Saturday, August 27, 2011

* cerita 27 Ramadhan *

Assalaam alaykom... bersyukur saya pabila hari ke 27 Ramadhan saya berkesempatan mengikut IBU melawat warga Kuala Selangor yang kurang bernasib baik. Mulanya saya memikirkan warga di Kuala Selangor majoritinya golongan berpendapatan sederhana, tetapi sebenarnya masih ada lagi golongan yang miskin tegar yang dalam erti kata lain fakir miskin. Soalannya, kemana perginya wang zakat yang dihulurkan? Adakah sampai kepada mereka2 ini? Atau mereka sebenarnya memerlukan lebih perhatian bukannya setakat memberi sumbangan wang ringgit.

Pada awal Ramadhan lalu, IBU telah menyatakan hasratnya untuk turun membantu golongan ini sekurangnya mereka juga dapat bergembira menjelang eid mubarak. Dalam usaha IBU mengumpulkan dana, IBU turut mewar-warkan kepada sahabat2 IBU yang juga ex-TKC yang mana sumbangan yang diterima terus IBU salurkan kepada fakir miskin, mualaf dan mereka2 yang memerlukan bantuan. Entry tyme to Let-GO mendapat sambutan, dan saya juga mengiklan di ofis bawah Biro kebajikan...semakin ramai yang menghulurkan sumbangan. Selain sumbangan wang ringgit, kami juga mengumpul baju2, peralatan rumah dan sebagainya. Alhamdullillah sumbangan yang diterima sangat menggalakkan..Hanya ALLAH swt yang dapat membalas jasa2 mereka.

Pagi tadi mrs Cyana sempat bersama IBU & team melawat 3 buah rumah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. 3 buah rumah dengan 3 cerita... bayangkan ramai lagi dengan pelbagai cerita tersendiri..Ini adalah REALITI kehidupan!!!

kami berkumpul di Masjid Baru Kampung Kuantan yang juga turut menerima sebuah kereta jenazah. Bayangkan selama 20 tahun penduduk disini tidak mempunyai kenderaan jenazah. hmm.

muslimah bersama IBU Lin & sabahat IBU Aunty Izan yang berbaju hitam. Ini merupakan kali kedua Aunty Izan turun padang. Kali ini membawa bersama keluarganya untuk mereka melawat kembali keluarga yang ditemui setahun yang lalu. Kesempatan hari bercuti begini dimanfaatkan sebaik mungkin.

tok Ketua Kampung berbaju biru gelap bersama salah seorang pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Selangor

berbincang dahulu tugasan sebelum pergi ke rumah berkenaan


Cerita SATU:

kediaman 2 bilik menempatkan 4 orang iaitu Ibu Ayah yang uzur, sakit dan tidak mampu membuat kerja lagi dan 2 orang anak lelaki yang seorangnya separa normal, seorang lagi menghidapi penyakit Sindrom Down. Ini adalah rumah baru setelah cerita mereka di utarakan tahun lepas. Setahun yang lalu, kediaman mereka adalah rumah kampung dengan lantai yang uzur.

Kehidupan mereka kini jauh lebih baik kerna kerap dikunjungi para dermawan yang menghulurkan pelbagai bantuan. Cumanya kehidupan seharian yang kurang terjaga. Ketika sampai tadi, Ibu dan Ayah dibawa dengan ambulan ke hospital untuk rawatan bulanan. Kedua Ibu dan Ayah juga tidak lagi mampu bergerak sendiri.

Abang sulung bernama Johari, berumur 46 tahun dan separa normal. Beliau adalah tunjang utama keluarga. Johari yang menguruskan makan, minum dan hal rumahtangga mereka. Bayangkan setiap hari beliau perlu memandikan 3 orang ahli keluarganya yang tidak mampu bergerak. Beliau juga hanya tahu memasak bubur nasi, nasi goreng kosong dan maggi. Baginya maggi itu enak! Stok maggi datangnya sedekah dari orang awam. Keluarga ini sepenuhnya bergantung kepada bantuan orang lain.

Ini adiknya yang tidak bisa bertutur... mahu membuang air kecil atau besar juga tak mampu diberitahunya. Hanya si Abang yang akan menguruskan adiknya.

sehelai baju yang agak comot.. hmm

bayangkan dalam rumah digantungkan pelekat menangkap lalat dan binatang kecil2 kerna kediaman mereka kurang bersih dan sedikit berbau.

muslimat sempat mengemas dan mencuci kediaman ini

mencuci apa2 yang perlu

mop lantai

IBU menghadiahkan cadar2 baru. Hanya terdapat 4 tilam di kediaman ini.

mencuci jendela


Aunty Izan yang menceritakan pengalamannya bila mana beliau menitiskan air mata ketika pertama kali bertemu keluarga ini

Johari yang sentiasa ceria walaupun menanggung kesengsaraan keluarga

IBU berbincang dengan tok Ketua Kampung untuk mendapatkan tukang masak harian menyediakan juadah berkhasiat dan menjaga kebersihan kediaman keluarga ini. Walaupun mereka menerima pelbagai bahan mentah, namun Johari sendiri tidak mampu untuk memasaknya.

