Monday, January 4, 2010

* Jasamu Tetap diKenang *

tok mami Nab yang senantiasa tersenyum

Semalam dikejutkan dengan berita tok mami Nab yang dikejarkan ke PPUM kerana stroke. Setibanya saya di emergency room... disebelahnya doktor2 & para nurse sedang berusaha menyelamatkan nyawa seseorang. Walau tidak melihat secara nyata.. bunyi sahaja sudah cukup menggerunkan saya. Terkedu seketika...sambil melihat tok mami Nab yang sudah tidak tidak bisa bergerak. Hanya matanya yang separa rapat berkelip sesekali.. dan jari kakinya yang masih bergerak2 setelah diusik. yang lain hanya air mata sesekali mengalir ke pipinya.

"i can remember these hands"...sekali lagi saya tersentak hiba. Kata2 yang keluar dari anak2 angkatnya yang tidak pernah melupakan beliau... menitis airmata setiap mereka itu. 4 orang anak angkatnya sebenarnya penganut Kristian Katolik, mmg tidak pernah sekali melupakan tok mami Nab. Ceritanya semasa muda tok mami Nab bekerja dengan keluarga mereka.. menjaga mereka berempat. Kini masanya mereka membalas jasa tok mami Nab.

Tidak banyak yang dapat saya ceritakan.. pertama kali berjumpa tok mami Nab, beliau sudah terlantar di katil tidak mampu lagi berjalan sendiri. {hanya mampu melihat gambo2 lama}. Tok mami Nab tidak berkahwin dan kini tinggal di Rumah Muji di Puchong, sebab utama memilih rumah ini kerna Puan Muji seorang jururawat yang bisa menjaga tok mami Nab dengan lebih teliti.

Kini tok mami Nab masih di PPUM dalam keadaan kritikal because of brain damage. erm.. mungkin terlalu lama bergantung dengan ubat. hmm. Yang menghibakan hati saya pabila anak2 angkatnya yang berlainan agama tetap mengambil berat tentang tok mami Nab walaupun tiada sebarang talian persaudaraan. Itu yang dikatakan jika seseorang itu mempunyai nilai2 kemanusian. Sangat hormat kepada mereka... kasih sayang yang mereka tunjukkan amatlah tinggi. sesekali jika dibandingkan dengan umat ISLAM yang ada segelintir tiada peri kemanusian.. bisa membunuh bisa mencederakan yang lain walaupun berpegang kepada agama ISLAM dan yang dikatakan mengikut ajaran ALLAH.

Pendapat saya...tidak kira agama apa yang kita anuti... yang pasti semua agama mementingkan kasih sayang & peri kemanusiaan. Jangan hanya tahu melenting bila orang menyebutkan tentang ALLAH di mahkamah, yang penting diri sendiri harus teliti semula adakah kita betul2 mengikut suruhan dan meninggalkan ajaranNYA. owh...sedikit berat isu ini jika diulaskan... kerna banyak isu yang lebih dipolitik dan disensasikan tanpa mengetahui hak atau usus sebenar. saya bukanlah orang yang boleh memberi jawapan... mungkin perlu rujuk pada yang lebih arif.

Saya hanya mampu berdoa agar tok mami Nab tidak lagi menanggung kesakitan & jika sudah ajalnya {harapan tipis, seperti yang diramal doktor}, biarlah beliau pergi dengan tenang dan dalam keadaan beriman. SubhanAllah.

1 comment:

  1. This is Shamini, one of the anak angkat you spoke about. Thank you for your kind words.. in the midst of my sorrow to see Mak Nab like this, your words uplifted me and my brothers and sister.
    Mak Nab has been an institution in our lives. I have known her all my life.. My first words as a child were in Malay. She taught me to wear baju kurung and kebaya the traditional way and a whole lot of other things, like how to make masak lemak and sambal tumis. But most of all is that she respected my culture and my beliefs, just as I respected hers. We lived in harmony in the same home for almost 4 decades... yet she never swayed from her Muslim faith, nor we from ours. That, if anything, should speak volumes for the fact that Muslim and Christian can live together in perfect peace and still hold on to their respective faiths.
    Once gain, thank you for seeing that and passing the message. We love Mak Nab and pray for her recovery.

    ReplyDelete