Tuesday, May 31, 2011

* SPECIAL dedicated to my mr NIKO *

HAPPY 2nd ANNIVERSARY to mr Niko!!!!!

mr Niko a.k.a D90

Sejak 2 tahun yang lalu, saya tegar bersama mr Niko. {susah senang bersama.. kena marah dgn mr Boss pun kami tetap bersama. hehe}. Kemana jua saya akan mengendongnya walaupun beratnya??? grrr!!!... hanya bahu yang bisa jawab! hmm. Banyak jasa dan kenangan sepanjang kami bersama. mr Niko a.k.a D90 adalah kamera DSLR saya yang kedua tetapi spesifikasi teknikalnya lebih profesional dari yang pertama iaitu D60, sebab itu saya sangat sayangkannya!

Hari ini saya perlu akur! Saya harus akur untuk mencuba sesuatu yang lebih baik walaupun saya sendiri agak berat melenyapkan mr Niko dari pandangan mata. Lebih baik jika saya bisa menyimpannya. hehe. Tetapi saya juga harus akur melepaskannya kerna mengambil gambo adalah lebih peratusan kepada hobi berbanding kerjaya. Sooo... hardly say GOOD BYE to mr Niko. Semoga mr Niko mendapat owner baru yang akan menjaganya sebaik mungkin. hmm.

TAKE CARE mr Niko!!! Luv from mrs CyanaMoose.

Monday, May 30, 2011

* day trip to JITRA *

Salaam again!!! my day trip to Jitra Kedah on last Monday. Kini negeri Jelapang Padi sedang dalam proses penuaian padi maka tiada banyak kehijauan kelihatan. Memandangkan trip to Kedah hanya satu hari dan satu hari juga berada di bilik mesyuarat membincangkan hal-hal berkaitan tender, maka tidak banyak gambo yang sempat dirakam. well well... mrs Cyana hanya bertemankan mr BTorch. Smile!

at Skypark Airport, Subang

masjid di Kota Setar

singgah sebentar ke Pekan Rabu

pulut manis

layan teh peng dan bihun sup utara

my polkadot luggage... macam nak travel seminggu. ahaks!

pulang di malam hari tanpa di sambut hubby Moose yang ketika itu sedang bertungkus lumus di Teluk Intan. btw Congratulations to hubby Moose and team yang berjaya menyiapkan montage MPTI. Bravo! Bravo! Thumbs up CYG!

* GGO @ Oldtown Cafe *

Assalaam alaykom. Gembira tak terkata bila berjumpa dengan GGO walau hanya seketika. Rancang berjumpa sekejap jek... tapi bila dah bertentang mata, banyak pula ceritanya. {bak kata hubby Moose beria mrs Cyana cerita tentang Beijing} owh..saya bab bercerita memang seperti peluru. Tiada noktah! Koma mungkin sesekali. Lengkap dengan pembukaan, isi kandungan, pendapat dan penutup. hehe. {sooo... sila jangan bagi peluang untuk saya mulakan cerita. hiks}. Rupanya cerita Krabi belum sempat cover. hiks.

Dinner GGO dirancang dalam masa yang singkat. Kerna miss Kantan perlu bekerja diluar kawasan. Dan jika tidak berjumpa dengan kadar segera, semakin rindu mungkin! ahaks! Masing2 sibuk dengan kerja, menjawab email pun peratusnya sudah menjunam ke 30%. Dengan erti kata lain, baik we all lebih kerapkan aktiviti bertentang mata. Selain makan2 untuk menambahkan berat badan, dapat juga bertanya khabar {risau sungguh Kenanga tak gemuk2 lagi.. hahahaha}.

Kebetulan last minute mrs HSM dan mr Soljar tak dapat hadir atas sebab2 kecemasan. Maka yang hadir seperti biasa Kenanga, Kantan, Kemboja, mr Nik, mr Moose and mrs Sunplawer yang makin shiny!!! opppssss!

meet at Oldtown Kerinchi
{sebelah kediaman Kantan jek}

order tyme... eh?! bil blom bayar lah... {kantan sila hantar statement}
alamak!!! gambo Kantan tak snap-lah. huhu.

mee curry for me!!! nyum nyum
{ada jugak mulut laser kat sebelah kata "patutlah you makin gemuk" cisss!!!}

mr Nik sedang bercerita detik2 kehilangan motorsikal kesayangan

miss Kemboja seibuk cerita tentang android! android!! programmer!!! ahaks!
Kemboja suggest GGO ke Europe.. hmm

Kenanga... makin ayu sejak berkampung di E... {larikssss}
chairman suggest GGO ke India... aiyoooo!!!

lovely couple in Green Pose!!!!

