Tuesday, January 12, 2010

* Isu Eksklusif?? ANDA perlu BACA ! *

PEACE for ALL!!!

Assalaam alaykom... sejak 2 pagi yang lalu saya terpandang banner besar tertulis "Perkataan ALLAH hanya untuk org Islam"..dibawahnya tertulis MAIS. owh.. mungkin banner ini dikeluarkan oleh MAIS dan di gantung di papan tanda masjid. Dan pagi ini isu ini masih menjadi topik utama beberapa akhbar {kurang enak sebenarnya} .Saya terpanggil untuk memberi sedikit pendapat tentang isu ini. Bagi saya ianya isu berat dan saya hanyalah insan kerdil yang tidak bisa menjelaskan segala2nya. Yang pasti ramai tokoh diluar sana sudah mula mengeluarkan pendapat, ada yang menyokong, ada yang membantah, dan ada pula yang hanya memerhati. hmm.

Jelasnya kalimah ALLAH kebiasaan digunakan oleh orang Islam namun ianya juga digunakan oleh agama lain, dan ianya bukan baru hari ini mereka menggunakannya..cuma ianya menjadi satu perkara baru di negara kita kerna saya percaya isu ini sedang dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Sebelum membahas lebih lanjut tentang isu ini, sila kita2 yang mengaku orang Islam & beragama Islam menilai diri SENDIRI!! Adakah kita benar2 mengikut ajaran ALLAH swt dan meninggalkan larangannya? Dan mengapa perlu kita takut soal akidah kita tercalar? bukankah akidah kita harus benar kukuh dalam diri? Namun mungkin jua sebab percangahan ini berlaku dikalangan ulama sendiri, maka kes ini dilihat menjadi lebih rumit.

Dan maaf jika saya katakan rata2 kini yang sibuk dalam berdemonstrasi adalah mereka2 yang hanya tahu memperjuangkan HAK MELAYU bukannya HAK ISLAM!!! kerna ALLAH swt sendiri secara khususnya tidak menghalang penganut agama lain menggunakan namanya...cuma kita perlu ada panduan dan kawalan agar tidak disalahguna oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. dan bagaimana pula dengan kejadian terkini serangan gereja di Malaysia? siapakah DALANGnya? Jelas dalam Islam sendiri, ALLAH swt mengutuk tindakan mana2 pihak yang menyerang rumah ibadat. Jelas juga gereja itu adalah rumah ibadat untuk penganut kristian, kuil bagi penganut hindu, tokong bagi penganut buddha, masjid bg penganut Islam. Adakah tertulis masjid itu tempat ibadat bg org melayu? Melayu itu hanyalah salah satu dari ribuan bangsa. Maaf... jangan terlalu cepat melatah & bertindak melulu wahai bangsaku Melayu. YA benar, negara kita lebih majoritinya orang Melayu beragama Islam..malah dikategorikan sebagai NEGARA ISLAM...TETAPI sejauh mana negara yang dilabelkan Islam ini mempraktikkannya. Jangan hanya melenting pasal isu kalimah ALLAH sahaja, ambil contoh ya...bagaimana pula dengan ekonomi Malaysia? adakah ianya2 benar2 bersih & tulus? hmm.

Saya tidak berkecuali berasa tempias ini, Alhamdullillah saya telah mendapat penjelasannya. dan saya terpanggil untuk berkongsi bersama anda semua.

Ringkasnya dari hujah IBU sendiri;

Petikan ayat Quran surah Al Ankabut, ayat 46 :"Dan jgnlah kamu berdebat dgn ahli kitab(Kristian dan Yahudi) melainkan dgn cara yg baik, kecuali dgn org2 yg zalim antara mereka, dan katakanlah 'Kami telah beriman dgn(kitab2) yg diturunkan kpd kami dan kpd mu; Tuhan kami dan tuhan kamu adalah SATU; dan hanya kpdNya kami berserah diri."

"Bukan kah Allah SWT itu Tuhan seluruh alam?? Walaupun manusia engkar beribu kali, atau mensyirikkan Allah..Allah tetap tuhan mereka..jangan emosi lebih2 sangat...penuhkan dulu dada kita dgn ilmu dan amal dpd Al Quran."

itu sedikit kata IBU kepada org2 yang tegar membantah isu ini... walhal yang berkata belum pasti mengamalkan ajaranNYA. Maaf jika saya menegur, bahasa2 yang anda gunakan juga AMATlah kesat, dan dalam Islam sendiri kita diajar sesuatu yang indah. Jika ingin menegur juga haruslah menggunakan bahasa yang baik, yang sedap didengar...jika benar sekalipun anda ingin mengeluarkan pendapat. hmm.

Dan lebih lanjut jika anda hendak mendengar kata2 AYAH...sila klik di artikelnya ini "ALLAH UNTUK SEMUA". Bagi saya AYAH akan berhujah berpandukan Al-Quran. Adakah Al-Quran itu berbohong pada umatnya? tanya diri. dan setelah membaca, InshaAllah anda akan menemui jawapannya.

Namun saya tertarik dengan komentar seorang pembaca di artikel AYAH,

"Saya adalah katolik berasal dari Sabah. Selama saya bergelar katolik, saya tidak pernah dengar mana2 diosis atau pertubuhan katolik di Sabah membuat dakwah ke atas orang muslim apatah lagi proses kristianisasi seperti yang didakwah oleh setengah pihak muslim. Harus ingat, kami katolik tidak pentingkan kuantiti, kami lebih penting kualiti iman kami. Sepatutnya, dengan bantuan banyak pihak, islam seharusnya sudah sangat kuat dan teguh serta tidak takut kepada persekitaran semasa. Bagi saya islam itu amat indah sekali tetapi dengan masalah2 yg ditimbul penganutnya sendiri, islam menjadi satu agama yg amat dahsyat/ngeri untuk dianuti melalui pandangan saya, bukan islam. Mengenai kalimah Allah, saya tidak mahu komen banyak kerana saya telah berdoa kepada Allah sejak saya menajadi kristian. Allah itu satu, maha esa dan terdapat dlm 3 persona (menurut katolik). APa pun saya doakan anda semua diberkati oleh Allah yang maha kuasa.

Sekian."

dan pabila membaca komentar dari orang bukan Muslim di artikel itu, jelas menunjukkan sifat mereka yang menghormati ISLAM... sebaliknya saya begitu kecewa dengan orang MUSLIM di negara ini yang memberontak tentang isu ini. Fikir! fikir dan sila fikir kembali saudara-saudariku.


3 comments:

  1. saya mewakili Ustazah Gee de Von Isabelle Simone Al-Adawiyah bersetuju dgn entry iniew..sekian.

    ReplyDelete
  2. kim salam pd jiwa kacau ya.. sekian

    ReplyDelete
  3. saya pon amat setuju..amaaaat setuju sekali

    ReplyDelete