Wednesday, May 11, 2011

* the Destination *

the destination

Assalaam alaykom... hari yang dinanti bakal tiba, berbaki 24 jam lagi. Tiba2 berdebar pula almaklumlah pertama kali mahu berpisah jauh dengan keluarga dan insan terchenta. Hari yang dimaksudkan adalah Lawatan Mesra Beijing Kelab Bernas Malaysia yang dijadualkan selama 6 hari 5 malam. Seramai 34 orang peserta yang akan mengikuti lawatan ini. Petang tadi sedikit penerangan dari agen pelancongan dilantik iaitu Tradewinds Travel Tours & Services. Maka petang tadi bawa pulang bagpack berwarna orange dan jadual lawatan dari travel agent dan Tshirt pembelian KBM . Rezeki.

owh..saya paling teruja kerna ini merupakan program pertama kendalian saya. Nampaknya saya antara peserta terakhir yang membuat persiapan. hehe. Bagasi juga masih kosong, masih belum dapat idea mahu membawa baju apa, kasut apa, handbag yang mana.. hehe. {haih...susah benar kalo baju banyak TETAPI banyak yang ketat! oppss!!!}

the cutie panda yang teman hubby Moose and mr BLAsoo

owh... Panda mungkin tak sempat dilawati kerna kedudukan zoo yang agak jauh dari bandaraya Beijing, tetapi mungkin anak2 patung panda yang akan dicari nanti. Semoga perjalanan rombongan ini dipermudahkan, selamat pergi dan pulang dan diberkati kunjungan kami ke Beijing yang mana menempatkan populasi 6 juta Muslim. Bak kata pepatah "tuntutlah ILMU sampai ke negeri China". Semoga ilmu akan diperolehi dan dapat dikongsi bersama kelak. InshaAllah.

p/s: tiada rezeki ke SABAH tahun nie... huhu.

2 comments:

  1. Bila Cyana pegi?

    boleh kirim FM ni..hee.. akak dulu pegi tahun 2000.sure dah banyak berubah kan..

    nnt load gambar bebenyak ye..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yan...

    Bertolak esok pagi. dok berangan dah nie nak tapau FM sebakul hehe.

    sy gi sorang.. hubby tk ikut. kalo tak sure lebih byk gmbo. hehe

    ReplyDelete