Sunday, September 30, 2012

* mrs Tender on the moves *

mrs Pallet on the moves

Assalaam alaykom... teruja saya bila kalender menjelang ke bulan Oktober. Bila sahaja menjengah ke Oktober mrs Libra sememangnya akan mengukir senyuman kerna otak sedang mencongak hadiah apa yang akan menanti sempena peningkatan usia. oppss!! Tetapi yang pasti waktu tetap akan meninggalkan kita kerna tahun Masihi pula sudah berada di tahap penghujungnya. hmm. Teruja lagi menjelang Oktober tahun ini kerna jadual KAMI berdua padat dengan tugasan kerja. hubby Moose yang berada dalam dunia Multimedia sibuk dengan shootin' dan camera manakala wifey yang berada dalam dunia Perolehan sibuk dengan kerja tender. Dua dunia KAMI yang berbeza, bila anda berbicara dengan saya pastinya syor terbaik adalah melalui sistem tender terbuka yang lebih telus dan menjaminkan kualiti dan harga yang terbaik. 

owh... bulan Oktober ini sekali lagi mrs Tender akan melalui proses penilaian bersama papan pallet. Kenapa pentingnya untuk berada di setiap lokasi mesyuarat tender adalah kerna bila secara langsung berkecimpung dalam dunia tender, warga perolehan adalah orang tengah yang menjadi perantara di antara penender dengan pihak pengurusan. Maka untuk melayan kerenah dan pertanyaan berkaitan tender, warga perolehan perlu sentiasa mengukir senyuman walaupun akur dengan tekanan yang pastinya hebat dan tidak tersangkal dek akal. Semoga semua perjalanan tender akan berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. InshaALLAH.

2 comments: