Wednesday, May 18, 2011

* my DAY1 @ Beijing *

Assalaam alaykom.... seperti lama benar tak bercerita panjang berjela. Maka entry ini dan entry2 seterusnya saya akan bercerita dengan lebih panjang... erm, jika text tak panjang maka gmbonya yang berjela panjang. hiks. Kini sedang resize dan menyusun atur gmbo agar dapat dikongsi bersama bukan sahaja untuk diari CyanaMoose, saya sedang tekun juga mengupload gmbo di beberapa page lain agar bisa dikongsi peserta2 yang lain. hubby Moose kata jumlah gambo satu ribu tak banyak...sepatutnya satu ribu satu hari. Jika 6 hari maka harus jumlahnya 6 ribu keping. {grrr!!!! Cie pergi bercuti sebagai peserta bukan mrs photog ler CYG.}

Ceritanya bermula dengan permintaan AJK KBM HQ meminta saya menganjurkan program bercuti ke luar negara. Setelah beberapa negara dikenalpasti dan mendapat sebut harga, akhirnya kami bersepakat memilih bandaraya Beijing China sebagai tempat kunjungan. Menarik lagi program ini merupakan program penutup bagi AJK sesi 2009-2011. Walaupun saya baru sahaja satu menyertai barisan AJK satu setengah tahun yang lalu, program ini cukup bermakna buat saya kerna menjadi program koordinator bukanlah mudah. Mengumpul maklumat, mencari pakej yang terbaik dan harapan saya agar semua peserta selesa dan gembira. Berbagai cabaran yang terpaksa saya hadapi sebelum pergi ke Beijing... biar yang baik sahaja kekal diingatan. Namun saya harus mengingatkan diri agar sentiasa berniat baik dan memberi yang terbaik. Pity me! bila mana berdepan dengan masyarakat Melayu yang masih ada lagi suka mahu bercerita tentang keburukan, masih tidak mahu menanam minda yang postif. hmm.

Program Lawatan Mesra Kelab Bernas Malaysia ke Beijing China di sertai oleh 34 orang peserta. Pakej lawatan ini dibawah kelolaan Tradewinds Travel Tour & Service yang juga merupakan salah satu anak syarikat Tradewinds Malaysia Berhad. Agen pelancongnya mr Firuz Khan seorang yang profesional, friendly, a good sense of humour man dan akhirnya kami menjadi kawan dan mesra bagai satu keluarga. dengan sedikit penerangan mengenai tempat2 lawatan diadakan dua hari lebih awal, banyak tips dikongsi bersama memudahkan lagi para peserta bersedia untuk lawatan ini. Contohnya barangan yang perlu dibawa, mata wang Yuan yang nilainya separuh dari Ringgit Malaysia dan maklumat tempat2 lawatan yang akan dikunjungi.

Tanggal 12 Mei 2011 seawal jam 6.30 pagi semua peserta berkumpul di KLIA. Menariknya program ini ada beberapa individu yang nama mereka hampir sama. Mengumpulkan beberapa keluarga dan pesertanya bermula semuda usia 10 tahun sehingga ke umur 56 tahun. hmm. Memandangkan saya sampai agak lewat, maka gmbonya tak sempat dirakam.. huhu. {sayu hati meninggalkan insan terchenta}. Okay... let's begin the story...

check in bag... owh thanks to miss Atiqah for breakfast

heading to International section

smile for camera

mrs Cyana's handbag ada 2 macam iaitu satu untuk mr Niko dan satu untuk mr HP.
Beratnya... bahu sahaja yang bisa jawab! huhu.

tyme to departure

awan biru...cuaca cerah. Alhamdullillah.

sepanjang perjalanan selama 5 jam 50 minit,
kami melayan TV dan mendengar lagu

sambil makan2. enak naik pesawat...asyik makan jek. hehe

miss Nadiah in smile

selamat mendarat di tanah besar China

at Beijing airport...
masing2 menuju ke toilet dengan botol berisi air. hehe

clean!

pemeriksaan imigresen

pose at Beijing airport

mr Big Boss and family turut serta

masa sampai masing2 membawa satu beg

miss Amelia a.k.a MEL... our agen pelancong di Beijing

mr YDP and miss MEL yang petah berbahasa Melayu

menuju ke bas

kawasan sekitar airport. Musim bunga di Beijing, cuacanya panas dan kering.

bas diketuai oleh pemandu yang digelar 'Sifu'

miss Sabrina in candid pose

menuju ke bandaraya Beijing yang dipenuhi kehijauan dan bunga2 segar.

jalan raya dipenuhi kenderaan yang memandu dengan kelajuan yang sama

basikal2 memenuhi bandaraya Beijing

lovely scenery

menuju ke restoran Muslim Shin'jang

restoran Muslim yang dihiasi lukisan

hidangan 8 jenis lauk, nasi putih, air suam dan teh cina

makan tyme

selepas makan bertolak menuju ke hotel

check in tyme

mrs Sabariah and family from Kuching Sarawak

bilik dihidangkan dengan teh cina

my room berkongsi dengan mrs Rogaeyah yang pendiam tetapi friendly. Kerna keletihan, kami tidur lebih awal...mahu simpan tenaga untuk berjalan di esok hari. See ya'.

more and more collection?
click @
flickr KBM HQ's and KBM HQ 1's

No comments:

Post a Comment