Wednesday, January 6, 2010

* Cerita Bus Ekspress *

Assalaam alaykom... erm, di hari2 free saya sempat melayan berita di TV. well.. in my opinion mengikuti perkembangan semasa negeri adalah lebih penting dari mengikuti gossip2 artis. Namun saya akui, hiburan itu lebih mudah menguasai minda dari mendengar berita yang majoritinya berita kemelut politik. erm, sememangnya saya agak kurang gemar membaca..lalu saya memilih untuk mendengar.. kerna itu jari ini akan mudah tune to Berita Utama di TV, Berita di Bernama Radio mahupun klik di website Utusan juga Malaysiakini. {to check and balance... luckily dah banyak pilihan sekarang kan? }

seingat saya ketika mula2 bekerja, setiap pagi pasti tune ke Berita jam 7am. Kini jam 7, sudah dijalanraya.. makanya hanya dapat mengikuti melalui radio. Pentingkah mengikuti berita? soalan yang mudah? owh.. jawab saya sama penting mengikuti liputan World Cup. hehe. dan seinagt saya, pernah satu soalan dari interviewer menanyakan "Apabila membaca paper, bahagian manakah yang akan kamu baca dahulu? depan? belakang? tengah?" glurpp!!! yang pasti jawapan itu mencerminkan minat kita.. am i rite, kemboja? {soalan untuk orang yang bakal meningkat angka 30an}. Dan saya sebolehnya mengumpul sebanyak mana maklumat yang ada..sekurang-kurangnya saya bisa berbicara pelbagai topik bersama hubby Moose. {tkde la bosan kan asyik cerita bab kerja sahaja}. hehe.

Berbalik berita yang bukan perkara baru.. yang baru hanyalah berkaitan bas double decker yang semakin popular di Malaysia. Kerna bas jenis ini baru pertama kali terlibat dalam kemalangan MAUT. erm...kalo Penang - KL, mungkin harga mencecah RM40++. Sorry, saya tak pernah naik lagi, tak tau lah bagaimana perasaan orang2 yang naik bas eksklusif ini yang biasanya akan disediakan mini TV di tempat duduk masing2. Suatu ketika dahulu, pernah juga cerita kemalangan bas ekspress yang menggemparkan negara. Dan setiap kali kemalangan melibatkan bas ekspress yang akan dipersalahkan adalah En Driver ataupun brek bas!

Pengalaman saya semenjak menaiki bas ekspress nie rata2 jika pulang di malam hari.. En Driver akan memandu lebih laju {sleepy kot}, dan rata2 En Driver dibayar mengikut trip perjalanan. So, bayangkan... pernah saya sendiri yang duduk didepan mendengar perbualan En Driver. Memang ada yang mengejar trip, dari Penang ke KL then mungkin akan patah balik semula ke Utara setibanya di KL. perghh!!! tak lety ker memandu? huhu. btw... masa study dulu, purata saya pulang ke Penang adalah setiap 3 minggu, prefer duduk di "Single Seat" walaupun seat paling depan. Sebabnya... takut bila duduk double seat di sebelah kasanova..keselamatan belom pasti terjamin{mungkin perlu tanya kenanga yang lebih pakar... tak pun kantan yg experience naik bas balik Melaka}. hehe.

Kondisi bas juga mungkin sudah lama tidak diservis... pengalaman naik bas ekspress sangat melucukan. pernah sampai tahap membaca dalam bas kerna esoknya exam. {yg penting siapkan nota color2}. owh..yang paling best lagi.... DULU, setiap kali naik bas hubby Moose akan sms dan melambai2 dari luar bas.. wahhh!!! bangganya! hahaha. Kini setiap kali menaiki bas ekspress saya tidak perlu lagi berebut Single Seat. Dan setiap kali menaiki bas...saya hanya berdoa perjalanan pergi dan pulang selamat tanpa sebarang kemalangan. InshaAllah.

Jika ditanya... kenapa saya memilih bas ekspress? Ini jawapnya... kos yang lebih murah, stesen bas lebih dekat dengan rumah berbanding jika naik flight, nak ke LCCT pun jauhnya seperti Penang-Ipoh jek. erm.. kerna saya selalu sangat pulang ke Penang bukanya setahun sekali seperti sesetengah teman. dan kerna saya bisa tidur di dalam bus, bangun sahaja bley ke R&R menjamu selera. Wujudnya entry ini kerna saya juga seperti menghitung hari jika terasa lama tidak pulang ke Penang.. oppss!!

2 comments: