Salaam sisters... kembali berceloteh sementara mata masih segar bugar. Pasti esok hari mrs Cyana akan pengsan selepas kekenyangan. opps!!! Ceritanya hari ini mrs Cyana telah menukar 'profile picture' di FB. eh? tukar profile pic pun jadi isu ker? ahaks! Isunya adalah kerna ianya kali pertama saya menukar profile pic yang mana user lain mungkin akan kerap kali menukar mengikut selera. eh? tiada selerakah saya? hmm.
Saya perasan ada sesetengah perkara dalam hidup yang saya amat SUSAH untuk menukarnya. Bukan tidak mahu menerima perubahan...ewahhh!!! tetapi ada beberapa perkara yang berkaitan dengan peribadi yang sudah selesa dan senang mengekalkannya. Contohnya saya peminat setia warna hitam, saya suka minum teh ais, saya suka makan ayam goreng, saya suka handbag & spec besar, saya suka telefon canggih..oppsss!!! Dan jika anda perasan saya amat jarang menukar kepada sesuatu yang baru... kerna saya ingin mengekalkan konsistensinya. Contohnya, blog ini berwarna pink sejak kewujudannya, masih menggunakan font yang sama dan jenis content yang sama. Mungkin akan ada yang tertanya tidak jemukah? erm... mungkin jemu itu sesuatu yang subjektif, tidak bisa dijelaskan kerna minat lahir dari diri empunya yang sama... hanya berubah luaran namun sebahagian masih yang lama. Dan yang pasti saya seorang yang bercakap dan berjalan laju, suka berangan, kadang bercakap sorang2, dan juga cerewet!!! oppss!!!
Begitu juga cerewetnya bila mahu membeli sesuatu barangan keperluan yang akan mendampingi saya seharian. Bak kata Ustaz Wan Akashah, para suami harus banyak bersabar jika melayan isteri shoppin'. Kerna bezanya si suami akan terus mencapai barang dan beli, manakala si isteri akan membelek semua barangan dahulu sebelum membeli. Itu adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan saya sendiri. Mahu membeli satu barangan, pasti saya akan survey dua tiga kedai, kadang2 dua tiga shoppin' complex.. janji dapat sesuatu yang benar2 saya suka. Kerna itu juga hubby Moose jarang ikut ketika wifeynya window shoppin'... beliau akan hanya hadir setelah wifey sudah membuat shortlisted list.. ahaks! {pity him dapat wifey cerewet! hehe}
owh.. my previous profile pic...
my fav DKNY spec is gone!!!! {nanges!}
my secondary Guess spec
hubby Moose's spec
so setelah survey lima buah kedai... finally I found this!
my new cK spec... eid present from hubby Moose
first pose with cK
from the analog's result...
hubby Moose loves the tones,
but wifey loves her spec & hijab! ahaks!
Deeply thanks to hubby Moose yang benarkan mrs Cyana miliki spec baru...{melayan cerewet wifey memerlukan kesabaran yang tinggi}. Soooo terpaksa batalkan hajat mahu memiliki eid abaya.. Tetapi sekurang-kurangnya memandu tiada lagi dengan mata kecil yang menahan panas. SMILE!!!
Assalamu'alaikum Cyana...
ReplyDeletekakcik pula sebaliknya - sering jemu menunggu Mr Bob memilih dan membeli! ;-)
wassalam kakcik.. wah terbalik pula...so kakcik kena byk bersabar... bukan mr Bob sorang, ada lagi 4 jejaka di rumah tu. hehe
ReplyDeletemesti CK tetiba rasa bangga..hahahaha
ReplyDeleteYEY!!...CK always d right choice!!!kikikieee..
ReplyDelete*MV cam tau2 je ferasaan aku nie..haha!
marvic... sure tengah kembang idung cK tu.. hahaha
ReplyDeleteCK... nnt kalo jumpa ko kena panggil miss Calvin la yer.. ahaks.
ReplyDelete