Johari seorang yang peramah tetapi agak pemalu.. sentiasa menutupkan wajahnya. Setelah beberapa lama berada di rumahnya barulah beliau mula bertanya soalan kepada saya yang merakamkan gambarnya...

Johari: datang dari mana yer?
mrs Cyana: dari Shah Alam
Johari: lagi berapa hari nak raya yer?
mrs Cyana: tiga hari lagi... InshaAllah. Johari puasa?
Johari: Tak puasa. badan tak sihat baru baik demam. Umur berapa yer?
mrs Cyana: saya 3o tahun (eh.. 32 tahun... tapi soalannya diulang berkali-kali kerna daya ingatannya yang tak dapat menyimpan memori}
Johari: owh..muda lagi. Saya 46 tahun. dah kawin?
mrs Cyana: dah kawin. Johari nak kawin?
Johari: tak nak. Saya nak jadi bujang. Nanti raya datang lagi yer..
mrs Cyana: InshaAllah.

Tetapi dek kerna kesungguhannya mengulang ayat "Nanti raya datang lagi yer..", saya hampir menitiskan air mata. Melihat ketidaknormalannya dan kedaifan namun bersopan santun ketika bercakap dengan orang. hmm.

Cerita KEDUA:

menuju ke kediaman kedua yang terletak jauh sedikit ke dalam hutan dan dikelilingi pokok nipah. Rumah ini juga turut diberi bantuan PPRT. Rumah ini didiami seorang nenek tua yang bertongkat buluh namun tidak mahu menetap di rumah orang tua kerna memikirkan beliau masih boleh menguruskan dirinya. Saya kira dirinya sedikit degil atau beliau masih mengharapkan anak tunggalnya yang menjawat jawatan jururawat itu menjaganya. Namun khabar berita anak itu langsung tidak melawat ibunya.

perjalanan menuju ke rumah nenek

melihat kawasan di luarnya, saya kira itu rumah tiada penghuni. hmm. Pintunya tidak berkunci tetapi beliau tiada di rumah ketika lawatan kami. Muslimat terpaksa masuk ke dalam rumah mencarinya, kerna takut mungkin beliau berdiam diri atau apa2 yang terjadi kepadanya.

keadaan bilik tidurnya

barang2 dalam rumahnya yang langsung tidak teratur

adush!!! dah macam stor... macam mana nenek tersebut boleh tinggal dalam keadaan sebegini

IBU berbincang dengan teamnya untuk kembali semula membersihkan rumah nenek. Memandangkan nenek tiada di rumah, kami tidak dapat membantunya mengemas rumah

persekitaran kediaman nenek dipenuhi dengan unggas dan nyamuk.. hmm

Cerita KETIGA:

Kediaman ketiga masih di dalam kampung yang sama. Tahun lalu rumah ini tidak berdinding di bahagian belakangnya. Hanya ditutupi dengan almari. Alhamdullillah tahun ini rumah ini telah menerima dinding dan atap yang baru.

Kediaman ini milik seorang ibu tunggal bersama lapan orang anaknya dan anak keduanya terencat akal.

Anak kedua yang turut mahu bertemu dengan tetamu yang datang

anak bongsu berumur 15 tahun, bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini

makcik yang menanggung kesengsaraan keluarganya seorang diri setelah ditinggalkan suami

IBU menghulurkan kipas yang diberi oleh salah seorang sahabatnya

Aunty Izan turut sama membawa baju2 yang masih cantik dipakai

team muslimat yang tidak jemu membantu IBU. btw Kak Enon semoga selamat perjalanan pulang beraya di Terengganu

kami bakal berpisah kerna IBU akan ke tempat lain untuk program yang seterusnya bersama mualaf

family Aunty Izan yang datang dari Kuala Lumpur yang gembira dapat melihat suasana kampung

bergambar kenangan sebelum pulang meninggalkan Kampung Kuantan, Ijok

mrs Cyana in the middle... btw sebelah saya miss Suraya, Aunty Izan's daughter yang juga peminat fotografi.

Hati sayu meninggalkan keluarga2 itu di Kampung Kuantan. Bila mendengar cerita2 kesengsaraan rakyat, sudah cukup sedih apatah lagi melihat kedaifan mereka sendiri dengan mata. Semoga sumbangan yang sedikit itu bisa menceriakan mereka untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan dan membantu merealisasikan hasrat murni ini. Semoga ALLAH swt membalas jasa baik kalian semua. Ameen.


2 comments:

  1. Sedikit yang kita beri mungkin bagi mereka sangat besar ertinya. Semoga apa yang dilakukan itu memberi sinar kepada yang menerimanya.

    ReplyDelete
  2. Kakcik... gembira bila tengok wajah mereka ceria. Semoga mereka terus disinari dan dilimpahi dengan rahmat ALLAH swt.

    ReplyDelete