Saturday, September 8, 2012

* Breakfast @ Meal Station *

Assalaam alaykom... berehat di hujung minggu sambil mengupdate blog pastinya membuat bibir tersenyum. Pasti juga hujung minggu sepanjang Syawaal agak sibuk dengan jemputan Rumah Terbuka mahupun kenduri kendara. owh, saya tidak terkecuali.. Jamuan makan raya setiap hari namun nasib tekak masih bisa dikawal kerna tekak saya tidak mudah menerima makanan yang berkategori baru atau belum pernah dicuba.. hehe {pity me tekak sangat penakut tak seperti brother Joe yang bisa makan apa sahaja}. Bercerita bab makanan, menu jamuan raya bermacam-macam.. ceritanya bakal menyusul kemudian. Cerita menu kali ini adalah menu kekerapan mrs Tender bersama miss Tender yang menjadi pilihan tekak kami dan memandangkan makanannya juga banyak, maka kami lebih selesa berkongsi satu set berdua. Minuman mestinya teh ais buih yang sedap mata memandang dan sedap lagi meneguknya. Pilihan menu sarapan pagi kami adalah di Meal Station yang terletak berhampiran dengan ofis. Jarak perjalanan hanyalah lima minit jika kadar kelajuan jalan adalah laju dan kurang kereta lalu lintas.

Jom layan antara menu pilihan kami berdua...

 black coffee.. pastinya pilihan rakan yang lain bukan kami berdua

 bihun sup dan teh ais buih yang sedap!

 bihun goreng... nyum nyum!

most favourite.. 
mee goreng kerna bihun goreng kuantitinya lebih banyak.. mee just nice!

 
telur separuh masak yang enak dimakan di pagi hari

Sambil makan pastinya sambil meluangkan masa membincangkan isu semasa. hiks! Yang penting teh ais menggamit2 sahaja. hahaha. Sarapan pagi penting untuk melapik perut dari berbunyi2 jika lambat makan tengahari ataupun menjadi pelapik perut jika tengahari kami sibuk mengira stok di Pavillion.. ahaks.

1 comment: