Assalaam alaykom.... sungguh cepat benar masa beredar. Terasa semalam baru mengira hari pertama kini sudah menjengah ke malam 27 Ramadhan. Bila menghitung hujung minggu penuh dengan aktiviti, makin cepat Ramadhan mahu meninggalkan saya yang asyik leka dibuai mimpi.. hmm. Rutinnya seakan sama sepanjang bulan... mulakan hari dengan membantu IBU memasak untuk sahoor, kemudian bersiap ke opis. Ramai juga yang memilih untuk awal bertolak ke opis.. jika saya keluar rumah selepas jam 6.30 am, maka saya akan memilih untuk terus memandu kerna jemnya haih!!! Jam 7.30 am akan sampai. Jika hubby Moose menghantar, maka saya akan menaiki tren. Penat naik tren kerna perlu berjalan yang agak jauh. Tambahan pula jika pulang petang hari ternampak makanan.. terus tiba2 terasa lapar. ahaks!
Petang jika sampai awal, saya akan memasak... tetapi kebiasaannya lauk sudah disediakan IBU, tugasan saya membeli air tebu. hehe. Malam kebiasaannya kami akan ke Masjid Negeri Shah Alam untuk taraweeh. Bacaan Imam yang enak didengar terasa cepat sungguh 8 rakaat berlalu. Jika tidak ke taraweeh, pastinya kes mrs Cyana tertidur selepas kekenyangan..oppss!! hubby Moose kata "Cie nie asyik tidur jek".."yola... CYG tak bagi Cie buat cookies, so tidurlah.. hehe". Actually badan agak keletihan, bangun seawal 4 am, mana bisa mata saya bertahan sampai lewat malam. Pastinya cepat sahaja mata terpejam.. hmm. owh..sempat juga mengumpul koleksi cerita sebulan Ramadhan 1432H.
mulakan Ramadhan dengan taraweeh di Masjid Negeri Shah Alam. Hari pertama jem jalan, kereta penuh, saf juga penuh... masuk minggu kedua, safnya bisa dibilang menggunakan jari. hmm.
nicely captured by hubby Moose yang sangat tegar dengan mrs iPhone.
shot di masjid memang menarik.
setiap pagi melalui Federal Highway,
pulang melalui Kesas... agar lebih cepat sampai rumah. hehe
senario biasa jika keluar terlewat sedikit...
pagi2 bley lalu emergency lane.. hehe
sambil layan jem sambil layan camera.. hehe
kelihatan laluan monorial di kawasan Bukit Bintang
pulang jek, banyak kereta parkin' di luar kawasan rumah.
owh, ada shootin' drama ler.. ini kereta artis bernama FS. hmm.
minggu kedua sempat juga pulang ke Penang layan bazaar Ramadhan
iftar di R&R Simpang Pulai yang ada bihun sup & teh ais sedap
owh..kerap berjalan2 di Pavillion melawat kawasan.. hahaha
jika ke Shah Alam, pastinya ramai yang akan serbu Kompleks PKNS untuk pakaian eid.
cotton baju kurung... macam2 warna ada.
owh, wanita wajib singgah Kompleks PKNS
ke Jusco Bukit Raja untuk mencari kemeja lelaki..skali terpandang tshirt nie, terus beli color hitam as usual.. hiks.
method shoppin' di kala hubby Moose tunggu dalam kereta. wifey amik gmbo sent via MMS. hubby Moose kata OK jek terus beli. Senang jadi lelaki kan? tak banyak memilih. Pelik juga hubby Moose sampai tanya "kenapa perlu pergi banyak tempat? takde ker satu tempat beli semua?" owh... Ini jawapan untuk para suami especially hubby Moose, "memang ada, tapi kadang tak banyak pilihan, kualiti kain atau harga lebih murah di tempat lain." Dah lama duduk Shah Alam pastinya kena tahu dimana tempat mahu membeli ready made clothes, hijab, etc... Bak kata Ustaz Wan Akashah...suami kena bersabar melayan kerenah isteri yang akan membelek dahulu baru membeli. Yes!!! You're right!! Saya sendiri akan pergi survey semua 5 shoppin' complex sebelum membuat pilihan. hiks. {ala.. baru dalam Shah Alam, nasib tak masuk Damansara, Subang or KL.. hehe}
owh.. this is my kain batik Sarawak tanpa baju kerna bajunya belum siap. Tahun nie banyak menempah dari membeli memandangkan banyak kain yang telah dibeli lebih awal cuma lambat menempahnya. Last2 dari nak buat baju kerja, semuanya jadi baju raya sebab tailor lambat siapkan. huhu.
another kain batik Sarawak yang saya buatkan frog dress. Tension jugak dengan tailor tu, lain yang minta lain yang jadi. Selalunya kain 2 meter cukup untuk sehelai blouse labuh tetapi katanya tak cukup.. maka entah apa design yang dia sendiri buat. sigh!
cebisan baju kurung pahang tetapi rasanya macam bukan pahang jek. huhu. Tempah sehelai RM120...{macam tak berbaloi jek} baik beli ready made, lebih selesa mungkin. huhu.
Tanpa diduga tengahari tadi teman Kantan ke Pavillion. And finally, we went to Jaspal!!!...selalu tengok iklan billboard ditepi Federal jek. Ini pembelian diluar bajet... account pelbagai mungkin. ahaks!
tadaa!!!! my Jaspal's blouse and dress.
I'm happy walaupun rasanya terover bajet! oppss!!
message to Kantan.. "ada color teal la babe!!!"
as usual...test walau tak dapat beli.
mrs Cyana in purple.
berbaju kurung untuk sesi bergambar tema eid mubarak
mrs Cyana in black with stripe yellow inner... motif?
inner raya dah pakai awal.
Sama macam Kantan, kasut raya pakai awal jugak kan? hehe.
Harap semua muslimin memperoleh keberkatan Ramadhan. InshaALLAH.
No comments:
Post a Comment