Sunday, January 31, 2010

* sunshine of my day *

Salaam from south of Malaysia... Alhamdullillah perjalanan 1stVerse team ke JayBee dipermudahkan. We all selamat sampai jam 6am... dan tegar menanti sunrise di Tembok Johor. hehe.

Pic by hubby Moose yg fresh from mrs niko... baru saja sedar dari tidur terus pose. hehe. well well.. siapa kata kita perlu model yg seksi utk bergaya. Saya sendiri prefer memilih model yang biasa-biasa sahaja, nmpk lebih natural dan bersahaja... meanin' bukan model sebenar dalam professionnya. kerna itu adalah lebih mencabar untuk sesi memberi arahan dan menghasilkan angle yang menarik. hmm. Senang cerita, sesiapa sahaja bisa menjadi model dan terpulang kepada interest masing2. hiks

btw... tajuk tiada kaitan dengan cerita, hehe. hanya saya berasa sedikit gembira dengan perkhabaran berita terbaru. So berjalan sambil bercuti ini lebih menghiburkan hati sebenarnya.

okay.. i'll update you more & more story... inshaAllah.

Friday, January 29, 2010

* we're off to Jay Bee *

Gambar tahun 2009 di Masjid Al Mizan Kempas, JB.
Tahun nie we all kembali lagi ke Kempas.

YES... we're off to Johor Bahru for big ceremony of Banoque && Lyla && vacation. InshaAllah.

Make du'a for US, turut bersama brother Piziey as official videographer & brother Ali as junior photographer. well...mrs Moose haruslah turut serta sebagai pembekal ongkosnya.. hehe.

* Nasi Lemak..yum yum *

nasi lemak MMZ Bukit Jelutong

Assalaam alaykom sisters & brothers... Kajian menunjukkan makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah nasi lemak. Biasanya di makan di kala breakfast atau dinner. Asalnya nasi lemak dibungkus sebesar segenggam tapak tangan dengan daun pisang. Kini nasi lemak telah diupgrade, dan dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.

Merujuk gmbo diatas iaitu nasi lemak AYAM goreng berempah yang datang set bersama telur mata kobau separuh masak, ade ikan bilis, kacang goreng, timun, sambal yum yum... mmg sangat SEDAP dan SEDAP!! Nasi lemak MMZ nie adalah nasi lemak favourite saya sekeluarga {bunyik mcm ramai...walhal saya & hubby Moose jek. hehe}.

Selain di MMZ, saya juga suka membeli nasi lemak kecik konet RM1 di pasar pagi Seksyen 6 {senang boleh tapau teh ais skali.. hehe}, petang di gerai abang tepi kedai lampu di Seksyen 9 ataupun menunggu setiap hari Jumaat kerna terdapat nasi lemak Banting namanya yang dijual di Pasar Malam Seksyen 6. owh...saya sememangnya menghitung hari untuk ke pasar malam, kerna disana ada juga air kedondong kegemaran hubby Moose. hehe.

Sedar tak sedar, nasi lemak kini menjadi makanan rutin kerna kekerapan memakannya. btw..pakar makanan telah menyatakan nasi lemak tidak sihat dimakan setiap hari kerna kandungan kalori & lemak yang tinggi... hmmm. {owh, ptt saya byk lemak.. hehe}. so dalam seminggu saya menghadkan makan nasi lemak 2-3 kali sahaja..{ke byk jugak ek? opps!}

Thursday, January 28, 2010

* my LOVER's style *

this is my mr LOVER a.k.a my loovely doovey hubby Moose a.k.a my mr boss in action
{sbb pose in uniform.. hehe}.

okay...ceritanya hubby Moose nie tidak suka window shoppin' seperti wifey yang suka berjalan2 mengelilingi shoppin' mall. erm.. beliau prefer online shoppin', maka tidak hairan jika setiap hari hubby Moose duduk mengadap mrs Macnyer. {siang malam bersama... jeles tau!}. Jika inginkan sesuatu pasti bersemangat beliau bercerita... "Cie..lens ini bla3x," {seperti wifey yg bercerita nk beli handbag..tapi tak beli2 lagi.. huhu}. Bila mana mendengar cerita, mrs Accountant sudah mula menarik muka.... {$$$$ bakal terbang}, but you deserved it, CYG!! kerna hubby Moose sentiasa bekerja, sesekali patut juga berbelanja. {kalo tanya saya? haruslah ajak gi supermarketkan.. opps!}

After survey2 function & harga.. tibalah masa untuk mendapatkan item yang diidamkan. Yang menarik, pasti hubby Moose membawa wifeynya {sbb saya tukang bawa duit ya}... hehe. YA!!! sejak berkawen nie...shoppin' hanyalah di kedai gadgets sahaja. hmmm.

mrs Cyana in trench coat.. iklan 2 seconds. hiks

Jika mahu lembutkan hati isteri agar support si suami yang mahu membeli gadgets.. a lil' tips here; mengambil contoh membeli lens baru ya ---- :)

1. Ceritakan WHY perlukan lens tersebut... so ceritakan kelebihan lens bla3.
2. Jika isteri bagi respons, then bagilah LINK..{walhal isteri tgk gmbo jek.. hehe}.
3. Then luangkan MASA bersama pergi ke kedai tersebut {if nak beli di kedai la kan}.
4. Sampai jek, terus minta lens tersebut dan try YAKINkan isteri sekali lagi.
5. Then test SHOOT gmbo isteri..{isteri sure seronok tgk gmbo diekan?hehe}
6. and then pasti si isteri minta gmbo lagi dan lagi... haha. {seperti pose gmbo di atas}
7. Lastly... sila jangan rahsiakan HARGA sebenar {utk check & balance, senang isteri mo claim nnt..ahaks}

simplekan? itulah my lover's style dikala bershoppin'. Even mula2 muka saya akan berkerut2 tidak bersetuju tetapi dengan alasan yang munasabah saya pasti akan SUPPORT juga.. hehe.

yang penting, saya dapat melihat wajah hubby Moose gembira tersenyum sambil berkata "my new toys!!" owh...itu toys nya. Toys saya???? wait & see ya'! .... see you in action ya 35mm.


* a lil' PROGRESS...from 1stVerse *

Salaam sisters & brothers...erm, jika masih ingat a lil' entry *my VO..sounds funny* bulan lalu... alhamdullillah membuahkan hasil. Sepenat mata saya melihat hubby Moose bersekang mata menyiapkan editin'... segeram2 saya dipaksa merakam suara jam 3 pg.. ianya sesuatu yang berbaloi, ada hikmah disebalik setiap kejadian itu. hmm. Selama 3 minggu bertungkus lumus menyiapkan video ini, kerna itu juga banyak kerja kawen yang tertunggak. huhu. Selepas release master copy, syarikat tersebut meminta duplicate copy untuk semua staffnya...maka semua staff disitu akan mendengar suara saya.. ahaks!

video family day in pose

Actually yang membuatkan mr editor pening kepala kerana mr cameraman memberikan hasil rakaman yang kurang memuaskan. Dalam videography, kolaborasi diantara cameraman dan editor adalah penting untuk menghasilkan output yang terbaik. Konsep yang sama dalam photography, asas idea & konsep adalah penting. Itu sebabnya, mrs MD a.k.a mrs Cyana iaitu SAYA sendiri agak sukar untuk memberi tugasan shootin' & editin' kepada orang lain. {pity hubby Moose, pecah kepala buat semua} owh.. bukan niat mahu membolot semua tetapi saya tidak sanggup melihat hubby Moose terpaksa REDO kerja, ianya cukup membebankan.

Dan akui saya CEREWET dari hubby Moose... kerna mulut saya akan berkata2...mmg agak pedih jika mendengar komen saya {hubby Moose jenis pendiam jek dan geleng kepala}. Tetapi hubby Moose pula lebih CEREWET dikala bekerja..setiap satu detik ditelitinya.. {aiyooo !hehe}. Walaupun saya sendiri akui mempunyai kelemahan..tidak pandai editin', tidak pandai shootin', tidak lulus juga memilih gmbo dan hanya tahu kritik saja.. hehe, tetapi demi kebaikan saya harus berkata benar pada perkara yang tidak saya gemari. Saya tidak mahu hipokrit! ianya penting kerna hasil kerja itu membawa nama 1stVerse.


Dear valued customer,
a lil' update ya dari meja 1stVerse.... maafkan jika lewat menyiapkan end product anda. Kebiasaannya saya akan maklumkan jika terdapat sebarang pernangguhan, erm..okay ini progress terkini;

1. mrs Nadia & mr Shukri
~ Album DONE.
~ Video Akad Nikah DONE.... videoclip can view here.
~ Video Bertandang in Progress.- DONE
~ to be delivered tomorrow. InshaAllah - DONE

2. mrs Aliyyah & mr Mus'ab
~ Album DONE, after reprint due to printin' error.
~ Video Akad Nikah DONE... videoclip can view here.
~ to be delivered tomorrow. InshaAllah- DONE

3. mrs Diana & mr Shahrul
~ Album in Progress.
~ Video not yet started.. huhu.
~ to be delivered in Feb. InshaAllah - DONE

erm..i'll update if there is any changes ya'. Salamm.

Wednesday, January 27, 2010

* Kerja itu AMANAH *

love this piece.. by my LOVER

Assalaam alaykom..sedar tak sedar sudah berada dipenghujung bulan...tak terasa cepat sungguh masa berlalu meninggalkan manusia2 yang leka. hmm. January mungkin bukan bulan sibuk saya tetapi bulan yang penuh dengan teka teki...dan masih lagi belom menemui jawapannya. Pertamanya bermula dengan kebimbangan hdd yang mungkin sudah separuh nyawa...saya redha jika ianya tidak bisa pulih seperti biasa, redha dengan kehilangan semua gambo2 saya, tiada pula backup dibuat..erm.. YA! itu KESILAPAN saya!! {menyesal kemudian tidak berguna.. huhu}

Keduanya bila situasi memerlukan saya membuat keputusan {yang nie mmg part paling lemah..hmm}. Bila mana saya perlu memikirkan orang2 disekeliling dan masa yang sama memikirkan apakah yang terbaik untuk saya. Ceritanya saya mendapat peluang untuk berkhidmat di department lain {meanin' PILIH antara dua...kekal di IT or meninggalkan IT} erm..sesuatu yang perlu difikir berkali2, walaupun jiwa saya bukanlah 100% IT {kerna if pure IT people pasti bisa menjawab apa teknologi terkini atleast.. itu bukan saya, opps} , namun background IT itu sangat berguna, bisa juga dicampak kemana sahaja, inshaAllah.

