Sunday, May 29, 2011

* mrs Cyana berRekreasi *

H.A.P.P.Y!!!

Assalaam alaykom... gembira ketika bergambo di Summer Palace...begitu juga hati gembira bila mana mr YDP memberi kepercayaan melantik saya menerajui Biro Rekreasi, KBM HQ. Bagi sesi penggal yang baru Biro Sukan & Rekreasi telah diasingkan. Kerna memikirkan saya jarang bersukan, maka saya lebih menjurus kepada Biro Pendidikan mahupun Biro Rekreasi. Pabila mr YDP memberi kami peluang untuk memilih, maka mrs Cyana dengan gembiranya memilih Biro Rekreasi {wahhhh!!! berjalan2 sakan lepas nie.. ahaks!!!}.

Kini team Biro Rekreasi yang terdiri dari mrs Cyana, mrs Hasliena Anuar {yg juga kaki jalan} dan mr Ameer Wahdi sedang merangka program2 yang bakal kami jalankan untuk tempoh 2 tahun. {panjang sungguh senarainya.. hiks!}. Program2 tersebut masih dalam peringkat draf yang akan kami teliti yang mana paling sesuai untuk diketengahkan. Yang penting, kami mahu anjurkan program yang berkualiti, bersesuaian dengan banyak peringkat umur dan bisa menjalinkan persaudaraan dengan ahli2 KBM dari cawangan yang lain. InshaAllah.

Kesesuaian saya memikul tugas2 di Biro Rekreasi kerna mrs Cyana suka berjalan, suka melancong, suka bergambo, suka berposin', suka berjumpa kenalan baru, suka semualah!!! ahaks! owh... program pertama yang bakal saya kendalikan adalah fotografi!!!!! Bersantai sambil berekreasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Semoga semua perancangan bakal berjalan dengan lancar. Doa dan harapan agar kami bisa menerajui Biro Rekreasi dengan success. InshaAllah.

2 comments:

  1. Masa ke Beijing in 2000 akak tak sampai ke Summer Palace ni pasal sudah sakit dan terpaksa stayed kat hotel je.. sedihhh...

    seronok ye Cyana..

    ReplyDelete
  2. Kak Yan,

    rugi sket lah. sbb Summer Palace nie tempat mmg cantik. saya pun masuk hari ketiga dah gatai2 badan sampai berdarah. teruk jugak. balik Msia terus gi amik ubat.

    ReplyDelete