Friday, September 28, 2012

* Silence *

the.spaces

Assalaam alaykom....Sorry I'm not posting. Being silence in silence! hmm. Mungkin janggal bunyinya jika satu hari tidak mendengar saya bersuara atau ketawa. Tetapi benarkah yang berkata orang yang banyak ketawa juga banyak menangis dalam diam? ermm... let me think! Benar juga kerna saya ketawa sampai menangis.. dek kerna rakan sekerja yang gemar menghiburkan rakannya. Bukan kerna saya menidakkan kepahitan namun saya lebih selesa memilih ketawa dari bermuram durja dan membiarkan aura negatif berlegar di minda. 

owh.. sebenarnya saya berdiam seketika kerna perubahan hormon sedang berlaku mungkin. Mata mahu dipejam lebih awal agar keesokan harinya saya mempunyai lebih tenaga untuk memulakan hari-hari kerja yang memerlukan tubuh berada lebih dari 12 jam di luar sana. Minda pula perlu lebih fokus bila mana memangku tugas2 sementara {gembira jika ada yang memangku tugas saya bukan? hmm} hubby Moose juga saya kira lebih sibuk dari jadual wifey bila memerlukan kudrat dan tenaga beliau bekerja lebih kali ganda sebelum pergi bekerja di luar negara. hmm. Maka masa kami bersama adalah sangat terhad. Lucky me WhatsApp menjadi peneman setia. Dan benar walau message berbunyi "Cie buat apa?", itu sudah cukup bisa membuat wifey senyum sampai telinga. Itu belum lagi di tambah dengan icon2 comel yang menjadi kesukaan wifey yang masih lagi sedikit berjiwa remaja. ahaks! 

Dan bila berjauhan nanti pastinya wifey bakal merindui pengkritik fesyen berton bass di pagi hari... Semoga dua minggu itu nanti akan terasa seperti dua hari ya! Semoga ALLAH swt mempermudahkan urusan kita berdua dalam melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara. Ameen.


No comments:

Post a Comment