Dan kerja tetap kerja. Terkadang memikirkan masa depan saya di IT, adakah saya akan kekal disitu? ya, saya juga mahukan pengalaman... maka saya mencuba nasib untuk jawatan itu. sekurangnya mencuba...tidak rugikan? hehe.

Baiklah... Apa yang akan membuatkan saya akan terus kekal di IT? erm.. pertama kerna sahabat2 disitu mesra alam. kedua kerna nilai sentimental boss saya, walaupun kekadang boss tu garang sbb suka minom carrot kot, {pernah juga menjadi mangsa... biasolah boss wanita..emo bulan kott.. haha} tetapi cik boss sangat sempoi orangnya. Bayangkan diopis saya masih bisa update blog dan membuat kerja2 luar..opps! yang penting kerja siap ON TIME! memetik kata2nya "Kerja adalah amanah, hanya inisiatif kita sahaja berbeza!!" ya benar! kerna beliau adalah orang pertama yang saya minta pendapat tentang hal ini. hehe.

Actually, bila kebuntuan melanda... beberapa insan penting akan saya rujuk iaitu hubby Moose & MAMA, sometimes my bestfriend miss Amilia and miss Kantan... {kategori sahabat untuk berbicara..kalo GGO yg lain pasti juga akan menyokong tindakan saya.. confident !}. erm.. diringkaskan cerita statusnya masih lagi samar... sekurang-kurangnya secara tidak langsung, berbaloi juga kerna hasil kerja saya selama berada disini dihargai. hmm.

Seperti juga kerjaya part time menjadi mrs photographer...bermula sebagai hobby, kini melangkah setapak sebagai sumber rezeki. Walaupun selalu juga ditegur mr Boss.. {pedih tau bila hubby Moose menegur...merajuk juga kadang kala} tetapi itu memberikan suatu semangat dan membuatkan saya lebih gigih menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. InshaAllah. Sekurangnya untuk kategori "zero knowledge in photography", saya masih bisa berbangga dengan hasil kerja saya {sesekali memuji diri sendiri tak salahkan? hehe}.

Bagi saya, bila anda berada di position BOSS, mungkin anda juga akan berfikiran sama seperti mereka, menegur demi kebaikan tidak salahkan? hmm. Yang pasti.. mereka menghargai saya dan saya sayang mereka2 itu sebagai BOSS saya.


* Perjuangan wanita BURQA di Perancis *

pic courtesy from google

Assalaam alaykom sisters... pagi hari sempat saya membaca sisipan akhbar mengenai laporan sebuah jawatankuasa Parlimen Perancis menyokong larangan pemakaian burqa (niqab) dalam kalangan wanita Islam di negara itu. Laporan setebal hampir 200 muka surat itu mengandungi pelbagai cadangan untuk mempengaruhi wanita Islam supaya tidak memakai burqa di Perancis.
Jawatankuasa itu menganggap pemakaian burqa sebagai bertentangan dengan nilai-nilai Perancis dan mencadangkan pengharaman pakaian itu di hospital, sekolah dan pengangkutan awam. Bagi pendapat saya, larangan ini sesuatu yang mencerobohi hak2 asasi wanita serta lebih lagi hak wanita Islam yang memakai burqa.

Alhamdullillah di Malaysia tiada lagi desas-desus larangan seumpama itu. Masih ingat lagi sewaktu kecil saya melihat makcik memakai burqa, mungkin sesuatu yang janggal bagi kanak2 seperti saya ketika itu. Kemudiannya guru biologi saya yang pulang dari England juga berburqa, hanya sewaktu mengajar sahaja dapat melihat wajahnya... sungguh lembut budi bahasa Puan Maimunah itu. hmm.

Kini saya sendiri melihat burqa itu adalah sebahagian daripada keindahan wanita Islam. Hanya mereka yang memakainya mempunyai sebab2 yang berbeza.. mungkin kerna mahu memakainya, mungkin tradisi, dan ada juga di negara2 Arab yang mewajibkannya. {saya hanya amik contoh yang positif}. Jika ditanya saya sendiri tertarik dengan burqa {dalam konteks fesyen}, kerna setiap kali melihat wanita Arab berburqa, pasti terdetik dalam sanubari "betapa cantiknya wanita itu", memelihara aurahnya dan sekaligus menarik mata saya memandangnya. Indah sangat! {erm.. hubby Moose juga perasan hal itu. hehe}

Kini kira-kira 1900 wanita yang memakai burqa di Perancis sedang berjuang untuk hak mereka di republik itu. Saya doakan terbaik buat sisters disana... agar larangan ini tidak sama sekali melunturkan semangat mereka untuk mempertahankan kebaikan dan tuntutan agama. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada sisters in Perancis. InshaAllah.

