YES!!!!!! I'm going home to meet you lil' Aiman.
{sesuatu yang menceriakan hari saya}
Assalam alaykom sisters & brothers... seharian cabaran membuka blog ini dari kantor. Jawapannya hampa, hampa, hampa! Seperti seharian semalam saya hampa berada di bilik trainin' itu. huhu. mengapa yang lain bisa di google tetapi alamat yang nie tidak lepas2 masuk sejak pagi...end up saya menghabiskan masa seharian berangan. haha. owh! bukan berangan kosong ya, masih lagi mengingati trainin' yang seharian membuat hari saya buntu. Seperti menghabiskan masa selama 8 jam bersama angin. terbang entah kemana. hmm.
well, again! I've been invited to the 2nd Web 2.0 trainin'. yang pasti mengadap trainer BOSAN yg sama. Okay, saya adalah seorang yang tidak akan cepat membantah tetapi sesekali pasti saya akan bertanya soalan jika mahukan sesuatu kepastian. Walaupun kelas pertamanya adalah amat mengecewakan, tetap lagi berfikir POSITIF! Saya mahu tahu secara detail apa itu Web 2.0? {actually ianya salah satu aplikasi ya}, saya mahu tahu benefit jika saya menggunakan aplikasi ini. Saya mahu tahu sejauh mana keberkesanan penggunaan aplikasi ini. Maka saya hadir di kelas kedua dengan membawa seribu satu harapan. Mungkin inilah harinya saya akan menemui jawapan. {sepatutnya ada 3 kelas in total, tetapi ramai yg sudah ponteng di kelas kedua}
and AGAIN, mr trainer datang jam 10:21am, lewat 1 jam 21 min. ANDA TIDAK MENEPATI MASA! Namun alasannya tetap sama, "Saya mahu mula jam 10pg kerna waktu ini otak masih fresh, waktu yang lebih sesuai berbanding jam 9pg...dan saya masih lagi bereksperimentasi ttg anda semua"...huh!
to mr trainer,
1. Awak TIDAK menghormati masa kami, kerna terpaksa menunggu selama 1 jam 21 min sebelum anda muncul lenggang kangkong tanpa sebarang alat bantuan pengajaran. Sekurangnya bukalah laptop....awakkan pengajar ICT & Science?
2. Pengelasan yang begitu samar dan TIDAK langsung menarik perhatian... Yang kami ingin tahu apakah itu Web 2.o, tetapi anda menerangkan konsep e=mc2, tenaga, cahaya, no 29, no 21, kenapa awak datang jam 1o{walaupun tak punctual}, and again menerangkan LOGIC & apakah knowledge.
3. Again ya mr trainer!!!! Anda mengulangi LOGIC itu selama 2 jam, dan apakah anda tidak perasan kesemua peserta sudah naik bingung dan sudah bosan.
4. Apakah anda TIDAK perasan bila mana my mr manager mula argue dengan anda walaupun sebenarnya anda berkuasa untuk menghentikan sebarang topik jika tidak berkaitan dengan tajuk trainin' anda?
5. Saya sedar anda cuba menjadi sebagai seorang rakan... TIDAK mahu terlalu FORMAL, tetapi cara anda adalah TIDAK sekali bisa membuat saya menghormatinya anda sebagai seorang trainer.
6. YA! saya akui mr trainer lebih banyak pengalaman, berpandangan jauh, berfikiran sesaintifik Albert Einstein TETAPI amatlah tidak layak awak menjadi seorang trainer yang hanya mengulangi topik yang sama sepanjang 2 hari kelas tersebut,. BOSAN!
7. Tugas anda mr trainer, datang memberi penerangan, memberi tunjuk ajar jika perlu dan bisa berkongsi ilmu bersama peserta, bukannya datang menyatakan pendapat anda yang kami semua TIDAK bersedia untuk topik Web 2.0 itu. {konsep trainer dibayarkan, harus la memberi sesuatu yang berfaedah kepada peserta}
8. Sebenarnya saya seperti TERTIPU oleh mr trainer, masuk ke kelas tersebut seperti membazir masa. TETAPI tetap berada disitu kerna saya menghormati anda sebagai mr trainer dan saya telah diberi tanggungjawab untuk hadir disitu.
9. Bukan saya seorang SAHAJA ya mr trainer yang berpendapat begitu, yang lain 99% berpendapat yang sama. Saya tidak melulu menghentam anda sehingga pada satu minit anda telah mengherdik saya, mungkin kerna anda tidak bisa menerima kenyataan bila mana saya bersuara. {part saya bersuara nie, jarang ditonton ya kawan2 kerna bunyi nadanya juga agak keras.. saya tiada pilihan selain menyatakan kebenaran}
10. AMAT amat dukacita dengan cara penyampaian anda ya mr trainer. Bayangkan betapa banyak peluang perniagaan yang akan terlepas untuk masa depan. Dan saya bukan sekadar mengkritik anda secara bulat2, saya mengkritik bila perlu dan pastinya saya mengkritik ini demi kebaikan anda juga.
Dukacita lagi bila saya tidak bisa pulang mencerita sesuatu yang menarik sepanjang trainin' day saya. Jawapan saya... entah la... bosan!!! itu sahaja. ermm..biarlah tinggalkan mr trainer dengan 10 points sahaja, pasti mr trainer akan mendapat maklum balas tidak lama lagi. hmm.
Akhirnya saya membuat summary sendiri dengan bantuan cik google.
Secara ringkasnya Web 2.0 adalah sejenis aplikasi yang digunakan untuk membuat perkongsian & capaian maklumat. contohnya, paling mudah ambil konsep Wikipedia yang mana segala maklumat bisa dicapaikan? begitu juga aplikasi ini yang akan bertindak sebagai database & jaringan komunikasi yang bisa memberi manfaat kepada sesebuah organisasi secara amnya. Sebelum menggunakan aplikasi ini, pengguna haruslah memikirkan logic yang bersesuaian dan disinilah juga tersimpannya knowledge based management.
Kupasan yang diringkaskan, bagi saya paling lama mungkin 1 jam masa diperlukan untuk menerangkan setiap konsep itu {jika background IT, mungkin lebih mudah faham}, tidak perlulah sampai 12 jam... and then masih lagi berkata kami yang hadir tidak faham. Yang menjadikan kami tidak faham kerna penyampaian anda mr trainer. Dan anda hanya menyentuh apa itu Web 2.0 pada jam 4:25pm setelah ramai yang telah PUSH bertanyakan soalan itu.
erm.. Tinggalkan kehampaan semalam.
Malam ini bersama hubby Moose & brother Ali Naufal akan pulang ke Penang menemui keluarga disana. Doakan perjalanan kami selamat pergi & pulang. InshaAllah.
p.s: hubby Moose tahu saya dah tk senang duduk kalo lama tk balik penang.. hehe.
No comments:
Post a Comment