Thanks GGO yang membawa pulang souvenior dari Krabi.
Set gatherin' atleast 2 bulan sekali yer! -notice from mrs Secretary-

* the BREATH right *

smile for mr BB

Assalaam alaykom... Bersiaran dr lembah Petaling Jaya. Sambil menahan selesema yang sudah seminggu berdamping dengan saya. Mungkin kerna suhu di ofis yang sedikit sejuk, maka bila berada di ofis selesema semakin parah. Mahu makan ubat nanti tidur jawabnya. Kerna sepanjang minggu saya terpaksa duduk seharian dalam mesyuarat tender... kerna itu juga selesema belum mahu reda. Kebiasaan jika selesema saya pasti akan menampal breath right bagi memudahkan pengaliran udara dalam hidung juga menahan dari tidak perlu mengesat hingus sepanjang hari. hehe. Tapi rupanya buruk sedikitlah...seperti terlanggar tiang atau terkena geget di hidung. ahaks!!!

Nampak gaya esok kena bekalkan breath right lagi... memang makin parah selesema. pity me. Pagi tadi mr Bla-soo pula mengalami kemalangan kecilan.. yang geram tu kemalangan berlaku betul2 di hadapan pagar rumah. huhu.

Sunday, May 29, 2011

* mrs Cyana berRekreasi *

H.A.P.P.Y!!!

Assalaam alaykom... gembira ketika bergambo di Summer Palace...begitu juga hati gembira bila mana mr YDP memberi kepercayaan melantik saya menerajui Biro Rekreasi, KBM HQ. Bagi sesi penggal yang baru Biro Sukan & Rekreasi telah diasingkan. Kerna memikirkan saya jarang bersukan, maka saya lebih menjurus kepada Biro Pendidikan mahupun Biro Rekreasi. Pabila mr YDP memberi kami peluang untuk memilih, maka mrs Cyana dengan gembiranya memilih Biro Rekreasi {wahhhh!!! berjalan2 sakan lepas nie.. ahaks!!!}.

Kini team Biro Rekreasi yang terdiri dari mrs Cyana, mrs Hasliena Anuar {yg juga kaki jalan} dan mr Ameer Wahdi sedang merangka program2 yang bakal kami jalankan untuk tempoh 2 tahun. {panjang sungguh senarainya.. hiks!}. Program2 tersebut masih dalam peringkat draf yang akan kami teliti yang mana paling sesuai untuk diketengahkan. Yang penting, kami mahu anjurkan program yang berkualiti, bersesuaian dengan banyak peringkat umur dan bisa menjalinkan persaudaraan dengan ahli2 KBM dari cawangan yang lain. InshaAllah.

Kesesuaian saya memikul tugas2 di Biro Rekreasi kerna mrs Cyana suka berjalan, suka melancong, suka bergambo, suka berposin', suka berjumpa kenalan baru, suka semualah!!! ahaks! owh... program pertama yang bakal saya kendalikan adalah fotografi!!!!! Bersantai sambil berekreasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Semoga semua perancangan bakal berjalan dengan lancar. Doa dan harapan agar kami bisa menerajui Biro Rekreasi dengan success. InshaAllah.

* LOVE is BLIND *

ME && YOU

Assalaam alaykom... tajuk tiada kena mengena dengan cerita, tiada juga kena mengena dengan gambo. ahaks! Kebetulan sedang sortin' gambo2 lama.. terjumpa pula gambo kuda putih comel tetapi matanya di balut kerna takut kuda naik angin kott. Disebelahnya peneman setia kuda jantan yang sentiasa setia meneman rakannya walaupun di letakkan di dalam kandang berbeza. hmm.

owh.. mungkin kerna kuda coklat tu jatuh cinta dengan kuda putih. erm... kuda juga mempunyai perasaan seperti manusia. Bisa jatuh cinta dan dicintai.. hmm. Dan bila dilamun cinta? mungkin kamu bisa membuat apa sahaja. enough said!!!! Rindu pula mahu bertemu kuda. Good nite!