Sinonimnya burqa dilihat dengan warna hitam... kini burqa boleh dilihat dalam pelbagai warna yang berlainan. Tengok sahaja dua contoh gmbo di atas, satu memakai tradisional burqa berwarna hitam dan satu lagi memakai shawl berwarna pink untuk melilit wajahnya. Yang pasti saya amat tertarik dengan kedua mereka walaupun hanya dapat melihat mata sahaja. hmm.

Tuesday, January 26, 2010

* Laksa Penang *

Salaam sisters... by request miss Yun a.k.a Kantan yang mahukan resepi Laksa Penang. {taula kantan tu wajib masuk dalam resepi kan? hehe} Mood juga masih berada di Pulau Pinang.... maka inilah resepi MAMA yang diwariskan, erm ringkas tapi banyak sayur kot.. hehe. yang penting makan sampai mangkuk licin ya. hehe.

Resepi LAKSA:
  • Laksa basah {yang basah lebih enak kot}, rebus sekejap & toskan. erm... masa nie guna laksa kering...so ginilah rupanya.
untuk kuah laksa pula;

BAHAN 1
  • ikan kembung or ikan uji rashid a.k.a ikan mata besar {nak pakai tuna, sardin pun bley..ikot selera}
  • ikan nie rebus dulu, then asingkan isi dengan tulang.
  • then blendkan isi dulu, kemudian blend tulang tu...tapis then amik airnya sahaja.
BAHAN 2
  • cili kering {masa nie guna cili hidup, so kurang pedas sket}
  • bawang besar
  • bawang putih
  • Belacan {jika mahu}
Caranya;
  • Panaskan minyak sket, and then masukkan BAHAN 2.
  • Agak2 mendidih, masukkan BAHAN 1 {yg ikan tu}.
  • Kemudian masukkan air asam jawa & beberapa asam keping.
  • Masukkan sayur2 seperti daun pudina, batang bunga kantan, daun kesum dan serai {so kuah nie dah penuh sayur2.. hehe}.
  • last masukkan sedikit garam & ajinomoto (jika mahu}.
  • dah rasa okay... bley la angkatkan..tips: jika mahu makan kuah mesti panas2..so biar jek api kecil terbuka.
BAHAN HIASAN;
  • pudina {wajib yer... amik daun jek}
  • bawang besar {hiris halus}
  • nenas {nie kira wajib juga... hiris panjang2}
  • timun {hiris panjang2}
  • daun selom {hiris halus}
  • bunga kantan {hiris halus}
  • cili melaka (jika mahu, hiris halus}
  • limau kasturi {jika mahu, belah dua}
  • telur rebus (jika mahu.. nie style laksa kedah}
  • isi ikan sardin {jika mahu..tapi nie style chinese laksa}
  • petis a.k.a otak udang {jika mahu..tapi saya WAJIB ada.. hehe}

okay.. itu sahaja resepi laksa, kalo tanya sukatannya... mmg saya agak2 jek. {itu yg diwarisi kpd saya, kalo tgk respi yg MAMA bagi cara memasak ade 3 baris jek..lagi kelakar kan?} bahan sayur mmg banyak jika mahu laksa tu lengkap...selalunya jika di Penang, MAMA yang akan masak kuah..saya potong2 sayur jek.. hehe.

so after this bley la merasa miss Kantan bikin laksa Penang yer.. hehe.

Monday, January 25, 2010

* my Penang Island *

Assalaam alaykom sisters & brothers... monday blues? mari bersama2 layan entry bergmbo nie. Why Penang Island?? owh kerna itu pulau kelahiran saya... bangga tau jadi org pulau, famous sungguh pulau ini termaktub dalam sejarah... dari kedatangan Captain Sir Francis Light, perebutan kuasa diantara Inggeris & Kedah, kewujudan negeri2 Selat sehinggalah kehadiran masyarakat majmuk di Pearl of Island.

Tepat sekali bila diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Sejarah kerna kesan sejarah masih lagi subur.. walaupun pada suatu ketika negeri ini menerima jolokan negeri terkotor {owh, sg pinang yg paling kotor ketika itu}, kini sudah berubah wajah... proses pemuliharaan dianggap berjaya membuka mata warga pulau untuk terus menjaga warisan ini. Suatu ketika dahulu dizaman saya remaja, teringin benar merantau ke negeri orang..tetapi memegang kata pepatah "hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik dinegeri sendiri." YA!!! pepatah itu amat terbukti berkesan. Gembira saya dapat merantau menambah pengalaman hidup namun saya tetap akan berkata PENANG is the BEST! {utk negeri2 di Malaysia}, sebab semuanya ada.. cukup sempurna. Sebut sahaja...makan? transport? tempat percutian? jem roti semua ada.. hehe.

okay. untuk sesiapa yang masih lagi merancang percutian... mungkin anda boleh masukkan list "bercuti di Penang", tak kira bila waktu...pasti sahaja ramai pelancong. Paling ramai bulan December kerna cuti sekolah di Malaysia..jika memilih bulan July ke September pula anda akan bercuti bersama warga Arab. Jika bertanya, "Apa yang menarik di Penang?", saya menjawab "Biasa sahaja selain makan & pantai" {yela warga tempatan mungkin jawapan mendatar je kan? hehe}. Paling famous makanannya.. kerna warga Penang mmg gemar makan kot.. haha.

pix courtesy dari email... suatu masa dahulu dizaman selepas pemerintahan Inggeris. Area jetty nie mmg banyak bangunan2 lama yang gah2 besar. Sekarang masih utuh lagi, banyak bank2 disitu, menjadi hot spots pengantin... tapi jalannya semakin kecil.. dan semakin banyak kereta.

inilah pokok pinang... sebahagian nama Pulau Pinang... di bendera pun ada simbolik pokok pinang, kerna pokok nie banyak di kawasan pantai.. buahnya begitu famous dimakan dengan sireh oleh warga2 emas zaman dahulu.

tahun 1985, Penang Bridge dibuka untuk menghubungkan pulau dengan kawasan tanah besar. setiap peek hour pagi {7.30-9am} dan petang {5.30-8pm} mmg jem atas nie.. so rancang perjalanan anda jika ingin bersiar-siar di atas jambatan yer. hehe

sebelum kewujudan jambatan, feri adalah pengangkutan utama. Tetapi perkhidmatan feri masih lagi diperlukan walaupun ianya kini kurang popular...masih lagi popular untuk pelancongkan?

menariknya feri kini sudah berwarna-warni

Banyak juga boleh dilihat kapal2 layar di sekitar pulau... selain tu masih ada lagi perahu2 kecil bagi nelayan2 yang menetap di sekitar persisiran pantai.

selain tu, Penang juga ada perkhidmatan kapal terbang dan keretapi..so untuk ke Penang, banyak pilihan pengangkutan selain bas ekpress yer.

salah satu pengangkutan yang masih popular di sekitar bandaraya George Town iaitu beca. Beca ini biasanya dilihat di kawasan jetty atau area komtar... jika ke area Bayan Baru atau Seberang Perai jangan harap la kan jumpa beca nie. hehe.

area Padang Kota Lama

kawasan perkuburan yang berusia lebih 200 tahun

salah satunya kubur Captain Sir Francis Light, rata2 di Penang..anda akan melihat patung Sir Francis Light di hadapan muzium, nama jalan juga sekolah yang menggunakan nama pembuka negeri Pulau Pinang nie.

Masjid Kapitan Keling, salah satu masjid lama di area George Town juga. btw "keling' di Penang refer kepada warga Islam Muslim yang berketurunan India. {sila jgn konpius ya}

salah satu destinasi yang boleh dilawat iaitu Bukit Bendera.

yang nie gerabak yang lama... bley la kan nak jalan2.. tp cuaca kat atas tu dah kurang sejuk. panas jek. huhu

Komtar...salah satu mercu tanda juga, bangunan pejabat tertinggi di suatu ketika dahulu

Pantai Batu Ferringhi yang popular sebab selalu masuk TV.. {kenanga ingat cerita Ali Setan?}

malam hari banyak juga tempat2 kunjungan yang menarik untuk remaja belia.

walaupun tidak sempat menjelajah di negeri sendiri, setiap kali pulang..saya tetap akan mencari masa membawa hubby Moose berjalan2.

salah satu kawasan warisan yang menarik... so colorful.

salah satu restoran makanan laut di kawasan ini. for info..warga Penang terdiri daripada masyarakat majmuk.. ada Melayu, India dan Cina dimana sahaja anda berada.

owh.. hubby Moose turut POSE sebagai bukti kehadiran.. hehe

yang nie salah satu tempat makan yang sedap dan ramai pengunjung di malam hari... lebih dikenali dengan nama Dinding kerna terletak diantara dinding bangunan dan pagar Masjid Kapitan Keling. btw, banyak lagi tempat makan yang berada di antara bangunan begini jika anda berkunjung ke George Town.

ini roti banggali favourite saya! sedap dimakan dengan gulai ikan or ayam, di sini roti ini dipanggil roti tawar...enak dimakan begitu sahaja. hehe. yum yum!

lagi tempat menarik untuk makan..kan saya kata warga Penang gemar makan. hiks.

sup rempah!! sedap juga dimakan dengan roti banggali... yang lain makanan paling top di Penang adalah nasi kandar, char koay teow, sup tropedo, laksa, nasi bersila dan lain2 lagi.

jika berkunjung di hujung tahun... jangan lupa ke Pesta Penang ya. hehe

last but not least....ada Sharnana Cafe'... dimana adanya nasi campur dan teh ais yang sedap. ahaks! {masakan MAMA mestilah menyelerakan anaknya.. hehe}

Sunday, January 24, 2010

* jikaku KIDAL *

Salaam di hujung minggu... meluangkan masa melayan tag miss Kemboja yang meminta GGO menjadi kidal buat seketika...cabarannya menulis nama panggilan dalam GGO beserta url blog masing2. {sure kemboja sedang sibuk berjoggin' takpun tengah makan.. haha}.

