Assalaam alaykom... rindunya mahu berceloteh disini. Rasanya lebih nyaman jika berbicara di kanta ini dari berbicara dengan orang. hmm. Kerna ketika ini bila tekanan kerja yang lebih memenuhi fikiran, terasa bebanannya seperti mahu menjerit sekuat hati. Kerja rutin memang sudah pasti menunggu setiap hari, ditambah dengan tugasan program kelab, tugasan program keluarga. Jika bisa diberi peluang saya hanya mahu menjadi peserta! Kerna menjadi peserta atau tetamu lebih mudah. hadir dan memeriahkan majlis.
Tetapi jika anda berada di tempat penggerak utama, bayangkan dari A-Z anda perlu memikirkan faktor positif dan kebarangkalian negatif dan itu belum di ambil kira kritikan. Dan bila anda berada di bahagian penggerak, kritikan adalah cabarannya. Semua yang dibuat mungkin ada kelemahannya. Tetapi saya mengambil kira kritikan itu sebagai satu benteng untuk kita tembusi. Berjaya atau tidak sekurangnya kita mencuba. Lebih baik dari yang hanya berkata-kata tanpa membuat sebarang tindakan. hmm. Dan bila semuanya datang serentak... Buntu seketika! Yang mana satu keutamaan harus diberi pula?{Rasanya semua sekali tak mahu buat!} Semuanya sama penting, semuanya mahu dilihat sempurna. Kerna itu saya hanya mahu menjadi tetamu atau peserta sahaja.
owh dear!!!! my system's down!!! Seperti komputer sistem badan juga bisa down!!! Syukur dua hari saya diberi rehat secara percuma!!! ALLAH swt Yang Maha Mengetahui memberikan saya demam! Doktor risaukan denggi kerna suhu yang tinggi. grrr! Sepanjang 48 jam terlantar dibuai mimpi.Subhanallah!!! Itulah nikmat yang diberi agar badan bisa berehat, agar otak berhenti memikir. Bila membuka mata, mulalah memikirkan timbunan kerja. Kenapalah itu yang dipilih? Mungkin saya perlu memilih fokus kepada tugasan utama, tinggalkan kerja sambilan yang lain. Jika itu pilihannya mungkin super-duper masa yang akan tersedia, atau mungkin saya akan dilanda kemurungan atau mungkin saya akan menjadi individu yang kurang aktif.. hmm. Yang pasti nikmat rehat selama 2 hari itu saya gunakan sepenuhnya. thank you ALLAH.
then malam nie, sedikit lega selepas perbincangan dengan mr Aiman's family mengenai persiapan majlis bertandang yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Ketika rakan-rakan sedang rancak ke undangan rumah terbuka, saya pula sibuk menguruskan majlis atau program. Senang cerita dalam keluarga besar saya, jika 'majlis' disebut merujuk kepada menghadiri majlis sebagai tetamu. Tetapi kami lebih banyak menggunakan istilah 'program' kerna kebiasaannya kami terlibat di belakang tabir atau memikul mana-mana tugasan bagi menjayakan program. hmm. Itu adalah sumbangan kecil kami kepada masyarakat secara amnya. Maaf disusun sepuluh jari sekiranya saya tidak dapat menghadiri jemputan kalian... berbanyak terima kasih buat rakan2 yang sudi menjemput.
owh.. tugasan baru saya adalah design poster untuk program kelab. Walaupun tidak sehebat profesional designer, namun saya tetap mencuba. Mungkin saya perlu belajar 'basic photoshop' untuk membuat design yang lebih baik memandangkan sebelum ini saya hanya menggunakan powerpoint.. pity me!!! Kalau hubby Moose tahu pasti ketawa! Katanya jika program kelab, biarlah staff yang design.. {takkan saya mahu membebankan suami pula? huhu}. Dan situasinya kini semakin banyak iklan disalurkan melalui poster, maka segan pula jika selalu meminta designer yang perlu siapkan poster dengan kadar segera. hmm.. Maka apa yang termampu saya buat... itulah hasilnya yang tidak seberapa. owh... untuk menghiburkan hati sendiri, tiba2 ternampak imej kasut hitam-merah!!!! MUST HAVE ITEM nie! ahaks! Good nite!

No comments:
Post a Comment