* ping && pong *

Assalaam alaykom.... berhujung minggu tanpa aktiviti pastinya membosankan. huhu. Seharian saya menghabiskan masa dengan aktiviti tidur. Malam hari jadilah cik puan jaga! huhu. owh... teringat pula dengan raket yang baru dibeli tetapi masih belum dicuba pakai lagi. Tetapi jika mengikut insan terchenta turun ke gelanggang, beliau lebih gemar bermain ping pong {bak kata hubby Moose, main bowling tak keluar peluh.. haih!!! siapa kata? cuba main 4 straight games tanpa henti, sure berpeluh. hmm.}


owh..sambil melayan hubby Moose main ping pong, mrs Cyana juga tidak ketinggalan mencuba. {aiyooo!!!! so not me!!!!! bola ping pong tu degil-lah} ready to start!

ketawa jek leby.. main blom tentu lagi dapat pukul bola

at the Challenger Petaling Jaya

saingannya brother GimieJoe

menentang hubby Moose



rupanya hubby Moose dulu mewakili pasukan ping pong sekolahnya bersemangat sungguh!


sambil main sambil posin'!!! cayalah CYGku!

apa kata GGO buat pertandingan ping pong pula selepas nie? heehe

Saturday, May 28, 2011

* my DAYs @ Beijing *

Assalaam alaykom... beberapa kerinduan mahu berceloteh disini. Hari ini berkesempatan meluang masa, namun cabaran tetap ada.... tiba2 blog function menjadi sedikit gelong! haih!!! Memandangkan malas mahu menaip kembali teks yang telah hilang sebentar tadi... maka dipendekkan cerita, biar gambo yang berkata2. huhu. Memandangkan gambo2 dari mr BTorch masih lagi belum bisa di transfer, maka bercerita lagi tentang hari2 di Beijing yang masih segar di ingatan. Yang pasti hati gembira bila mana bisa menjejak kaki ke salah satu tempat keajaiban dunia. Yang pasti saya teruja dengan cerita sejarah Maharaja China yang mashyur suatu ketika dulu... kini bila menonton drama China, pasti saya lebih bisa faham. hmmm.


owh... beberapa hari di tanah Beijing yang kini sedang mengalami cuaca panas kering pada musim bunga... membuatkan hati kecil menyimpulkan hujan emas di negeri orang, baik lagi di negari sendiri. ahaks! Dengan kepadatan penduduk dan kos sara hidup yang tinggi di negara China, beruntung rasanya saya dilahirkan di bumi Malaysia. Syukur!

bendera Malaysia berkibar di Beijing

baju pahlawan yang mengawal Tembok Besar China pada zaman perang air mineral yang perlu dibawa kemana jua.. hhuhu {puasa teh peng satu minggu!} kenderaan yang memenuhi jalanraya Beijing tiada public swimming pool, maka ramai yang bermandi-manda di sungai longkang sebegini walaupun pada musim sejuk kedai runcit yang akan saya kunjungi setiap hari untuk air oren. hehe hostel pekerja2 hotel berada di hadapan hotel sahaja. Ketika ini pekerja2 sedang memberus gigi dan mencuci muka. Mandi? erm... katanya mandi hanya 2 atau 3 kali sahaja dalam seminggu penduduk tempatan sedang mencuci pakaian pekerja yang tekun membuat ukiran tembaga antara koleksi tembaga yang dihasilkan permandangan dari luar rumah tradisional perkampungan bandar yang berhampiran dengan hotel antara kenderaan utama, basikal motor dan basikal menghirup udara segar di pagi hari pengemis yang agak ramai di kawasan Forbidden Cityowh... kami diingatkan tidak memberi wang kepada pengemis kerna takut diserbu pengemis lain yang lebih ramai pengemis tua ini memukul saya dengan tongkatnya! huh! permandangan kedai2 di Beijing kedai jualan daging halal di Beijing makanan halal? mudah diperolehi di kedai makanan Muslim Shin'jang atau Beijing
satu2nya kedai yang menyedaikan ice cube antara lauk yang dihidangkan.... daging kambing ikan air tawar...tiada ikan air masin disini ya! mahal katanya! ayam masak merah... tak pedas langsung, huhu wajib ada!!!! telur dadar!!! dalam bas setiap hari kami akan dibekalkan air mineral... pity me!!!! tiba2 dahaga pula... take a break, mahu pergi membancuh nes peng!!!! daaaa..... !