Sunday, September 9, 2012

* Colorful weekend *

Assalaam alaykom.. merehatkan badan setelah seharian penat beriadah di jalan raya sambil menjamu selera. Hujung minggu yang penuh meriah dengan jemputan rumah terbuka dan pastinya aktiviti wajib adalah makan. hehe. Bermula dengan hari Sabtu yang cerah menghantar Insan Terchenta yang perlu ke destinasi lain untuk tugasan jemputan nyanyian. wahhh!!! hubby Moose berganding bahu dengan brother Fhive. Maka sepanjang perjalanan wifey melayan lagu2 Fhive bergenre HipHop namun membawa mesej Islam Universal. awesome!!! Hajat dihati mahu juga menonton persembahan hubby Moose bersama Fhive, tetapi dek kerna wifey terlena di buai mimpi, sampai sahaja show sudah habis.. huhu. So meneruskan agenda ke Kota Seri Emas Nilai menghadiri jemputan Majlis Aqiqah lil' Nayla Sophea dan Jamuan Rumah Terbuka Mak Teh, salah seorang ibu saudara sebelah hubby Moose. Selepas kenyang menjamu selera, pulang dan tidur.. sekali lagi dibuai mimpi indah dek kekenyangan. ahaks!

Mulanya pagi hujung minggu dengan menghadiri majlis perkahwinan anak seorang rakan merangkap pembekal di pejabat. Kemudian meneruskan misi makan lagi ke Putrajaya... wahhhh!!! sungguh penuh dengan aktiviti makan. Malam hari pulang ke rumah terasa lapar lagi lalu makan. {okay!!! sila jangan mengadu jika baju bersaiz L ya.. hehe} Esok juga akan dipenuhi dengan acara makan2, begitu juga dengan hari2 seterusnya. So mrs Cyana seperti biasa sibuk mencari baju kurung untuk dipakai memandangkan stok baju kurung hanya tinggal beberapa helai sahaja.. yang lain sudah selamat berada di tangan insan lain yang lebih memerlukan dari tersimpan di dalam almari tanpa dipakai. So weekend saya tanpa baju kurung ya.. hehe.

saturday mornin'... memandu sambil melayan lagu berkumandang 

sempat singgah solat zuhr di Masjid Al-Hasanah, Bangi

cutie lil' Nayla Sophea

green on saturday

my lil' tote Coach yang masih utuh dalam simpanan dek kerna jarang diguna.. hehe

my Sunday outfits!!

congratulations to pasangan pengantin

owh.. hujung minggu ditemani 
Insan Terchenta membuatkan wifey tersenyum riang

SMILE!

p/s: Teringin la nk tengok Mucab nyanyi live dengan Fhive!!!

No comments:

Post a Comment