Assalaam alaykom sisters... pagi hari sempat saya membaca sisipan akhbar mengenai laporan sebuah jawatankuasa Parlimen Perancis menyokong larangan pemakaian burqa (niqab) dalam kalangan wanita Islam di negara itu. Laporan setebal hampir 200 muka surat itu mengandungi pelbagai cadangan untuk mempengaruhi wanita Islam supaya tidak memakai burqa di Perancis.
Jawatankuasa itu menganggap pemakaian burqa sebagai bertentangan dengan nilai-nilai Perancis dan mencadangkan pengharaman pakaian itu di hospital, sekolah dan pengangkutan awam. Bagi pendapat saya, larangan ini sesuatu yang mencerobohi hak2 asasi wanita serta lebih lagi hak wanita Islam yang memakai burqa.
Alhamdullillah di Malaysia tiada lagi desas-desus larangan seumpama itu. Masih ingat lagi sewaktu kecil saya melihat makcik memakai burqa, mungkin sesuatu yang janggal bagi kanak2 seperti saya ketika itu. Kemudiannya guru biologi saya yang pulang dari England juga berburqa, hanya sewaktu mengajar sahaja dapat melihat wajahnya... sungguh lembut budi bahasa Puan Maimunah itu. hmm.
Kini saya sendiri melihat burqa itu adalah sebahagian daripada keindahan wanita Islam. Hanya mereka yang memakainya mempunyai sebab2 yang berbeza.. mungkin kerna mahu memakainya, mungkin tradisi, dan ada juga di negara2 Arab yang mewajibkannya. {saya hanya amik contoh yang positif}. Jika ditanya saya sendiri tertarik dengan burqa {dalam konteks fesyen}, kerna setiap kali melihat wanita Arab berburqa, pasti terdetik dalam sanubari "betapa cantiknya wanita itu", memelihara aurahnya dan sekaligus menarik mata saya memandangnya. Indah sangat! {erm.. hubby Moose juga perasan hal itu. hehe}
Kini kira-kira 1900 wanita yang memakai burqa di Perancis sedang berjuang untuk hak mereka di republik itu. Saya doakan terbaik buat sisters disana... agar larangan ini tidak sama sekali melunturkan semangat mereka untuk mempertahankan kebaikan dan tuntutan agama. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada sisters in Perancis. InshaAllah.
Sinonimnya burqa dilihat dengan warna hitam... kini burqa boleh dilihat dalam pelbagai warna yang berlainan. Tengok sahaja dua contoh gmbo di atas, satu memakai tradisional burqa berwarna hitam dan satu lagi memakai shawl berwarna pink untuk melilit wajahnya. Yang pasti saya amat tertarik dengan kedua mereka walaupun hanya dapat melihat mata sahaja. hmm.
No comments:
Post a Comment