi Ibu yang solehah dan diberkatiNYA. Saya juga teringin sekali berada setaraf anda para Ibu. Saya juga teringin mahu mengendoi anak sendiri. Saya juga teringin mahu rasa bagaimana nyawa di hujung tanduk ketika melahirkan anak. Saya juga mahu rasa bagaimana membawa anak selama 9 bulan dan dimanjakan suami. ermm. Mungkin belum rezeki keluarga kecil saya. hmm..
"Doakan saya agar bisa mengikut jejak kalian menjadi Ibu, menambahkan zuriat kepada keluarga besar Islam Nabi Muhammad SAW, dan melahirkan zuriat kepada keluarga kecil hubby Moose. ALLAH SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Segala rezeki datang dariNYA dan kepadaNYA kita akan pulang dan kepadaNYA kita memohon dikurniakan cahaya mata dan diberi kebahagian dunia wal akhirat. Ameen. "
No comments:
Post a Comment