Monday, August 8, 2011

* IFTAR @ Joe Cafe *

Assalaam alaykom.... beberapa hari menyepi kerna ketiadaan 'network' ketika pulang ke Penang. Betapa besarnya pengaruh internet ya... bisa runsing dibuatnya. Kadang terasa seperti ketinggalan pula jika sehari tidak ber-"online"!!! Tetapi kekadang terasa diri terukat dengannya kerna saban hari masa lebih banyak di habiskan ber-"online", namun kadang terasa gembira juga bila hidup tanpa talian... back to old skool!!!! orang-orang dulu masih bisa berkomunikasi walaupun tanpa talian.. cuma beritanya lebih lambat diterima berbanding kini yang hanya mengambil masa tidak sampai sesaat, berita dari seluruh dunia bisa kita ketahui. hmm.

eh..eh.. tersasar sekejap dari tajuk tertera. Ceritanya hujung minggu lalu sempat pulang ke Penang dan membantu MAMA & ABAH di gerai di bazar Ramadhan. Sekejap jek rasa, pulang Jumaat petang.. Ahad petang sudah berangkat pulang ke Shah Alam. Next trip? tunggu raya la jawabnya... Jika hubby Moose kata pulang awal sebelum raya, then dapatlah lagi turun padang jual nasi campur dengan tagline "Mai Pilih Mai Pilih"... hiks.

brothe Joe... mr tauke! hehe

mrs Sue pembantu yang masih setia bersama dan rajin bekerja

hubby Moose in red!!! sedang posin' ka tu? hehe

ulam & sambal belacan yang laris

hubby Moose candid by lil' Aiman

uncle Chab melayan lil' Aiman

owh.. sempat juga bertemu the Penang clan yang datang ke bazar Ramadhan semata-mata mahu bertemu hubby Moose

Suasana ketika Maghrib....pulang tadi, iftar di R&R Simpang Pulai. Walaupun pulang seketika, ianya amat bermakna. Dapat juga menjenguk family di Penang. Dapat juga tapau ikan keli, ayam, daging, peparu, bilis, telor ikan & ketam untuk soqq. hehe. Raya nanti kami pulang lagi. InshaALLAH.


p/s: hubby Moose sure tak sabaq nak soqq kan? hehe

No comments:

Post a Comment