Assalaam alaykom... happy Friday everyone. Alhamdullillah sudah masuk hari kelima kita berpuasa. Semoga kita mendapat keberkatan Ramadhan hendaknya. Seperti tazkirah yang disampaikan AYAH baru-baru ini, kita adalah graduan yang sedang menjalani proses pembelajaran untuk berada bersama di kalangan insan2 bertaqwa. InshaALLAH. Dan hanya ALLAH yang bisa memutuskan sama ada kita akan lulus cemerlang atau sebaliknya. Maka jangan sekali kita mengabaikan dan melepaskan peluang untuk mendapat keberkatan bulan yang mulia ini.
Sempena bulan Ramadhan, IBU juga turut turun padang menghulurkan bantuan kepada warga di Kuala Selangor yang lebih memerlukan. hmm. Masih ramai lagi yang hidup di bawah paras kemiskinan. Walhal negara kita diiktiraf sebagai negara yang maju. grrr!!! Sepanjang bulan ini juga, dialu-alukan jika ada sahabat handai dan kenalan yang berhajat untuk turut menghulur bantuan bersama-sama, tidak kira dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan lain2. Anda boleh menghubungi saya atau IBU Azlin Hezri yang juga aktif di FB. InshaALLAH, sumbangan anda akan terus kami salurkan kepada saudara-mara kita, agar mereka dapat menyambut Syawwal dengan hati yang sama riang.
btw... saya juga turut Let-GO sebahagian baju2 yang sudah lama tidak dipakai. Bagus juga dihulurkan kepada orang lain dari membiar begitu sahaja. Anda jika mahu turut dermakan baju, bolehlah menghubungi saya sama ada di blog, email or FB ya.
scarf Bellissima yang kini tiada lagi di pasaran...hehe. Nevermind lama sangat tersimpan...sekarang pun sudah banyak koleksi hijab yang mudah didapati dipasaran. well.. better Let-GO jek. hehe.
mood: gembira mahu pulang ke Penang hari ini. Make du'a for my lil' journey. Ameen.
SALAM,
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA. SEMOGA AMALAN RAMADHAN INI LEBIH BAIK DRPD YG LALU
woww..lama tak blog walkin'..
ReplyDeleteeh!! betul ka bley let go bajus2 through u??
ade byk koleksi yg suda tidak terpakai..mo let go but x tau kat mane..
emm..any syarat? eg. hanya fesyen terkini shja yg diterima..heee..:D