Monday, August 15, 2011

* the MANIPULATION *

pic courtesy from google
"Solat walau kita berada di mana sahaja
kerna ia tuntutan agama"

Assalaam alaykom, sudah masuk ke pertengahan bulan Ramadhan. Subhanallah keindahan melihat bulan penuh di malam hari tidak bisa digambarkan dengan kata-kata. Namun Ramadhan tahun ini lebih meriah dengan beberapa isu yang tidak nyaman telinga mendengarnya. Contohnya isu akidah umat Islam yang dipermain-mainkan sampaikan timbulnya pula isu murtad dan saya kira isu-isu ini sengaja juga diperluaskan di siaran media yang pastinya bila mendengar atau membaca tajuk sahaja, kita yang kurang iman di dada juga bisa bergoyang.

Baiklah.. mudah sahaja biar saya usulkan soalan. Mesej apakah yang akan disampaikan jika kita berada di dalam rumah ibadat? Jika kita di masjid, pasti kita akan mendengar ceramah agama bukan? begitu halnya jika kita di gereja, pasti ceramah berbentuk keagamaan. Sudah pasti bukan isu ekonomi atau isu sains contohnya. Jangan cepat melatah ya. Orang Islam tidak salah untuk masuk ke dalam gereja {tujuan pemergiannya haruslah bergantung kepada niat baik individu tersebut}, namun ada fatwa menyatakan haram untuk non-muslim untuk masuk ke dalam masjid. Baiklah, saya bukan pakar untuk memperjelaskan isu tersebut. Tetapi ambil contoh mudah... kenapa diharamkan? mungkin kerna mereka tidak menutup aurat. Pernahkah anda sebagai umat Islam pergi ke masjid dengan mendedah aurat? Sekurang-kurangnya bagi yang tidak berhijab, mereka pasti akan mengenakan selendang. Kini terdapat masjid yang menyediakan jilbab dan hijab bagi non-muslim sekiranya mereka berkunjung ke dalam masjid... mereka harus menutup aurat. hmm. Berkaitan isu yang kini sedang bergolak di negeri Selangor... saya kira ianya lebih kepada isu yang sengaja dipolitikan. Maaf jika saya sendiri kurang untuk menyokong seorang pemimpin dari parti Islam yang menentang, sebaliknya sembilan orang lagi dari parti yang sama bisa berfikir secara rasional dan tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan. Saya mengambil kira niat mereka2 yang menghulurkan bantuan kepada yang lebih memerlukan kerna wang zakat yang ditafsirkan berjuta-juta tidak sampai kepada mereka2 itu. Kemana perginya wang zakat itu? Itu yang patut dipersoalkan. hmm.

Dan satu lagi isu yang kini hangat diperkatakan yang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang apabila Jakim mengeluarkan arahan melarang membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Cuba fikir secara rasional dari sudut agama... tetapi apa yang dipolitikan adalah seperti Kerajaan Pulau Pinang yang gagal memerintah! {HELLO PEOPLE!!! Kami sudah bertahun duduk di Penang di bawah Gerakan dan kini DAP. Kedua-dua pemimpin adalah non-muslims cuma apa yang sedang diperbesarkan adalah kerna Penang kini di bawah Pakatan Pembangkang... semuanya dilihat salah sedangkan dulu banyak lagi yang salah tetapi tidak pula diperhebohkan. huh!}

Jangan cepat melenting para saudara-saudari seISLAMku... Saya juga harus akur untuk menyokong arahan itu, kerna kita tinggal di dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Islam juga mengajar kita untuk menghormati orang lain terutamanya jiran walaupun mereka itu mungkin berlainan agama. Mari kongsi bersama sedikit petikan yang bisa menghuraikan kerunsingan kita.

Dipetik dari sumber "Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?" dari pendapat Dr Mohd Asri Zainul Abidin. [SILA BACA!]

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

enough said... mesej kepada mereka-mereka yang sengaja memperbesarkan isu, memutar-belitkan isu, cuba merunsingkan jiwa umat Islam dan menyembunyikan kebenaran hakiki. Fikir-fikirkanlah azab ANDA nanti di akhirat sana. Na'uzubillah min zalik.

to brother Giovanni,
Have a safe umrah trip.. May ALLAH bless you!! Semoga selamat pergi dan pulang ke pangkuan keluarga. See you in Syawwal.. InshaALLAH.

Alangkah indahnya dapat bertaraweeh di Masjidil Haram.

No comments:

Post a Comment