Date: 12th August 2011
Location: Rumah Puteri Arafiah, Shah Alam Selangor
Assalaam alaykom sisters...Alhamdullillah seperti yang dirancang oleh IBU, majlis iftar di Rumah Puteri Arafiah dengan kehadiran tetamu istimewa pelakon Catriona Nurhayati Ross yang turut sama berkongsi pengalamannya bersama pelatih di RPA. Beberapa hari sebelum majlis, mrs Cyana war-warkan iklan di ofis, dan mendapat sambutan yang memberansangkan... beberapa sumbangan seperti pakaian, wang sumbangan dan makanan dikumpulkan untuk disampaikan kepada mereka yang lebih memerlukan agar sama2 kita dapat menyambut bulan Syawwal dengan hati yang sama girang.

Hajat IBU untuk ke RPA disambut dengan senyuman dan sungguh teruja penghuni di RPA setelah mengetahui mereka akan dikunjunji selebriti yang kini sedang popular dengan drama Alya. Catriona juga banyak berkongsi ceritanya bagaimana berhijrah ke dunia yang lebih bahagia dan detik2 bagaimana beliau mengenakan hijab setahun yang lalu. Kini beliau terus membina kekuatan untuk dikenali sebagai muslimah dan menjalani kehidupan sebagai muslim yang taat dengan perintah ALLAH swt. hmm.
RPA terletak di Seksyen 7 Shah Alam {hanya beberapa minit dari kediaman saya.. hehe}. RPA menempatkan gadis2 yang mempunyai masalah seperti yang terlanjur dengan pasangan dan kini sedang sarat mengandung. RPA memberi perlindungan kepada mereka disamping pengisian agama mendekatkan diri dengan ALLAH swt yang MAHA pengasih lagi MAHA penyanyang.
Petang Jumaat semalam Shah Alam dilanda hujan, menyebabkan sedikit kesesakan lalulintas. Akhirnya kami berjaya menjejak kaki tepat jam 7 malam. Disambut oleh pengetua RPA Ummi Yati bersama dengan beberapa sukarelawan dan warden yang bertugas di situ. Sempat juga kami meluangkan masa bersama untuk berkongsi pengalaman sebelum iftar bersama.

Best! I saw my hand + writing ;))) thanx sharna
ReplyDeleteSalam Diana,
ReplyDeleteNnt IBU upload kt FB, bley la share... tak sabar nak tunggu artikel awak pula.
salam, saya pelajar uia pj, nak bertanya boleh berikan saya nombor telephone rumah puteri arafiah?Sebab saya bertanyakan nombor kerana ingin mendapat peluang untuk melawat tempat tersebut, kami telah diberikan assignment berkenaan masalah2 sosial yg berlaku sekarang.Rumah Puteri Arafiah boleh memberi pelunag kpd kami mendapat informasi yg lebih lanjut berkenaan assg kami.
ReplyDeleter.e: bleh terus menghubungi talian 03-55233070 atau 013-3686286
ReplyDeleteterima kasih
dari rumah puteri arafiah
Salam RPA,
ReplyDeleteTerima kasih kerna sudi berkongsi maklumat.