Assalaam alaykom sisters & brothers... Kajian menunjukkan makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah nasi lemak. Biasanya di makan di kala breakfast atau dinner. Asalnya nasi lemak dibungkus sebesar segenggam tapak tangan dengan daun pisang. Kini nasi lemak telah diupgrade, dan dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.
Merujuk gmbo diatas iaitu nasi lemak AYAM goreng berempah yang datang set bersama telur mata kobau separuh masak, ade ikan bilis, kacang goreng, timun, sambal yum yum... mmg sangat SEDAP dan SEDAP!! Nasi lemak MMZ nie adalah nasi lemak favourite saya sekeluarga {bunyik mcm ramai...walhal saya & hubby Moose jek. hehe}.
Selain di MMZ, saya juga suka membeli nasi lemak kecik konet RM1 di pasar pagi Seksyen 6 {senang boleh tapau teh ais skali.. hehe}, petang di gerai abang tepi kedai lampu di Seksyen 9 ataupun menunggu setiap hari Jumaat kerna terdapat nasi lemak Banting namanya yang dijual di Pasar Malam Seksyen 6. owh...saya sememangnya menghitung hari untuk ke pasar malam, kerna disana ada juga air kedondong kegemaran hubby Moose. hehe.
Sedar tak sedar, nasi lemak kini menjadi makanan rutin kerna kekerapan memakannya. btw..pakar makanan telah menyatakan nasi lemak tidak sihat dimakan setiap hari kerna kandungan kalori & lemak yang tinggi... hmmm. {owh, ptt saya byk lemak.. hehe}. so dalam seminggu saya menghadkan makan nasi lemak 2-3 kali sahaja..{ke byk jugak ek? opps!}
No comments:
Post a Comment