Monday, August 15, 2011

* my version of Laksa Sarawak *

Assalaam alaykom... rasanya lama benar saya jarang menjejak kaki ke dapur. Memandangkan kerap pulang lewat, maka saya dan hubby Moose selalunya makan di restoran sahaja.. tidakpun tapau tidakpun makan maggi. ahaks! Tapi yang pasti bila menjelang Ramadhan saya masih lagi tegar seperti biasa bangun jam 4.15pagi, masak dan hidangkan makanan. Dan yang paling penting bila kita masuk ke dapur, pesan MAMA selepas masak... sinki perlu bebas pinggan mangkuk, periuk perlu dibersihkan oleh tukang masak, dapur haruslah dibersihkan sebelum meninggalkan dapur. Mungkin kerna itu juga saya malas nak masak... sebab bukan sahaja perlu masak, tetapi banyak juga kerja2 sampingan yang lain. oppss!!! {cerewet bangat orang Penang nie... hehe}.

hubby Moose pernah berkata "Kesian Cie lety, balik kerja.. masak lagi. " sebab itu kami selalu makan diluar sahaja. hehe. {ke sebab badan wifey pun makin berkembang? ahaks!}. Tetapi bila sudah lama tidak memasak, hubby Moose berkata lagi "Lama Cie tak masak." hmm.. okay, nak masak balik kerja memang sangat terhad masanya. Maka saya mengambil kesempatan memasak di hujung minggu. Tiba2 teringat ada beli pes laksa Sarawak tempoh hari... soooo menu berbuka semalam adalah laksa Sarawak kesukaan mrs Cyana. {err... nak pergi Kuching lagi... nak makan laksa.. nak nasi ayam penyet..nak teh peng!! hiks}

Bahan2 laksa Sarawak lebih mudah berbanding laksa Penang.

Bahan yang diperlukan adalah:-

bihun yang dicelur air panas
pes laksa dalam paket
isi ayam
udang
tauge
telur dadar yang dihiris halus
limau kasturi
tomato
daun sup/bawang
bawang goreng
* hiasan ikut selera masing2.. hehe
* sepatutnya ada sambal.. lupa nak buat. oppss!

Caranya:
Panaskan kuali, masukkan pes {tapi saya tumis bawang juga.. hehe}.
Selepas kuah mendidih, hidang seperti gambo hiasan.

inilah pesnya...dibeli semasa berkunjung ke Kek Lapis Dayang Salhah

sayur2 hiasan

laksa Sarawak sedia untuk hidangan.
so iftar and sahoor makan laksa.. nyum nyum!

Selamat Mencuba! Happy bila tengok hubby Moose makan berulang kali. Good nite!

2 comments:

  1. sayur tu hiasan je kan?? bila time mkn kena tolak tepi kan?? hehehhehe

    ReplyDelete
  2. sayur tu buat amik gmbo jek. hahaha

    ReplyDelete