Maka inilah hasilnya menulis menggunakan tangan kiri...
sungguh buruk tulisan jikaku Kidal. hehe.
{tak sempat nak pose dengan kain batik seperti kenanga tue.. hiks}

Bezakan dengan tulisan tangan kanan? hehe. waktu nie jam 5am meneman hubby Moose makan roti canai... tapi saya pula makan roti telor. opps!

yang ini pula tulisan tangan kanan hubby Moose yang sememangnya seorang Kidal..
sekali hubby Moose pun kena tag. ahaks.

Saturday, January 23, 2010

* Live from Joe Cafe' *


Salaam sisters & brothers, bersiaran secara langsung dari foodcourt JOE CAFE Bayan Baru Penang..dengan ucapan "orang Shah Alam tengah buat apa tu? Habibi tgh chattin' ek? fb la tu...." hehe. Salam sayang dari KAMI di Penang Island.

owh.. btw saya sedang mencuba sesuatu yang baru bersama Maxis Broadband's brother Joe. hehe. Selama lebih 10 tahun di food court nie, this is my first tyme online disini ya.{kira baru la kan.. hiks}. yup! Teknologi yang semakin canggih dalam dunia tanpa sempadan nie membolehkan kita berkomunikasi tidak kira dimana sahaja {betul tak brother Awez & sista Fateen? } Alhamdullillah maybe after this MAMA & ABAH juga bisa mengikuti perkembangan saya & hubby Moose di Shah Alam.

brother Joe & sista Che Pah

Sotong kangkong in POSE

owh..a lil' update here, sekarang foodcourt Bayan Baru yang bersebelahan Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru beroperasi sehingga jam 11 malam. Sebelum ini bahagian makanan Melayu menjual breakfast & lunch, kini kemasukan beberapa gerai menjual hidangan untuk hitea & dinner. Beberapa gerai yang baru nie menjual bihun sup utara, sotong kangkong, yong tau foo, laksa kampung, cucur udang, nasi lemak ayam rempah & juga ZFC.. ZFC tu singkatan Zeko Fried Chicken. yum!yum! ada ayam goreng seperti di KFC dihidangkan bersama french fries. {mahu cuba semuanya..so tambah lagi 3kg. opps!}

Percutian bulanan di Penang nie kebiasaan dipenuhi dengan acara makan-makan.opps! {mcm mana nak sekurus Kenanga nie? grrrr...} depan mata penuh makanan, sedaya upaya cuba melawan nafsu {ehem..ehem}. Tetapi yang best lagi ada FREE teh ais! hiks! bley minum sebanyak yang mungkin... erm, jika anda singgah disini, saya syorkan anda minum leng chee kang, ABC or bandung cincau. Kalo hubby Moose pasti minum limau ais asam boi or sirap {bagus menantu pak Shaari nie.. minum sirap jek. hehe}

butttttttt...I just can't say NO to this SOTONG!!!!!
{tauke tkde, mari serang sotong bertelur nie.. hahaha}
see you guys! nak makan sotong jap.. ta-ta.

Friday, January 22, 2010

* AGAIN!!!! YOU mr trainer?! *

YES!!!!!! I'm going home to meet you lil' Aiman.
{sesuatu yang menceriakan hari saya}


Assalam alaykom sisters & brothers... seharian cabaran membuka blog ini dari kantor. Jawapannya hampa, hampa, hampa! Seperti seharian semalam saya hampa berada di bilik trainin' itu. huhu. mengapa yang lain bisa di google tetapi alamat yang nie tidak lepas2 masuk sejak pagi...end up saya menghabiskan masa seharian berangan. haha. owh! bukan berangan kosong ya, masih lagi mengingati trainin' yang seharian membuat hari saya buntu. Seperti menghabiskan masa selama 8 jam bersama angin. terbang entah kemana. hmm.

well, again! I've been invited to the 2nd Web 2.0 trainin'. yang pasti mengadap trainer BOSAN yg sama. Okay, saya adalah seorang yang tidak akan cepat membantah tetapi sesekali pasti saya akan bertanya soalan jika mahukan sesuatu kepastian. Walaupun kelas pertamanya adalah amat mengecewakan, tetap lagi berfikir POSITIF! Saya mahu tahu secara detail apa itu Web 2.0? {actually ianya salah satu aplikasi ya}, saya mahu tahu benefit jika saya menggunakan aplikasi ini. Saya mahu tahu sejauh mana keberkesanan penggunaan aplikasi ini. Maka saya hadir di kelas kedua dengan membawa seribu satu harapan. Mungkin inilah harinya saya akan menemui jawapan. {sepatutnya ada 3 kelas in total, tetapi ramai yg sudah ponteng di kelas kedua}

and AGAIN, mr trainer datang jam 10:21am, lewat 1 jam 21 min. ANDA TIDAK MENEPATI MASA! Namun alasannya tetap sama, "Saya mahu mula jam 10pg kerna waktu ini otak masih fresh, waktu yang lebih sesuai berbanding jam 9pg...dan saya masih lagi bereksperimentasi ttg anda semua"...huh!

to mr trainer,

1. Awak TIDAK menghormati masa kami, kerna terpaksa menunggu selama 1 jam 21 min sebelum anda muncul lenggang kangkong tanpa sebarang alat bantuan pengajaran. Sekurangnya bukalah laptop....awakkan pengajar ICT & Science?
2. Pengelasan yang begitu samar dan TIDAK langsung menarik perhatian... Yang kami ingin tahu apakah itu Web 2.o, tetapi anda menerangkan konsep e=mc2, tenaga, cahaya, no 29, no 21, kenapa awak datang jam 1o{walaupun tak punctual}, and again menerangkan LOGIC & apakah knowledge.
3. Again ya mr trainer!!!! Anda mengulangi LOGIC itu selama 2 jam, dan apakah anda tidak perasan kesemua peserta sudah naik bingung dan sudah bosan.
4. Apakah anda TIDAK perasan bila mana my mr manager mula argue dengan anda walaupun sebenarnya anda berkuasa untuk menghentikan sebarang topik jika tidak berkaitan dengan tajuk trainin' anda?
5. Saya sedar anda cuba menjadi sebagai seorang rakan... TIDAK mahu terlalu FORMAL, tetapi cara anda adalah TIDAK sekali bisa membuat saya menghormatinya anda sebagai seorang trainer.
6. YA! saya akui mr trainer lebih banyak pengalaman, berpandangan jauh, berfikiran sesaintifik Albert Einstein TETAPI amatlah tidak layak awak menjadi seorang trainer yang hanya mengulangi topik yang sama sepanjang 2 hari kelas tersebut,. BOSAN!
7. Tugas anda mr trainer, datang memberi penerangan, memberi tunjuk ajar jika perlu dan bisa berkongsi ilmu bersama peserta, bukannya datang menyatakan pendapat anda yang kami semua TIDAK bersedia untuk topik Web 2.0 itu. {konsep trainer dibayarkan, harus la memberi sesuatu yang berfaedah kepada peserta}
8. Sebenarnya saya seperti TERTIPU oleh mr trainer, masuk ke kelas tersebut seperti membazir masa. TETAPI tetap berada disitu kerna saya menghormati anda sebagai mr trainer dan saya telah diberi tanggungjawab untuk hadir disitu.
9. Bukan saya seorang SAHAJA ya mr trainer yang berpendapat begitu, yang lain 99% berpendapat yang sama. Saya tidak melulu menghentam anda sehingga pada satu minit anda telah mengherdik saya, mungkin kerna anda tidak bisa menerima kenyataan bila mana saya bersuara. {part saya bersuara nie, jarang ditonton ya kawan2 kerna bunyi nadanya juga agak keras.. saya tiada pilihan selain menyatakan kebenaran}
10. AMAT amat dukacita dengan cara penyampaian anda ya mr trainer. Bayangkan betapa banyak peluang perniagaan yang akan terlepas untuk masa depan. Dan saya bukan sekadar mengkritik anda secara bulat2, saya mengkritik bila perlu dan pastinya saya mengkritik ini demi kebaikan anda juga.

Dukacita lagi bila saya tidak bisa pulang mencerita sesuatu yang menarik sepanjang trainin' day saya. Jawapan saya... entah la... bosan!!! itu sahaja. ermm..biarlah tinggalkan mr trainer dengan 10 points sahaja, pasti mr trainer akan mendapat maklum balas tidak lama lagi. hmm.

Akhirnya saya membuat summary sendiri dengan bantuan cik google.

Secara ringkasnya Web 2.0 adalah sejenis aplikasi yang digunakan untuk membuat perkongsian & capaian maklumat. contohnya, paling mudah ambil konsep Wikipedia yang mana segala maklumat bisa dicapaikan? begitu juga aplikasi ini yang akan bertindak sebagai database & jaringan komunikasi yang bisa memberi manfaat kepada sesebuah organisasi secara amnya. Sebelum menggunakan aplikasi ini, pengguna haruslah memikirkan logic yang bersesuaian dan disinilah juga tersimpannya knowledge based management.

Kupasan yang diringkaskan, bagi saya paling lama mungkin 1 jam masa diperlukan untuk menerangkan setiap konsep itu {jika background IT, mungkin lebih mudah faham}, tidak perlulah sampai 12 jam... and then masih lagi berkata kami yang hadir tidak faham. Yang menjadikan kami tidak faham kerna penyampaian anda mr trainer. Dan anda hanya menyentuh apa itu Web 2.0 pada jam 4:25pm setelah ramai yang telah PUSH bertanyakan soalan itu.

erm.. Tinggalkan kehampaan semalam.

Malam ini bersama hubby Moose & brother Ali Naufal akan pulang ke Penang menemui keluarga disana. Doakan perjalanan kami selamat pergi & pulang. InshaAllah.

p.s: hubby Moose tahu saya dah tk senang duduk kalo lama tk balik penang.. hehe.

Thursday, January 21, 2010

* Tok Mami Nab dalam Kenangan *

Alfaatihah. Tok Mami Nab sudah kembali ke rahmatullah. Doa agar roh Tok Mami Nab senantiasa aman dan ditempatkan dikalangan roh2 mukmin. Wajahnya tersenyum ketika dikafankan.. mashaAllah.

Assalaam alaykom.. tanggal 20 January 2010M bersamaan 4 Safar 1431H adalah detik pemergian Zainab Osman atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mami Nab {bg peringkat saya sebagai cucu}. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 76 tahun setelah lama melawan penyakit warga emasnya dan terakhir mengalami stroke selama lebih 2 minggu yang lalu.

