Assalaam alaykom... dua hari bercuti di hujung minggu, masa seakan mengejar saya kerna kebiasaan window shoppin' terlebih dahulu, tetapi tahun ini masa agak terhad.. keluar sahaja di petang hari bandaraya Shah Alam sudah dipenuhi deretan kereta. Ramai juga yang memilih Shah Alam sebagai destinasi membeli-belah. Syukur saya menetap di sini, maka tidak perlu lagi ke KL untuk bershoppin'.. pilihan ramai ke bazaar di Masjid Jamek, tak mungkin saya memilih untuk ke sana kerna satunya pasti kesesakan yang amat bangat disebabkan banyak barangan yang dijual pada kadar harga yang murah, keduanya saya tak pandai tawar-menawar, maka lebih baik saya shoppin' di tempat berdekatan dengan kediaman sahaja.
Menjelang Aidilfitri, cuacanya panas dan bahangnya terasa... maka kulit muka terutamanya mengering... owh, mrs Cyana tidak rajin memakai losyen menerima akibatnya.. huhu.



No comments:
Post a Comment