Wednesday, August 17, 2011

* SUDDENLY!!! *

Assalaam alaykom sisters... terlintas hati ini sekali lagi menulis tentang entry perjalanan kehidupan seorang insan kerdil yang kini memegang gelaran mrs Cyana. Tadi menonton TV, dialog diantara bapa dan anak yang berbunyi "Sejak bila you berpuasa?", "entah...Suddenly I rasa nak berpuasa". owh "Suddenly!" itu juga pernah terjadi pada diri saya. Ramadhan pasti menyimpan banyak kenangan bila mana ketika itu saya terdetik untuk "berhijab". "Suddenly" itu mungkin merujuk kepada suara halus yang tanpa kita sedari datangnya dari Maha Pencipta ALLAH swt. Bila ditanya bagaimana bisa saya berhijab sedangkan sebelum itu tiada langsung kelihatan ciri2 akan berhijab dalam masa yang terdekat. Itulah "Suddenly!" yang berlaku dalam diri dan bagaimana saya mengambil keputusan untuk berkahwin lebih awal dari rancangan. hmm.

Disini saya kongsikan kisah benar yang berlaku dalam hidup saya yang dilahirkan sebagai Melayu Islam namun tidak mempraktikkan ajaran & sunnah yang dituntut sebagai umat Islam. hmm. Walaupun kita belajar tentang agama.. apa yang disuruh, apa yang dilarang, apa yang wajib, apa yang haram... namun semuanya terpulang kepada pilihan kita sendiri. Saya pernah berangan untuk mengenakan hijab SELEPAS berkahwin {owh.. masa niat tu, belum tahu lagi siapa jodoh saya.. hmm}. Rupanya saya telah berhijab SEBELUM berkahwin lagi setelah menemui insan terchenta bernama Mus'ab Al Khair. ALLAH swt telah menyusun susur atur hidup saya dengan baik sekali. Siapa sangka yang bila saya berhijrah ke Kuala Lumpur, saya menemui hidayah dari ALLAH swt. Kerna itu saya lebih gemar tinggal di Shah Alam yang lebih mesra dengan majoriti penduduk beragama Islam dan bandarayanya kurang sedikit unsur-unsur negatif. InshaALLAH.

"eh..Cyana dah lain sekarang.","Cyana dah banyak berubah." Itu antara respon yang kerap didengar dari sahabat2 lama. Namun saya masih orang yang sama, seorang yang suka bercakap tanpa henti dan bercakap laju seperti LRT.. ahaks. Seperti kata mrs Catriona Ross tempoh hari, beliau mulanya takut mengenakan hijab kerna risau tak bisa berfesyen. Perkara yang sama terlintas dalam hati suatu ketika dulu. Tetapi percayalah sisters... bila anda berhijab dan bila mana anda suka berfesyen, anda bisa terus berfesyen dengan lebih sempurna disamping menjaga aurat dari pandangan mata bukan muhrim. Gembira hati pabila beberapa sahabat2 yang dikenali juga kini turut mengenakan hijab.

mrs Cyana favorite's style

Alhamdullillah... kini saya menerima banyak komen2 yang positif terutamanya dari sahabat2 lama yang agak terpegun melihat perubahan saya. hmm. Benar bila "Suddenly" itu terjadi dengan izin dan kuasa ALLAH swt, kita tidak akan berpaling lagi dengan keputusan yang dibuat. Benar saya memerlukan sokongan dan petunjuk anda semua untuk terus menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Saya sentiasa berdoa agar dapat menjadi seorang muslimah dan isteri yang solehah dan semoga kita semua diberkatiNYA. Ameen.

6 comments:

  1. assalamualaikum sharna,pengalaman awak lebih kuarang serupa je dengan dil..dil pun macam tu dulu..sebelum dan selepas kawen amat berbeza..tapi kuasa Allah kan?kita bisa berubah untuk jadi yang lebih baik..semoga kita akan terus jadi yang terbaik..Insya Allah...:-)

    ReplyDelete
  2. MASYALLAH Cyana...

    itulah nikmat ALLAH.. Percayalah ALLAH dah ada plan utk kita. Akak masa mengenakan hijab dulu pun suddenly.. lepas baca Mastika.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan perjalanan ke arah yang lebih baik dan akan terus baik. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  4. Wassalam Dil... semoga kita akan terus menjadi isteri yang baik. Awak pun dah lengkap sebagai wanita, dah ada anak...dapat menetap di Bumi Ambia tu lagi menarik. kuasa ALLAH swt mengatur perjalanan kita. Subhanallah.

    ReplyDelete
  5. Kak Yan,

    sy pula lepas baca Nur. tgk fesyen2 hijab... tu yg terus mencuba.. hehe

    ReplyDelete
  6. Kakcik... semoga perjalanan kita akan terus bersinar dan terus bersinar..insyaAllah.

    ReplyDelete