Lebih kurang jam 5.57am, saya menerima sms dari IBU memaklumkan berita ini. Bagi saya, mungkin ianya afdal atau lebih baik pemergian ini kerna tidak bisa lagi melihat Tok Mami Nab yang selama ini menanggung kesakitan. Setiap manusia pasti akan meninggalkan alam sementara ini..cuma caranya berbeza. Pemergian Tok Mami Nab kerna sakit mungkin sesuatu yang telah dijangka. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

"Mak Nab has been an institution in our lives. I have known her all my life.. My first words as a child were in Malay. She taught me to wear baju kurung and kebaya the traditional way and a whole lot of other things, like how to make masak lemak and sambal tumis. But most of all is that she respected my culture and my beliefs, just as I respected hers. We lived in harmony in the same home for almost 4 decades... yet she never swayed from her Muslim faith, nor we from ours. That, if anything, should speak volumes for the fact that Muslim and Christian can live together in perfect peace and still hold on to their respective faiths.
Once gain, thank you for seeing that and passing the message. We love Mak Nab and pray for her recovery
."
petikan kata2 mrs Shamini di entry Jasamu Tetap diKenang, yang membuatkan saya speechless sebentar.

Pertama kali membaca komen itu, saya sudah bisa mengimbas kembali kenangan mereka bersama Tok Mami Nab. Sepanjang hayatnya, beliau menaburkan jasa kepada insan2 sekelilingnya dan pengorbanannya amatlah besar, tak terbalas dengan kata-kata. Tersentak saya melihat kesemua mereka2 itu berada disisi Tok Mami Nab sehingga ke detik akhir sehingga jenazah dikambuskan dengan tanah2 liat. Ya ALLAH! dari tanah kami datang kepada tanah juga kami akan pulang. Linangan airmata setiap mereka membuatkan saya lebih insaf & peka betapa tingginya pengorbanan seseorang insan, dikenang sampai bila2. Walau jasadnya telah disemadikan, namun jasanya tetap dalam kenangan.


IBU juga pernah bercerita, Tok Mami Nab pernah ke England bercuti sebulan makan angin ketika IBU menetap disana, tetapi sambil itu beliau sempat juga menjaga hubby Moose ketika kecil. Pastinya setiap cucu saudaranya telah menerima sentuhan beliau... kerna setiap mereka itu sangatlah akrab dengan Tok Mami Nab.

Saya hanya berkesempatan hadir beberapa tahun yang lalu..ketika Tok Mami Nab sudah terlantar sakit di katil dan tidak mampu lagi bergerak sendiri. Juga tidak berkesempatan merasa masakan sambal tumisnya...{pasti sedapkan? hmm}. Dan setiap kali saya berjumpanya, soalan pertama pastinya "Hang nie sapa?" {masih tegar dengan lograt Penangnya}..dan setiap kali itu jawapan saya adalah sama "Saya bini Mus'ab...Tok Mami ingat tak?" {kerna nama cucunya memang tidak pernah beliau lupa}.

Ya, daya ingatannya terhadap sesuatu perkara baru semakin lemah tetapi memori yang lama tetap tegar. Walaupun saya berkesempatan menemui beliau yang sudah masuk fasa nyanyuk bagi peringkat warga emas, namun jelas kasih sayang yang ada dalam dirinya jelas dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang mendekatinya. Tetapi saya amat menghormati & mengaguminya ...setiap kali jika saya menghulurkan sesuatu kepadanya pasti beliau akan berkata "thank you". Jelas menunjukkan budi bahasanya juga sangat tinggi.

Kini saya tidak mungkin lagi mendengar suaranya, dan biarlah semua kenangan manis bersama beliau terpahat dihati setiap kita yang mengenalinya. Yang pasti Tok Mami Nab telah menyatukan dua keluarga yang berlainan agama namun berpegang kepada tunggak kasih sayang dan nilai kemanusian yang hakiki. Hanya doa kami yang mengiringi jasad dan rohnya. Ya ALLAH, tempatkanlah beliau dikalangan yang baik2 dan yang diredhaiMU.

Tok Mami Meah, Tok Mami, Tok Mami Nab

Ini adalah gambar terakhir Tok Mami Nab bersama dua orang kakaknya di pagi eid adha 1430H tahun lalu. Semalam Tok Mami Meah hanya berlinangan air mata, tetapi kesian lagi Tok Mami yang sesekali lupa adiknya sudah tiada lagi dan beliau masih lagi memanggil2 nama adiknya. InshaAllah saya akan upload gmbo di hari pengebumiannya untuk tatapan saudara mara yang tidak sempat hadir semalam.

* pix courtesy from sis Kayna, entry update at 3:40pm

mrs Shamini and family, termasuk Ibu mereka turut hadir
kucupan terakhir hubby moose

saat yang menyayatkan hati.. Tok Mami mencium adiknya buat kali terakhir tetapi sejam kemudian di tanah perkuburan, beliau sudah tidak bisa mengingati kejadian tersebut. hmm.

May ALLAH be with you Tok Mami Nab, always rest in peace.